Sunday 13 May 2012

Pemuliharaan Hutan

http://blm1053alamsekitar.blogspot.com/2010_09_01_archive.html

Thursday, September 16, 2010

PEMULIHARAAN HUTAN

Disediakan oleh : CHAN YIT XIN ( 205767 )
Pemuliharaan Hutan

Kepelbagaian habitat yang terdapat di Malaysia kaya dengan hidupan liar seperti Orang Utan, Monyet Probosis, Burung Enggang dan penyu laut, begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan menarik dan unik, contohnya Rafflesia, Periuk Kera dan berbagai-bagai jenis orkid liar yang unik. Oleh kerana Negara Malaysia kaya dengan khazanah alam semula jadinya, Kerajaan Negeri telah menubuhkan banyak kawasan-kawasan lindungan agar habitat semulajadi sepsis-spesis tumbuhan dan haiwan dapat dilindungi oleh undang-undang. Antara kawasan-kawasan perlindungan yang besar terdapat di negeri ini ialah Taman Banjaran Crocker dan sebagainya.

Pada masa ini selain daripada pemuliharaan habitat dan spesis, keutamaan diberikan kepada mencari jalan bagi menggunakan sumber-sumber alam semulajadi yang lebih berkekalan. Misalnya kajian dan pengambilan buah-buahan sitrus liar dan yang ditanam di Sabah pada tahun 1985 telah membantu dalam mendemonstrasikan nilai hasil-hasil bukan balak yang boleh didapati dari dalam hutan Pihak WWF dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan masih meneruskan usaha dalam mengenalpasti kawasan lindungan. Sebagai contohnya, Pelancongan dan Pembangunan Alam Sekitar di Sabah telah menugaskan WWF Malaysia untuk menyediakan Strategik Pemuliharaan Sabah. Ia mefokus kepada penggunaan tanah secara wajar sebagai kunci asas kepada pemuliharaan dan pembangunan di Negeri Sabah pada sekitar tahun 1990an strategik ini menyeru agar ditubuhkan pelbagai kawasan perlindungan juga memperbaiki pengurusan sumber-sumber berdasarkan kepada kawasan-kawasan.

Justeru itu strategik ini mencadangkan beberapa peraturan dan tindakan perlu diadakan dalam aspek-aspek penggunan tanah, hasil-hasil tanah, pengurusan pelbagai cara, kawasan tadahan air, komuniti hutan, pengeluaran balak, kerosakan hutan, pembalakan haram, penanaman semula hutan, ekologi kepelbagaian, melombong, polar pelancongan, permohonan tanah, Taksiran Kesan Alam Persekitaran, pembangunan pantai dan lain-lain, sebagai contohnya strategik ini menjalankan persediaan membuat beberapa siri peta untuk membantu rancangan penggunaan tanah tanpa mengganggu habitat semula jadinya. Kawasan- kawasan habitat semula jadi yang sensitif kepada perubahan perlulah dikenal pasti dan dijadikan sebagai kawasan perlindungan / simpanan. Pemuliharaan yang telah diperkembangan untuk 9 buah negeri di Malaysia. Penyediaan dan implementasi strategik ini banyak menyokong usaha-usaha pemuliharaan yang merangkumi seluruh negara, ini termasuklah peringkat negeri dan negara. Proses pemuliharaan pada tumbuh-tumbuhan di kedua-dua kawasan ini akan dijalankan dan akan memastikan kawasan ini akan kembali seperti sebelum ianya mengalami perubahan kesan daripada aktiviti perkampungan setinggan.

Hutan asli merupakan habitat hidupan liar dan menjadi satu gedung sumber genetik yang belum diterokai (untapped genetic resource) dan akan diguna untuk meningkatkan pengeluaran seperti pokok, rotan, buah-buahan dan binatang ternakan. Hutan ini juga penting bagi penduduk desa sebagai sumber mendapatkan makanan.Sehubungan dengan ini, Semenanjung Malaysia telah mewujudkan rangkaian kawasan perlindungan untuk pemeliharaan kepelbagaian hayat dengan penubuhan Taman-taman negara, sejak tahun 1930an lagi. Taman Negara yang terbesar di Semenanjung Malaysia meliputi kawasan seluas 434,351 ha dan telah diwartakan pada awal tahun 1939 yang kebanyakannya berada dalam hutan dara.

Dalam usaha-usaha untuk melindungi dan mengekalkan jenis-jenis hutan dalam keadaan semula jadi, Jabatan Perhutanan telah mengambil langkah menubuhkan Hutan Simpanan dara (VJR) sebagai rezab semula jadi dan Arboretum. Hutan Simpanan Dara ini berperanan sebagai contoh untuk membuat perbandingan ekologi dan biologi dengan kawasan hutan yang telah dibalak atau kesan rawatan silvikultur. Ianya juga merupakan hutan asli semula jadi untuk kajian. Sehubungan itu, perhatian adalah ditumpukan kepada aspek perlindungan terhadap spesies-spesies yang luar biasa dan yang menghadapi kepupusan. Beberapa spesies hidupan liar yang menghadapi kepupusan.

Pemeliharaan hutan dan perlindungan alam sekitar adalah penting bagi Semenanjung Malaysia. Perlindungan kawasan berhutan sebagai tadahan air adalah penting. Ini adalah untuk meminimumkan kesan kerosakan ekoran dari pengusahasilan hutan. Maka dengan itu segala bentuk penerokaan kawasan hutan dan pembangunan infrastruktur yang lain. Pengurusan hutan secara berkekalan untuk memastikan keluasan hutan asli yang mencukupi bagi mengekalkan kualiti dan kestabilan alam sekitar. Perlindungan kawasan berhutan sebagai tadahan air adalah penting. Ini adalah untuk meminimumkan kesan kerosakan ekoran dari pengusahasilan hutan. Maka dengan itu segala bentuk penerokaan kawasan hutan dan pembangunan infrastruktur yang lain, baik dalam tanah kerajaan, perlu diawasi dan dikawal dengan sepenuhnya mengikut rancangan pengurusan dan pengusahasilan yang telah ditetapkan bagi menjamin pengeluaran balak yang mencukupi di samping memelihara kualiti alam sekitar dan kestabilan ekologi.

Sebagai contohnya , Hutan Rekreasi Sungai Udang yang telah diilhamkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri Melaka sendiri, telah disempurnakan perasmiannya pada tanggal 26 Jun, 2005. Hutan Simpan Sungai Udang di mana terletaknya hutan rekreasi ini pula telah diwartakan pada tahun 1987 sebagai Hutan Simpanan Kekal dengan keluasan yang masih tinggal kurang dari 200 hektar.

Hutan Simpan Sungai Udang ini telah berjaya dikekalkan berkeadaan semula jadi. usaha-usaha pemuliharaan dan penanaman semula telah giat dijalankan pihak berwajib. Kawasan yang mengalami kerosakan dari jenayah alam sekitar itu kini telah pun ditanam dengan pelbagai spesis hutan beharga seperti Pokok Karas (aquilaria Malaccensis), Pokok Kayu Jati (Tectona Grandis), Pokok Nyatoh (Ganua hirtiflora (Ridley) Van Royan), Pokok Keruing Merah (Dipterocarpus verrucosus Foxw), Pokok Cengal (Neobalanocarpus heimii), dan Pokok Merbau (Intsia palembanica Miq).

Pada tahun 2008, sebanyak RM300,000 telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan lagi kemudahan rekreasi di Hutan Rekreasi Sungai Udang.

No comments:

Post a Comment