Tuesday 23 October 2012

Faedah Persaraan



Surat Edaran JPA bertarikh 28 Januari 2010 memutuskan persaraan pilihan anggota sektor awam akan diluluskan dengan syarat mereka bersetuju dibayar 20 peratus daripada ganjaran atau RM10,000 terlebih dahulu, mengikut mana yang lebih, ketika bersara pilihan. Manakala bakinya akan dibayar apaila sampai umur persaraan sebenar. Walau bagaimanapun wang tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) dan pencen bulanan akan dibayar sepenuhnya mengikut peruntukan undang-undang pencen. Ganjaran yang dimaksudkan akan dibayar kepada pesara selepas semua hutang piutangnya kepada kerajaan telah dijelaskan. "Sekiranya ganjarannya didapati tidak mencukupi untuk menampung hutang piutang, maka baki hutang piutang akan ditolak daripada GCR, jika ganjaran dan GCR tidak mencukupi untuk menampung hutang piutang, bakinya akan ditolak daripada pencen pesara sehingga selesai,

Kelonggaran boleh diberikan atas sebab anggota atau ahli keluarganya memerlukan rawatan perubatan (berdasarkan surat akuan bertulis oleh pegawai perubatan Kerajaan), anggota atau ahli keluarganya memerlukan perbelanjaan pendidikan (berdasarkan surat tawaran dan penerimaan pengajian) dan anggota yang memerlukan kewangan bagi mengelakkan diri daripada tindakan kebankrapan (berasaskan dokumen berkaitan tindakan undang-undang).

Sekiranya anggota bersetuju dengan syarat bersara itu, mereka hendaklah mengisi dan mengemukakan Surat Persetujuan/Permohonan Pengecualian Syarat Penangguhan Bayaran Sebahagian Ganjaran Berkaitan Persaraan Pilihan. "Memandangkan kelulusan permohonan persaraan pilihan bagi pegawai perkhidmatan awam negeri dilakukan oleh Pihak Berkuasa Negeri, Surat Lampiran B bagi mereka hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri dengan satu salinan kepada JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) ketika permohonan faedah persaraannya dihantar, manakala permohonan pengecualian syarat penangguhan sekiranya ada hendaklah dicatatkan di atas surat yang sama untuk pertimbangan JPA, .

Sekiranya pesara meninggal dunia sebelum menerima ganjaran sepenuhnya, baki ganjaran akan dibayar serta-merta kepada orang tanggungannya seperti ditafsirkan dalam Peraturan 15 (2),Peraturan-Peraturan Pencen 1980 atau Peraturan 13(2)Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990 iaitu balu atau duda; anak; balu atau duda dan anak; atau ibu kepada anggota yang mati atau sekiranya ibu mati, bapa tanggungannya. .

Bagi anggota yang ingin supaya baki ganjaran tersebut dibayar kepada selain daripada orang yang dinyatakan, beliau hendaklah mengisi surat akuan seperti di Lampiran C (untuk pesara beragama Islam) atau lampiran D (untuk pesara bukan beragama Islam) dan surat itu hendaklah dikemukakan kepada JPA bersama dengan dokumen permohonan faedah persaraannya. Syarat penangguhan bayaran sepenuhnya ganjaran berkaitan dengan persaraan pilihan itu hanya terpakai bagi kelulusan persaraan pilihan pada dan selepas 1 Feb tahun ini. .

"Semua persaraan pilihan yang telah diluluskan sebelum 1 Feb 2010 walaupun tarikh kuat kuasa persaraannya adalah selepas tarikh itu akan dibayar ganjaran sepenuhnya

 

Manusia mengejar dunia melupa akhirat



 
Amaran MB Terengganu, kakitangan awam jangan salah guna kuasa

KEMAMAN, 11 Julai 2010— Menteri Besar Datuk Ahmad Said memberi amaran kepada penjawat awam di Terengganu supaya tidak menyalah guna kuasa, jika tidak mahu berhadapan dengan tindakan undang-undang. Beliau berkata beliau menerima aduan dan laporan bahawa terdapat perbuatan salah guna kuasa dalam beberapa jabatan kerajaan negeri. “Saya beri amaran, jika berterusan perkara ini berlaku, saya sendiri akan turun bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membuat pemeriksaan mengejut,” katanya ketika ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama penjawat awam bagi Daerah Kemaman hari ini.

“Kita memikul amanah, jadi kita perlu berhati-hati dalam apa jua tindakan kita, jangan sampai kita diheret ke penjara kerana gagal melaksanakan amanah. “Saya juga mahu semua urusan rakyat disegerakan dan jangan dilengahkan. Malah kita harus beri perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat,” katanya. Mengulas lanjut kepada pemberita kemudiannya, Ahmad berkata beliau telah memaklumkan mengenai aduan salah guna kuasa tersebut kepada ketua jabatan berkenaan. Beliau turut meminta penjawat awam tidak mensabotaj kerajaan dengan menyebarkan dakyah yang tidak betul mengenai dasar-dasar kerajaan. — Bernama


Salah guna kuasa yang boleh berlaku dalam pentadbiran tanah.

Tanah adalah amanah. Tanah bukan semata komoditi atau barangan untuk di jual-beli tetapi adalah amanah yang akan di panjangkan untuk generasi akan datang.Tanah tidak seharusnya diberikan kepada mereka yang sudah mempunyai tanah. Salah guna kuasa dalam pentadbiran tanah boleh dielakkan jika pegawai yang diamanahkan dalam pentadbiran tanah bekerja dengan ikhlas dan jujur. Diantara beberapa contoh salah guna kuasa dalam pentadbiran tanah ialah

1. Tanah diberi kepada syarikat atau individu yang tidak ada kaitan dengan tanah tersebut berbanding mereka yang telah tinggal dan mengusaha tanah itu bertahun-tahun lamanya.

2. Tanah rizab diberi tetapi tidak di keluar dari warta tanah rizab.

3. Kawasan lapang dan tanah awam diberi kepada pemaju yang dekat dan ada hubungan rapat dengan orang-orang tertentu untuk perumahan dan pembangunan kawasan komersial.

4. Tanah tinggi dan kawasan tadahan air di anugerah kepada syarikat tertentu atau kategori tanah ditukar untuk dibenar membina projek pelancongan atau perumahan.

5. Pengawai yang bertanggung jawab dalam pentadbiran tanah menggunakan proksi ( pinjam nama orang lain) untuk mendapat tanah kerajaan untuk kepentingan peribadi.

6. Pegawai yang bertanggung jawab memalsukan dokumen permohonan tanah. Tanah dalam kawasan Rancangan Tanah Berkelompok dimasukkan nama kroni atau adik beradik tanpa melalui proses temuduga. Kadang-kadang borang pun tidak diisi dengan sempurna.

7. Pegawai dipejabat tanah memasukkan nama sendiri sebagai peserta ganti bagi mengantikan peserta RTB yang meninggal dunia. Pada hal dia tiada hubungan waris langsung dengan si mati.

8. Pegawai yang tidak bertanggungjawab memberi ID kepada kakitangan untuk membuat kerja bagi pihak beliau tanpa kawalan. Contoh dalam memproses e-mohon ( sistem permohonan tanah berkomputer ) dan sebagainya.

9. Pen. Pegawai Tanah menghebahkan tanah kerajaan untuk dipohon kepada sahabat handai, saudara mara dan orang yang ada kepentingan dengan mereka.

10. Pegawai yang bertugas di Pejabat Tanah membuat kerja-kerja juru ukur swasta dalam proses tukar syarat, pecah sempadan dan pecah bahagian tanah. Mereka-mereka ini mendapat akses yang mudah dalam sistem maklumat di Pejabat Tanah.

 

Wednesday 3 October 2012

Rahsia Panjang Umur


Rahsia Panjang Umur

Tahukah anda bahawa terdapat satu gaya hidup yang telah terbukti mampu memanjangkan usia bagi sesiapa yang mengamalkannya? Di suatu tempat yang terpencil di Jepun, Okinawa, terdapat suatu gaya hidup yang menjadikan kebanyakan penduduknya kekal aktif sehingga usia 70an, 80an, 90an dan bahkan 100 tahun. Mereka mempunyai pesakit jantung, kanser dan strok yang amat kurang. Kajian selama 25 tahun membuktikan bahawa fenomena panjang usia ini berkait rapat dengan gaya pemakanan mereka dan persekitaran kehidupan mereka.


Diet tradisi masyarakat Okinawa mengandungi kandungan susu soya dan sayur-sayuran yang tinggi dan mengurangkan pengambilan daging serta lemak tepu. Ini bermakna, kita akan dapati para sentenari (centenarian = seratus tahun) banyak memakan soya berbanding burger, keju dan kentang goreng. Kandungan sayur-sayuran yang banyak di dalam diet harian mereka yang terdiri dari bijirin dan kurangnya pengambilan lemak bermakna kurangnya penyumbatan dan penyempitan salur darah. Inilah punca utama penduduk di Okinawa kurang masalah penyakit jantung. Warga tua di tempat lain menjalani kehidupan yang sangat pasif dan kurang menjalani aktiviti riadah tetapi warga tua di Okinawa menjalani kehidupan yang sangat aktif. Berjalan, berkebun, menari tarian rakyat dan seni pertahankan diri membantu mengekalkan sistem kardiovaskular serta membantu menguatkan tulang dan otot.

Purata jangka hayat wanita di Okinawa adalah 87 tahun sementara lelakinya pula adalah 78 tahun. Peratus umur melebihi 100 tahun adalah 40 per 100,000 orang. Kajian bermula dari tahun 1976 ke atas 600 penduduk Okinawa yang mencapai usia 100 tahun membongkar rahsia panjang usia mereka.

 

Makanan Yang Hampir Kepada Vegetarian

Jika anda pengamal makanan yang tinggi protein dan lemak, anda pasti tidak berminat membaca seterusnya. Masyarakat yang panjang usia kesemuanya VEGETARIAN. Mereka memakan lebih dari 7 hidangan sayur-sayuran sehari, lebih dari 7 hidangan bijirin, lebih dari 7 hidangan buah-buahan, sedikit ikan dan sangat kurang memakan daging dan telur. Mereka tidak mengambil hasil tenusu tetapi amat kurang dari mereka mengidap osteoporosis.

Kesimpulannya, diet penduduk Okinawa adalah tinggi kandungan serat.

 

Kurang Makan

Motto paling popular mereka adalah “Hari Haci Bu” iaitu “Berhenti Makan Apabila Anda 80% Kenyang”. Ini bertepatan dengan saranan Rasulullah iaitu makanlah sebelum kamu lapar dan berhentilah sebelum kamu kenyang. Obesiti hampir tidak wujud di Okinawa.

 

Banyakkan Minum Air dan Teh

Penduduk Okinawa minum 12 gelas air sehari termasuk teh hijau. Minum separuh dari berat anda dalam auns setiap hari. Contohnya, jika berat anda 150 paun, minum sekurang-kurangnya 75 auns air bertapis setiap hari.

 

Kehidupan Yang Bebas Dari Stress

Penduduk Okinawa tidak berasa runsing dan gaya hidup yang mempunyai tekanan hidup atau stress yang rendah. Tiada perkara yang perlu digesa, tiada perkara yang dibimbangi dan hidup mengikut alam semulajadi. Mereka gemar bermeditasi, hidup yang simple, aman tenteram dan sentiasa berpandangan positif.

 

Tanah di Okinawa

Tanah di Okinawa adalah sangat subur. Tanah yang subur menyumbang kepada tanam-tanaman dan hasil pertanian yang bersih dan segar. Tiada penggunaan racun dan baja kimia yang merosakkan struktur biologi tanah. Kajian Tuft’s Universiti menunjukkan sayur dan buah-buahan organic mengandungi lebih 87% vitamin dan mineral berbanding hasil bukan organik. Kajian Panjang Usia di Okinawa (KPUO) oleh Dr Suzuki, Pengarah Kumpulan Penyiasat Usia Panjang Okinawa mendapati mereka yang panjang usia di Okinawa memiliki tubuh yang ramping, wajah yang muda, bertenaga dan kadar penyakit jantung dan kanser yang rendah. Di dalam tahun 1995, jangka hayat penduduk Okinawa melepasi had usia di keseluruhan Jepun. Selepas mengkaji 600 orang yang berusia 100 tahun dan beberapa ‘pemuda’ yang berusia 70, 80 dan 90 tahun, satu corak yang menakjubkan muncul. Penduduk Okinawa sangat sihat pada usia melebihi 70 tahun.

 

1. Kejayaan Usia Panjang Tidak Bergantung Kepada Genetik

Kajian genetik para lanjut usia ini menunjukkan kejayaan panjang usia mereka adalah berdasarkan gaya hidup sihat mereka. Kejayaan menambah 20 tahun usia tambahan mereka adalah berdasarkan kurangnya serangan strok dan kanser kolon. Sebab itulah masyarakat Okinawa yang hidup di luar Okinawa dan mempunyai gaya hidup yang berbeza mengalami pelbagai penyakit kronik berbanding yang tinggal di Okinawa.

 

2. Mengurangkan Radikal Bebas

Mengurangkan pengambilan kalori dapat memanjangkan usia. Bukti jelas menunjukkan penduduk Okinawa yang mengikuti cara hidup tradisi mempunyai kandungan radikal bebas yang kurang di dalam darah mereka. Para ‘pemuda’ melebihi 70an ini mempunyai kandungan lipid peroxide yang sangat rendah – bukti jelas yang menunjukkan mereka mengalami kerosakan sel disebabkan radikal bebas yang sangat rendah.

 

3. Kurangnya Risiko Kardiovaskular

Pemuda 70an ini mempunyai arteri yang jauh lebih muda, bersih, kurang kolesterol dan rendah paras homocysteine berbanding orang yang berusia di barat. Faktor ini mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga 80% dan kadar penyakit strok yang sangat rendah. Arteri mereka yang sihat adalah disebabkan gaya hidup organik dan vegetarian, senaman yang kerap, kawalan tekanan darah dan meminimakan tekanan perasaan dan spiritual.

Homocysteine ialah asid amino yang boleh merosakkan dinding salur darah. Kandungannya amat tinggi bagi mereka yang kurang memakan sayuran hijau, vitamin B1 dan B2.

 

4. Kurangnya Risiko Kanser Yang Disebabkan Oleh Hormon

Penduduk Okinawa amat kurang mengalami kanser yang disebabkan oleh hormone seperti kanser payudara, prostate, ovari dan kolon. Faktor utama mereka tidak mengidap kanser tersebut adalah kerana kurangnya pengambilan kalori, mengambil diet yang kaya sayur-sayuran dan buah-buahan, pengambilan omega 3 yang tinggi, serat yang tinggi, pengambilan flavonoid yang tinggi, kurangnya kadar lemak dalam badan dan aktiviti fizikal yang kerap.

 

5. Tulang Yang Kuat

Penduduk Okinawa amat kurang mengalami patah tulang punggung di usia lanjut. Kajian membuktikan bahawa pengurangan kalsium bagi mereka yang berusia lebih 40 tahun adalah perlahan berbanding penduduk Jepun yang lain. Ini adalah disebabkan tabiat meminum air semulajadi dan bersih di Okinawa, vitamin D dari sinaran matahari, aktiviti riadah dan pengambilan flavonoids (aestrogen dari tumbuh-tumbuhan) yang tinggi.

 

6. Langsing Dan Cergas Di Usia Lanjut

BMI pada ‘pemuda’ usia lanjut ini adalah 18 ke 22. Penduduk Okinawa kekal langsing dengan memakan makanan rendah kalori, diet karbohidrat tak kompleks, kawalan kalori dan makan hanya sehingga 80% kenyang serta aktiviti riadah yang kerap.BMI melebihi 25 dikira sebagai berat berlebihan dan mudah diserang penyakit.

 

7. Menopaous Yang Semulajadi

Tiada penggunaan terapi penggantian aestrogen dilakukan. Mereka mengalami menopaous secara semulajadi. Keadaan ini dialami akibat tabiat tidak merokok, senaman berbentuk tarian, seni pertahankan diri yang lemah lembut, berjalan dan berkebun. Wanita Okinawa terkenal dengan pengambilan aestrogen semulajadi, melalui pengambilan susu soya. Soya mengandungi phytoaestrogen atau aestrogen tumbuhan dipanggil flavonoid. Semua tumbuhan seperti kekacang, bijirin, bawang, broccoli mengandungi aestrogen semulajadi. Tetapi susu soya tetap pilihan kerana kandungan aestrogennya yang tinggi. Isoflavon di dalam susu soya membantu mengurangkan osteoporosis.

 

8. Hormon Seks yang Remaja

Para ‘pemuda’ 70an Okinawa mempunyai hormon jantina yang tinggi seperti DHEA semulajadi, estrogen dan testosterone berbanding mereka yang seusia mereka di Amerika. Mereka secara fisiologinya adalah lebih muda. DHEA adalah steroid yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal, membantu mengurangkan pecutan usia. Namun begitu, pengambilan suplimen DHEA akan menyebabkan kanser payudara dan kanser lain dan ia adalah tidak digalakkan. Penduduk Okinawa mengalami pelambatan usia berbanding mereka yang seusia di Amerika. Kandungan aestrogen dalam tubuh mereka adalah tinggi dan ini mengelakkan penyakit jantung dan osteoporosis. Testosterone juga didapati tinggi di kalangan lelaki Okinawa berbanding yang susia mereka di barat.

 

9. Kesihatan Spiritual Yang Cemerlang

Kajian personaliti menunjukkan kerunsingan dan rasa terburu-buru adalah sangat rendah sementara perasaan keyakinan diri amat tinggi di kalangan mereka. Kajian menunjukkan mereka sangat optimistik, mudah menyesuaikan diri dan mudah mesra. Kesederhanaan amat dititikberatkan. Hubungan kemasyarakatan amat utuh dan amalan kerohanian amat tinggi di kalangan wanita lanjut usia.

 

10. Penjagaan Kesihatan Yang Bersepadu

Penduduk Okinawa menggabungkan sistem penjagaan kesihatan dan penyembuhan dari barat dan timur. Okinawa, Jepun dan Hong Kong yang terkenal dengan kadar panjang umur di dunia mempunyai kaedah penyembuhan yang digabungkan antara timur dan barat. Herba tonik sangat diutamakan. Kenyanyukan amat jarang di Okinawa.

Marilah kita mengubah cara hidup kita dengan memakan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan berbanding pengambilan kalori , protein dan lemak. Pengambilan Melilea greenfield Organic adalah satu langkah lengkap dengan kandungannya melebihi 25 jenis sayur-sayuran organik dan herba organic yang terpilih..

Bertukarlah kepada pemakanan organik, bebas pencemaran, tanpa pengawet, pewarna dan perasa tiruan. Amalkan gaya hidup sihat.

Disini dicadangkan pengambilan Melilea greenfield Organic, Melilea Soya Organic Drink dan Melilea Organic Apple Orchard untuk zat dan mineral seimbang, hampir sama seperti diet yang diamalkan oleh Okinawan di atas.

sumber http://www.lamankongsi.com/2011/11/rahsia-panjang-usia-sehingga-100-tahun.html

p/s : InsyaAllah disertai dengan doa

 

Penjagaan Gigi


Penjagaan Gigi

Sekiranya gigi anda dijaga sedari kecil, sebenarnya anda tidak perlu khuatir untuk berjumpa doktor gigi! Penjagaan gigi yang betul memerlukan kerajinan serta disiplin yang tinggi. Anda wajib memflos gigi setiap kali selepas anda makan. Paling paling koman pun floslah gigi setiap bangun pagi dan setiap sebelum anda berlabuh untuk tidur malam! Sebaiknya flos gigi setiap kali sebelum ambil wuduk. Flos yang terbaik adalah dari flos asli dan tidak punya sebarang perasa kimia.

Di samping flos gigi secara kerap, anda juga perlu memberus gigi sekurang kurangnya 2 kali sehari. Berus gigi yang baik adalah tidak terlalu keras sehingga boleh mencederakan gusi! Ubat gigi pula gunakan ubat gigi semulajadi seperti anda boleh kisarkan cengkih menjadi serbuk ubat gigi! Serbuk cengkih mempunyai sebatian semulajadi yang bersifat membunuh kuman serta mampu menahan rasa sakit dengan memberi rasa kebas ( cengkih boleh berperanan sebagai ubat bius setempat ). Justeru itu, minyak cengkih digunakan sebagai ubat pelali atau penahan sakit gigi bagi prosedur gigi di klinik2 gigi! Sebenarnya, bunga cengkih juga boleh menghasilkan madu lebah yang paling bermutu dan paling lazat dunia!! Tidak seperti ubat gigi yang mungkin mengandungi kimia berbahaya, serbuk cengkih adalah lebih asli serta tidak mengandungi kimia sintetik! Selain serbuk cengkih, terdapat generasi terdahulu yang menghancurkan arang dari tempurung kelapa untuk dibuat sebagai penyental gigi! Gigi mereka biasanya putih berseri selepas disental dengan arang tempurung kelapa dan tahan lama!

Amalkan juga berkumur kumur setiap kali selepas anda makan apa apa makanan.

Jangan malas menjaga gigi sehingga gigi anda rosak. Penanaman gigi (dental implant) sebenarnya mengundang berbagai kesan buruk. Apabila skrew ditanam di dalam tulang rahang atas atau dalam tulang rahang bawah, kerana skrew ini bukan gigi asli anda, mungkin boleh mengundang nanah di sekitar umbi skrew ini. Skrew ini mungkin diperbuat dari titanium dan berharga mahal mungkin dalam lingkungan RM4000/- . Apabila terdapat nanah (jangkitan kuman) di pangkal skrew, gigi terpaksa dicabut dan dibuat torehan dan nanah dialir keluar. Jangkitan kuman di pangkal skrew lebih kerap terjadi sekiranya pesakit itu mengidap penyakit kencing manis!

Sekiranya jangkitan kuman di pangkal skrew terjadi di rahang atas, ia lebih berbahaya kerana rahang atas hampir dengan otak dan jangkitan kuman boleh melarat menyebabkan radang otak (meningitis)! Rahang atas juga hampir dengan cavernous sinus iaitu satu jaringan darah yang alirannya tidak berapa bagus terletak di bawah otak. Sekiranya cavernous sinus dijangkiti kuman, pesakit boleh mendapat angin ahmar akibat darah beku dan jangkitan kuman seluruh badan (septicemia).

Oleh yang demikian, jagalah gigi anda sedari anda kecil. Sekiranya anda telah terlepas waktu itu, pastikan anak anak anda tidak mendapat nasib yang sama!

Dr Palsu


Dr Palsu

http://drazwan.blogspot.com/2008/04/awas-doktor-palsu.html

Menarik kerana di dalam kosmo hari ini diperkatakan mengenai ramai doktor-doktor palsu yang terdiri daripada pemegang ijazah PhD yang membabitkan pakar motivasi dan pakar perubatan alternatif. Ada pula doktor yang tidak diiktiraf ijazahnya bekerja di hospital swasta. Baca pautannya di sini:-

KUALA LUMPUR – Laporan Kosmo! mengenai temberang doktor falsafah (Ph.D) membabitkan pakar motivasi dan pengamal perubatan alternatif membawa pula kepada pendedahan ada doktor palsu ‘dilahirkan’ di negara ini.

Masalah itu wujud disebabkan terdapat sekurang-kurangnya 17 program pengajian perubatan tidak diiktiraf dengan graduannya ada yang bekerja di hospital swasta.

Ia didedahkan oleh tokoh akademik, Prof. Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim yang memberitahu dia sendiri menerima laporan berhubung penipuan tersebut dari seorang rakannya, seorang pakar dalam bidang perubatan terkenal.

Kelahiran doktor-doktor falsafah palsu di dalam bidang perubatan alternatif itu saya kira bukan masalah yang besar walaupun pada hakikatnya mereka menipu orang ramai menggunakan topeng PhD mereka. Ini kerana mereka kebanyakannya tidak memberi prekripsi ubat di yang terdiri daripada racun berjadual. Malahan mereka mempunyai produk-produk yang mereka "cipta" sendiri yang kadang-kadang itu lebih "popular" daripada ubat-ubat yang sedia ada di hospital. Kadangkala ubat-ubat "ciptaan" mereka ini memenuhi ruang iklan surat khabar dan menjadi masyhur seantero Malaysia dengan janji penawar 1001 macam penyakit.

Bidang motivasi yang bercambah seperti cendawan yang menjadikan bidang motivasi lubuk kekayaan. Anda perlu untuk mendapatkan gelaran "doktor" agar nama anda dikenali di bidang motivasi. Oleh itu terdapat doktor motivasi yang palsu mendapat gelaran "doktor" dengan cara menipu. Ini tidak membawa kepada keberkatan rezeki. Baca cerita ini tentang kisah pakar motivasi terkenal yang diketahui mendapat PhD palsu.

Yang lebih menakutkan adalah doktor-doktor perubatan yang tidak diiktiraf atau lebih mudah tiada lesen APC atau Annual Practicing Certificate (APC) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Doktor yang tidak diiktiraf ini sudah pasti tidak pernah mendapat pemerhatian (supervision) daripada pakar terlatih semasa di hospital. Apakah yang akan berlaku jika anda meletakkan nyawa anda di dalam tangan mereka?

Hospital swasta (atau klinik) yang berkenaan sepatutnya diambil tindakan sekeras-kerasnya, didenda dan digantung lesen agar memberi pengajaran yang sepatutnya kepada hospital swasta yang lain. Malah, kesalahan ini adalah 10 kali ganda lebih serius daripada kes Dr Basmullah yang dipenjarakan kerana tidak mempunyai lesen klinik (tanpa amaran pulak tu) tetapi merupakan doktor yang mempunyai APC yang sah dan mempunyai pekerti yang baik.