Sunday 13 May 2012

Awas mempelam yang anda makan

Awas mempelam yang anda makan
Pernahkah anda melihat mempelam yang berjerawat atau cacat kulitnya dijual di kedai2, pasar borong atau supermarket? Sudah tentu tidak pernah bukan? Sedarkah anda kebanyakan mempelam yang dijual itu berasal dari Siam?
Pernah terdengar cerita kawan yang pakcik beliau bekerja sebagai Kastam di Padang Besar. Beliau berhujah bahawasanya, beliau sudah tidak pernah sanggup memakan mempelam Siam lagi kerana Pakciknya ternampak orang Siam menyuntik sesuatu bahan ke dalam pangkal buah mempelam. Nah, apakah bahan yang disuntik itu? Sudah tentu ia bahan kimia yang akan mengawetkan mempelam supaya tahan lama di Semenanjung Malaysia. Pernahkah KKM membuat persampelan racun kepadanya? Allahualam... Antara racun yang popular di Malaysia ialah Malathion, Sumithion, Aqua Resigen dan seperti dibawah:
Racun serangga
Ia adalah bahan kimia pertanian yang digunakan untuk membunuh serangga perosak tanaman.
a)   Racun serangga jenis sentuh ialah racun serangga yang membunuh serangga apabila tersentuh badan serangga. Contoh seperti B.H.C dan Cabaryl
b)   Racun serangga jenis perut ialah racun yang membunuh serangga apabila bahagian yang disembur dimakan . Contohnya seperti B.H.C dan cabaryl.
c)   Racun serangga jenis serap ialah racun serangga yang apabila disemburkan ke atas daun-daun akan diserap dan dibawa ke bahagian lain tumbuhan. Jadi mana-mana bahagian tumbuhan yang dimakan oleh serangga akan membunuh serangga berkenaan. Contohnya ialah Racun Demephion.
d)   Racun serangga jenis fumigasi ialah racun serangga yang  di gunakan dalam bentuk semburan asap dan akan membunuh serangga yang berada dipersekitaran tersebut. Contohnya ialah racun menyembur nyamuk.

Racun kulat
Ia adalah bahan kimia pertanian yang melindungi tumbuhan daripada serangan kulat yang biasanya terdapat pada tanaman. Biasanya ia mengandungi sebatian kuprum, sulfur, zingkum atau raksa. Setengah racun kulat adalah pelindung. Selepas disemburkan ianya berada sebagai lapisan nipis di atas permukaan daun dan membunuh spora-spora kulat yang jatuh ke atasnya. Racun kulat yang lain, dikenali sebagai racun kulat serap, adalah diserap ke dalam tumbuhan melalui daun dan memusnahkan kulat yang telah masuk ke dalam tumbuhan itu.

Racun rumpai
Racun yang digunakan untuk memusnahkan rumpai yang boleh menjejaskan pertumbuhan pokok yang di tanam. Ianya boleh dikelaskan kepada:
a)   Racun sentuh. Racun ini akan membunuh hanya bahagian-bahagian pokok yang menerima racun. Semua pokok hendaklah disembur sehingga cukup basah untuk membunuhnya. Misalnya paraquat.
b)   Racun serap. Racun ini akan masuk ke dalam pokok melalui daun-daun  atau akar-akar sebelum membunuh nya. Misalnya Dalapon, Atrazine dll.
c)   Racun pra-cambah. Racun ini disembur atau ditabur atas tanah yang baru sahaja dibajak atau digemburkan untuk membunuh benih rumpai yang sedang bercambaah atau akan bercambah.Biasanya racun ini disembur selepas sahaja  biji benih tanaman ditanam atau sebelumnya. Misalnya Lasso, Nitrofen dll
d)   Racun bertindak pilih. Racun ini ada banyak jenis, iaitu ada yang membunuh tumbuhan yang berdaun lebar ( 2,4-D ), ada yang lebih berkesan atas rumput-rumput ( Dalapon ) dan ada yang membunuh semua jenis tumbuh-tumbuhan melainkan satu atau beberapa jenis tanaman. Misalnya Diphenamid dll.
e)   Racun lepas cambah. Racun-racun ini hendaklah disembur atas daun-daun tumbuhan untuk membunuhnya. Misalnya paraquat.
f)    Racun am. Racun ini membunuh semua jenis tumbuh-tumbuhan. Misalnya glyphosate.

Racun Umpan
Ia adalah racun yang digunakan dalam bentuk umpan dan biasanya digunakan untuk membunuh haiwan perosak seperti tikus dan siput. Ia dicampur dengan makanan dan diletakkan di tempat yang kerap didatangi oleh binatang-binatang itu. Misalnya ialah Metadex untuk membunuh siput dan Warfarin untuk membunuh tikus.

Pernahkah anda terfikir kenapa mempelam itu tidak cacat sedari putik hingga ia menjadi buah? Sudah tentu penggunaan racun digunakan secara maksimum kerana mempelam tempatan  biasanya mudah rosak kerana kurang penggunaan racun! Relakah anda memberi makan kepada keluarga anda mempelam yang sedemikian rupa?
Racun pada permukaan kulit tidak hilang sepenuhnya walaupun direndam dengan air garam... kepekatan racun hanya boleh berkurangan itu saja. maknanya anda masih terdedah kepada penyerapan racun. Racun yang diserap ke dalam darah akan disimpan dalam sel-sel lemak badan anda dan akan dirembes perlahan-lahan semasa anda tidur. Jangan dilupa kesan terkumpul racun (Cumulative effect ) apabila anda terus terusan memakan mempelam atau buah buahan lain yan beracun.
Tidak hairanlah berbagai bagai jenis penyakit yang dulunya jarang didengar telah melanda rakyat negara ini... Buktinya, penyakit buah pinggang rosak sepenuhnya ( End Stage Renal Failure ) telah meningkat kejadiannya dari tahun ke tahun. Justeru, bilangan pusat pusat dyalisis juga tumbuh bagai cendawan kerana ia menjanjikan pulangan yang amat banyak! Pesakit Dialisis memerlukan 3 kali cucian darah seminggu (Sekali cuci darah @ Dialisis = RM 200 ) oleh itu sebulan RM2400 ! jumlah ini belum termasuk jumlah bayaran ubat dan upah consultasi pakar nephrologist melihat anda !!

No comments:

Post a Comment