Sunday 13 May 2012

Telefon bimbit meletup

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Telefonmudahmeletup/Article/
Telefon bimbit mudah meletup
Oleh Haika Khazi   mfaizul@bharian.com.my   2012/04/19
Produk tak ikut piawaian banjiri pasaran ancam nyawa: SKMM
CYBERJAYA: Pengguna perlu berhati-hati ketika membeli telefon bimbit, komputer riba dan komputer tablet kerana kira-kira 30 peratus daripada peralatan yang dijual di pasaran negara ini tidak memenuhi piawaian keselamatan teknikal antarabangsa serta berbahaya digunakan. Perkara itu didedahkan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi selepas menerima aduan orang ramai banyak telefon bimbit seludup yang digelar sebagai ‘underwater atau submarine handset’ di kalangan peniaga, tidak menepati piawaian. Kita berharap kerjasama ini bukan hanya membantu SKMM meningkatkan pemantauan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menjual produk telekomunikasi tidak memenuhi piawaian, malah melindungi pengguna terbeli peralatan seludup. - Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM
“Jika pengguna membeli produk telekomunikasi seperti telefon yang tidak memenuhi piawaian, anda mungkin terdedah kepada kejadian ia meletup ketika di dalam saku atau ketika digunakan.

“Kita menasihatkan pengguna membeli peralatan yang disahkan selamat dan mempunyai label SKMM bagi menjamin keselamatan diri masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan SIRIM QAS International Sdn Bhd (SIRIM), di sini semalam.

Beliau berkata, SKMM juga bekerjasama dengan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bagi memantau kemasukan produk telekomunikasi yang tidak memenuhi piawaian daripada memasuki pasaran Malaysia menerusi pintu masuk dan pelabuhan utama di seluruh negara.

“Ramai peniaga produk telekomunikasi di Malaysia sudah mematuhi piawaian penjualan produk telekomunikasi, namun masih ada segelintir yang menyeludup masuk barangan itu,” katanya. MoU itu membabitkan pemeteraian perkongsian pintar antara SKMM dengan SIRIM bagi memantau penjualan dan mengawal selia pemasaran produk telekomunikasi menerusi penggunaan aplikasi 'Online Centification for Communication & Multimedia' (e-ComM) yang dibangunkan oleh Dagang Net Technologies Sdn Bhd (Dagang Net).

“Kita berharap kerjasama ini bukan hanya dapat membantu SKMM meningkatkan pemantauan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menjual produk telekomunikasi tidak memenuhi piawaian, malah melindungi pengguna daripada terbeli peralatan seludup,” katanya.

Aplikasi e-ComM turut digabungkan dengan Malaysia's National Single Window (NSW) yang dibangunkan oleh Dagang Net, iaitu syarikat dilantik oleh Kementerian Kewangan sebagai pemudahcara perdagangan dan kelulusan KDRM.

Penggunaan aplikasi e-ComM juga bagi memastikan tanda atau label persijilan SKMM digunakan dengan betul tanpa sebarang unsur penipuan dan pemalsuan serta membantu SKMM menyediakan laporan berkala.

http://etombiruo.blogspot.com/2011/05/kejadian-meletup-yang-pelik.html
Ipod Meletup
Pemilik ipod ini, Ken Stanborough, 47 mengatakan ipod yang dipakainya mengeluarkan bunyi pelik dan berasa semakin panas. Kemudian mengeluarkan asap, dengan sepantas kilatnya dia melontar ipod itu, tak sampai 30 saat ipod tu meletup dengan mengeluarkan bunyi ‘pop’, huhu, cam ujian oksigen ngan CO2 masa zaman sekolah menengah lak ada bunyi ‘pop-pop’ nih
Laptop meletup semasa persidangan
Semasa mengadakan satu persidangan di Jepun, sebuah laptop jenama Dell tiba-tiba je meletup. Nasib baik la pemilik laptop tu takde depan laptopnya semasa kejadian tu berlaku, kalau tak hilang la mukanya yang hensem tu
Jamban Meletup
Camner la jamban pun boleh meletup?? Kejadian ni berlaku kepada John Jenkins, 53 menggunakan jamban ni, sebaik je dia menyalakan rokoknya, lobang tandas tu meletup..isk3, bahaya tol.. Akibat kejadian ni, mamat nih menyaman sebuah syarikat arang dan kontraktor tempatan atas tuduhan cuai. Saman itu menyatakan muka, leher, lengan dan kaki Jenkins mengalami lecur selepas rokok yg dinyalakan oleh Jenkins membuatkan gas metana yg bocor di bawah jamban ini berapi dan meletup..hoho
Kerusi pejabat pun meletup gak
Camner la kerusi meletup, mengikut sumber2 yang diceritakan, kerusi ni meletup disebabkan silinder gas yg berada di bawah kerusi tu, silinder gas tu digunakan utk memudahkan kerusi tu naik turun. Apabila silinder tu dalam tekanan tinggi, ianya boleh meletup! Menurut ceritanya, itu yg berlaku..tapi xtau la kot2 ada orang letak bahan letupan bawah tu. Kejadian ni menyebabkan seorang budak lelaki 14 tahun maut dimana besi yang tercabut akibat letupan itu mengenai rektum budak tu menyebabkan dia mati serta merta.. pergh, sula cara moden..
Chewing gun meletup
Ni lagi satu citer yang tak masuk akal, Seorang pelajar yg berusia 25 tahun, Vladimir Likhonos, mati di rumah ibu bapanya selepas sedara maranya mendengar satu bunyi ‘pop’ yg kuat. Selepas ditemui, sedara maranya terkejut menjumpai Vladimir mengalami luka yang teruk di rahang. Menurut pihak forensik, Vladimir telah memakan chewing gum yang mengandungi satu bahan kimia yang tidak dikenali.
Telefon bimbit meletup
Ni salah satu kejadian yg biasa kita dengar, kat Malaysia pun kita penah dengar cerita-cerita telepon meletop nih, bagaimanapun citer ni berlaku kat China. Seorang lelaki mati selepas henfon nya meletop. Mengikut cerita, selepas dia masukkan bateri yang baru dicas ke dalam henfonnya, dan dia letak kat poket, henfon dia tros meletop. Dia mati disebabkan luka teruk di leher dan
arteri utama.
Deoderan meletup, remaja cedera
Seorang remaja cedera selepas dia baru je men’deoderan’kan dirinya di dalam tandas rumahnya di Santiago. Dia mengalami luka lecur di bahagian mukanya dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Letupan tu mengakibatkan bumbung dan tingkap tandas pecah..fuhh, bahaya ni...
Mesin basuh meletup
Kejadian ni berlaku apabila sorang mamat ni yg bernama Glenn Johnson meletak gasolin ke dalam mesin basuhnya untuk menghilangkan kesan gris pada bajunya. Menurutnya lagi, dia dah 25 tahun mengamalkan cara tersebut untuk menghilangkan gris pada pakaiannya. Dia letak detergen, air dan sedikit gasolin utk tujuan tersebut. Katanya ayah dia yg ajar… tapi dia mengaku dia dah terlebih letak gasolin menyebabkan ada gas2 gasolin yg terbebas keluar dari mesin basuh tu yg mungkin menyebabkan letupan terjadi…

No comments:

Post a Comment