Sunday 13 May 2012

PEMANASAN GLOBAL

http://blm1053alamsekitar.blogspot.com/2010/08/pemanasan-global.html
PEMANASAN GLOBAL
Disediakan oleh : TAN HONG HEE ( 205697 )

Pemanasan Global
Pengenalan

Pemanasan global merupakan satu isu yang sangat serius di pesada dunia.Pemanasan global berhubung kait dengan suhu bumi yang telah meningkat sebanyak dua darjah dan kawasannya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu .Berdasarkan kajian yang telah dijalankan kawasan yang tidak diliputi hutan lebih panas berbanding kawasan yang diliputi hutan .Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10000 tahun, tetapi kini hanya dalam tempoh 100 tahun sahaja ekoran daripada kemusnahan hutan yang kian menjadi-jadi di seluruh dunia.

Faktor

Penebangan hutan bagi pembangunan sosioekonomi secara besar-besaran dan aktiviti pembakaran minyak fosil seperti petroleum, penggunaan metana dan gas menyebabkan penghasilan’gas rumah hijau’. Gas itu bagaikan selimut besar membalut bumi memerangkap haba daripada sinaran matahari lantas membawa kepada peningkatan suhu di mulia bumi yang kemudian berlakulah perubahan iklim secara esktrem. Jurnal Nature ada mempaparkan laporan mengenai perubahan iklim semakin meningkat dan menjadi-jadi kebelakangan ini. Munurut jurnal itu, pemanasan global mempercepatkan lagi kepupusan lebih sejuta spesies hidupan darat dalam tempoh 50 tahun. Kesan yang paling ketara dan sedang hangat dibincangkan oleh seluruh negara kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Oleh itu, akibat daripada penyusutan lapisan ozon yang berfungsi melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit dan kesan penyusutan lapisan ozon ini juga ekosistem bumi akan terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Rentetan itu, pancaran matahari yang lebih terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada ais di bahagian kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia.

Kesan

Pemanasan global yang berleluasa akan memberi impak yang besar terutama sekali kepada kesihatan manusia. Hal ini kerana, manusia sukar mengelak daripada udara kerana manusia dikelilingi oleh udara dan memerlukan udara untuk hidup. Mengikut anggaran, manusia menyedut lebih kurang 2,000 gelen udara setiap hari. Oleh itu, Masalah pemanasan global ini secara tidak langsung akan menganggu sistem pernafasan manusia, pendarahan Pulmonari dan radang paru-paru melalui gas-gas seperti karbon monoksida, Nitrogen Oksida dan gas ozon iaitu gas-gas ini akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah manusia. Disamping itu, masalah jerebu yang serius akan menghalang penglihatan mata dan juga akan menjejaskan mata manusia. Hasil daripada kajian pertubuhan kesihatan sedunia atau WHO menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara iaitu tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan. Pemanasan global juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi bumi ini daripada sinaran terus matahari9. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
Langkah

Kita perlu mengubah cara berfikir dan sikap kita sendiri. Hal ini kerana, pemanasan global yang berlaku ini adalah bermula daripada sikap manusia itu sendiri melalui pembakaran bebas, pembebasan bahan pencemar ke udara oleh pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab dan aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan oleh manusia. Jesteru, kita perlu mengubah cara berfikir dan sikap kita sendiri dengan menyedari kesan kepada jangka masa panjang sekiranya masalah ini terus berleluasa. Oleh itu, kita perlu mengambil alternatif untuk memelihara, mengekal dan menyelamatkan alam sekitar selaras dengan kepentingan dan keperluan kehidupan kita sendiri.

Masalah pemanasan global telah memberi impak yang buruk kepada alam sekitar. Oleh sebab itu, pihak-pihak bertanggungjawab telah membuat keputusan untuk mengatasi masalah ini, terutama pihak kerajaan yang merupakan pihak yang penting sebagai agen pentadbir negara. Kerajaan harus mengambil langkah awal untuk membenteras masalah pencemaran, antaranya dengan memperkenalkan Akta Kualiti Alam Sekitar pada tahun 1974. Akta ini mengandungi peraturan yang mengandungi enam bahagian antaranya peraturan kenderaan bermotor dan kualiti alam sekitar, peraturan kenderaan bermotor (kawalan pelepasan asap, 1977), peraturan ini menghadakan perlepasan asap kenderaan iaitu dihakan kepada 50 HDU. Akta kualiti berfungsi sebagai agen mengawal dan mengurangkan aktiviti pemanasan global dengan mengenakan syarat-syarat tertentu.

Kesimpulan

Walaupun begitu, sokongan tetap diberikan kepada pertubuhan seperti Greenpeace Organisation yang begitu komited dan bersemangat untuk memperjuangkan isu pemanasan global ini diseluruh dunia. Pekara ini sepatutnya dipandang mulia dan perlu diberi perhatian oleh mana-mana pihak iaitu kerajaan, badan berkanun, pertubuhan NGO dan individu yang mahu terus hidup diatas bumi yang kita cintai ini.




http://sosialalamsekitar.blogspot.com/2010/08/pemanasan-bumi.html

PEMANASAN BUMI


Pemanasan global atau "global warming" telah menjadi isu terhangat yang terhidang di dada akhbar dan sering menjadi topik perbualan komuniti antarabangsa.Pemanasan global telah disebabkan oleh beberapa faktor seperti aktiiviti pembakaran terbuka, pulau haba, dan penggunaan karbon monogsida dan karbon dioksida yang berlebihan dalam kehidupan seharian kita. Apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya hal ini tidak dibendung? terdapat pelbagai kesan yang akan timbul sekiranya perkara ini tidak dicegah. Ternyata, pemanasan global ialah perkara yang merisaukan kita semua. Akibat sikap lepas tangan pemaju dan sikap masyarakat tempatan yang membakar sampah sarap di kawasan hutan, gas-gas tersebut dibebaskan ke udara sekeliling dan melepasi lapisan ozon. Tahukah anda bahawa karbon monoksida dapat menghakis dan menipisi lapisan ozon secara semula jadi. Lapisan ozon dapat menipis sehingga 75 peratus cahaya matahari daripada menembusi bumi. Sekiranya lapisan ozon terhakis, akibatnya pemanasan global akan berlaku secara berleluasa. Sinaran matahari tanpa ditapis mengandungi 30 peratus sinaran radioaktif yang akan membunuh sel-sel kulit manusia. Sekiranya sinaran matahari tanpa ditapis oleh lapisan terkena pada kulit kita, tumur akan membentuk dan akan menjadi sel kanser. Hal ini akan menyebabkan penduduk bumi akan ramai yang mati akibat kanser kulit. Kanser kulit sukar diubati dan penawarnya tidak ditemui oleh para saintis sehingga ke hari ini.  


Seterusnya sekiranya suhu dunia melebihi paras 5.8 drjah selsius, maka ais di kutub utara dan selatan akan mula cair hal ini akan mendatangkan impak yang negatif kepada kita semua. Hasilnya purata lautan akan mencecah sehingga 95 peratus, ini bermakna banyak kawasan daratan yang akan ditengelami oleh air. Penduduk dunia akan ramai yang mati.
Pemanasan global pada peringkat awalnya akan menyebabkan migrain dan sakit kepala yang melampau.  Migrain disebabkan oleh pemanasan yang melampau dan akibatnya akan berlaku pendarahan yang serius di bahagian otak. Migrain juga disebabkan oleh terkumpulnya darah kotor di bahagian otak dan hal ini akan membuatkan rasa tidak selesa kepada pesakitnya. Pulau haba juga sering dikaitkan dengan pemanasan global. Pulau haba disebabkan oleh asab-asab yang dikeluarkan daripada asap kereta dan kilang. Asap ini mengandungi karbon monoksida yang tinggi yang akan menipiskan lapisan ozon bumi. Ole sebab itu, meminimunkan penggunaan kenderaan perlu kita dititikberatkan.
Kongklusinya, fenomina pemanasan global adalah perkara yang menghantui komuniti antarabangsa. Hal ini kerana kesannya kepada penduduk dunia amat serius. oleh itu kita sebagai sebahagian daripada penghuni bumi ini perlu mengambil langkah pencegahan sebelum hal ini menjadi lebih serius. Jangan sampai nasi telah menjadi bubur” barulah kita mahu berubah. Jangan sampai sudah terhantuk baru nak mengadah”, tidak ada gunanya. Sedarlah sementara kita masih boleh berbuat sesuatu kepada dunia yang hendak kita wariskan kepada anak cucu kita ini.
JADI APA USAHA KITA ? renung-renungkan..........dan selamat beramal.. (n_n)"
UMAR FARID

No comments:

Post a Comment