Sunday 13 May 2012

Akibat mengejar Dunia

Agama Baru Anutan Masyarakat Dunia

Lupakan pasal murtad, Lupakan pasal seksualiti merdeka, lupakan pasal Gereja Methodist Damansara Utama dan pasal Syiah atau Wahabi kerana semua semua ini adalah ciput.
Agama baru telah muncul yang mana "keimanan" terhadap Tuhan baru yang wajib disembah ini telah dibawa oleh sistem kapitalis. Tidak percaya? Sila renung dan periksa diri sendiri. Sistem ekonomi kapitalis adalah agama baru menjadikan "iman" manusia hanya sekadar berebut-rebut untuk mengumpul harta. Nyawa serta kehormatan manusia tidak diambil kira! Sistem ekonomi kapitalis telah melahirkan satu budaya dimana umat manusia dalam dunia ini terlupa dan lalai bahawa kita hanyalah sekadar bertransit di atas muka bumi ini.
Agama dan budaya kapitalis ini telah mencakupi semua aspek kehidupan insan. Manusia moden kurun ke 21 telah dilalaikan untuk menjadi konsumer yang mengguna dan mengumpulkan pelbagai ‘biji-biji saga’ dan barangan kodi untuk mainan. Manusia moden telah menjadi seperti toyol yang asyik bermain dengan biji-biji saga hingga terlupa bahawa tujuan hidup ini adalah untuk mengenal diri sendiri dan melakukan kebaikan.

Agama ini juga dalam tidak sedar telah berjaya me"murtad"kan berbilion manusia di bumi ini biarpun individu itu hanya bergelar Ulama, Mufti, Ustaz, Imam, Pak Haji, Abang Haji, Kak Hajjah, Abang Lebai, Sami, Father, Paderi ataupun Rabbai Yahudi.
Selepas selesai "berlakon" bersolat dan menyembah Allah kemudian mereka menyekutukan Allah dengan menganut Agama Kapitalis dan Menyembah Tuhan "Free Market". Agama kapitalis telah membawa satu budaya di mana ianya mengasak, meraba dan merangsang sifat jahat dalam diri manusia. Hukum agama ini ialah induk ekonomi kapitalis yang mana rukun ibadahnya ialah keuntungan maksima telah melupuskan nilai baik yang sedia wujud dalam diri manusia.

Justeru apakah kita hairan apabila kita terbaca dalam akhbar bagaimana pembekal susu tepung di Tanah Besar China telah membubuh melamine dalam tepung untuk dijual sebagai susu. Mereka menjual susu ini bukan kepada orang Sweden tetapi kepada bayi-bayi China sanak saudara mereka sendiri.

Justeru apakah kita hairan apabila kita membaca berita di Sepanyol dan Portugal ada pembekal minyak zaiton telah membubuh minyak hitam yang sudah terpakai untuk dijual sebagai campuran minyak zaiton.

Justeru apakah kita hairan apabila membaca bagaimana jurutera & kontraktor Islam yang mengucap 2 kalimah syahadah, berpuasa, berzakat dan selalu naik haji telah membuat jambatan, stadium, bangunan sekolah, bilik makmal, hospital, tiang cerucuk dengan menggunakan barangan tidak berkualiti dan akhirnya bangunan-bangunan ini runtuh di sana - sini.
Tower crane,  mobile crane menggunakan crane terpakai dari negara China menyebabkan ia mudah patah dan melibatkan kemalangan jiwa. Disebabkan yang mati terdiri dari buruh asing Bangladesh, India, dan Indon, berita senyap selama-lamanya. Nasib malang mereka sebagai buruh asing dari negara miskin mundur, tidak terbela sewajarnya!

Ada kontraktor sengaja mengurangkan besi & simen tetapi melebihkan  pasir dan batu supaya mereka untung besar. Kualiti bangunan didirikan tidak langsung diambil kira! Kerajaan pemerintah pula diam seribu bahasa.

Banyak juga pemaju perumahan yang mengebas duit, rumah tak siap tetapi bank dah memeras wang dari anda semua. Tiada pembelaan dari kerajaan pemerintah!!! Duit anda hangus sehangusnya!! Tiada tempat untuk anda mengadu!!

Tukang pasang pendawaian letrik ke rumah anda memasang choke murah dan dawai murah bertujuan untung besar. Tuan rumah menyumpah seranah tidak diambil kira. Rezeki haram masuk ke koceknya.  Tak sampai 6 bulan, lampu dah kong.

Hakim sanggup mengikut telunjuk pemerintah demi keagungan, kemewahan, pangkat dan harta dunia. Peguam sanggup membakar pelanggan ( Sosilawati ) bagi mendapatkan kekayaan. Orang salah dibela dan dihujah sampai lepas. Iblis tersenyum puas!

Doktor klinik swasta menjual mc. Ubat expired, masih digunakan lagi. Peralatan tidak disteril secara hakiki. Hanya jirus di aliran air pili. Syringe , jarum glucostick dan benang jahit  diguna berkali-kali. Tidak ikut etika dan peraturan terkini. Pesakit mati doktor tak peduli! Janji Hipocrates dicampak ketepi. Hanya ikut sedap sendiri. Kain hamparan dan peralatan budak berkhatan diguna berkali kali tanpa cuci! Pengguguran haram pilihan hati, Sekarang dah ada sindiket menjual bayi! Nak bayar duit muka Lamborghini. Hanya wang besar tersemat di hati.
Itulah namanya doktor Puki.

Guru menyuruh murid datang tuition di rumahnya. Ilmu tidak diajar sepenuhnya di sekolah. Jika nak ilmu atau formula lebih, sila datang ke rumah. Murid miskin akan ketinggalan ilmu kerana tidak mampu bayar yuran tuition.

Ulama sanggup menjual ayat Allah bagi kemewahan dunia! bersih 3.0 yang jelas minta keadilan dan ketelusan pilihanraya telah difatwakan haram tanpa sebab yang munasabah! Ulama taik anjing ulama disanggah!!

Semua ini dilakukan kerana mereka hidup mengikut hukum, budaya dan rukun agama kapitalisma. Keuntungan maksima adalah tuhan baru yang sedang disembah. Selama 30 tahun kebelakangan ini tuhan baru ini telah muncul di merata pelusuk dunia. Tuhan ini akan berada dimana sahaja wujudnya sistem ekonomi kapitalis termasuk di Malaysia.

Tiga puluh tahun dahulu bekalan air, elektrik, jalan raya, hospital, bank, sekolah, pos, universiti, telefon, radio, tv semua ini adalah milik kita bersama. Semua ini adalah hak milik negara bermakna hak milik orang ramai. Tiba-tiba harta orang ramai ini diswastakan.

Siapa sebenarnya yang mencadangkan dasar penswastaan ini? Dasar ini dimunculkan oleh pemikir Badan Illuminati. Para pemikir dari pelbagai ‘think tank’ ini yang telah mengajukan agenda penswastaan kepada Bank Dunia dan IMF sebagai satu usaha untuk apa yang mereka panggil cara untuk memperbaiki dan mengembangkan ekonomi di negara-negara sedang membangun.

IMF dan Bank Dunia menjadikan penswastaan ini sebagai dasar untuk diterima pakai. Negara Dunia Ketiga yang miskin jika ingin meminjam dana dari bank-bank antarabangsa diwajibkan menjalankan dasar penswastaan. Penswataan bermakna menjualkan harta hak milik orang ramai kepada kaum kapitalis antarabangsa.

Di belakang dasar penswastaan ini ialah para banker dari Badan Illuminati. Para banker yang telah mengumpulkan berbilion kertas dolar memerlukan pasarana pelaburan baru. Hukum agama kapitalis mewajibkan kaum pemodal terus mencari pasaran baru.

Di Eropah Barat pasaran telah tepu. Maka Badan Illuminati telah mengarahkan Bank Dunia dan IMF memaksa dibuka seluas mungkin pasaran di negara Dunia Ketiga. Hasilnya kita melihat harta negara kita air, telefon, tv, jalan raya, hospital, bangunan, bank semuanya bertukar tangan.

Apabila Perang Dingin tamat lihat apa yang telah terjadi kepada Russia dan Eropah Timur. Negara-negara ini sedang mengamalkan sistem ekonomi sosialis telah diasak dan di serang. Russia telah dipecah-pecahkan. Perang telah dicetuskan di Bosnia, di Kosovo, di Montenegro dan di Chechen semua ini adalah perancangan licik untuk memaksa harta rakyat di Eropah Timur di jual kepada kaum pemodal antarabangsa.

Sesudah dasar penswastaan diterima pakai dan kita mula terdengar apa yang dikatakan Dunia Tanpa Sempadan. Dunia tanpa sempadan ini ialah agenda Illiminati untuk melupuskan kedaulatan negara. Dunia tanpa sempadan bukan bererti orang Afrika boleh senang-senang masuk ke Eropah. Dunia tanpa sempadan bukan bererti buruh rakyat Pakistan boleh masuk ke Jepun untuk mencari kerja.

Tanpa sempadan hanyalah untuk duit modal masuk ke mana sahaja untuk mencari untung. Modal antarabangsa ini tidak boleh diganggu gugat ketika modal ini sedang mencari keuntungan maksima dimana sahaja dalam dunia ini.

Dunia tanpa sempadan ialah untuk para pelaburan antarbangsa bermain ‘tikam dan berjudi’ di pasaran saham negara-negara Dunia Ketiga. Lihat apa yang berlaku di Asia Tenggara pada tahun 1997 dahulu.

Lihat bagaimana kaum kapitalis antarabangsa telah menerbus masuk dan menekan negara-negara Asia Tenggara dan akhirnya banyak hospital kita terjual, telefon kita terjual, sistem pendidikan kita terjual.

Lihat Tesco, Carrefour, Giant, Court Mamoth, AIA, ING, Ikea, Burger King, MacDonald, KFC, Shell, Esso semua ini adalah milik pemodal antarabangsa. Semua ini dipaksakan ke atas pasaran kita melalui perjanjian World Trade Organisation (WTO). WTO memaksa negara Dunia Ketiga membuka pasaran untuk pemodal antarabangsa masuk mencari untung.

Perjanjian WTO ini adalah perjanjian terbuka yang berat sebelah sama seperti perjanjian-perjanjian East India Company yang telah dibuat oleh Sultan Johor dengan Raffles pada tahun 1819 dahulu. Sama seperti perjanjian Sultan Kedah dengan Francis Light pada tahun 1786. Pulau Pinang dijual kepada Inggeris dengan harga + RM26,500 sahaja!!!
Sama seperti Perjanjian Pangkor 1874 yang akhirnya Tanah Melayu jatuh ke tangan British.

Dari zaman penjajah dahulu, cita-cita kaum pemodal kapitalis ini untuk memiliki dunia ini tidak pernah padam-padam. Cita-cita kaum pemodal antarabangsa ini untuk menjadikan umat manusia sebagai hamba adalah manifesto New World Order.

Badan - badan Illuminati saban hari merancang. Hari ini semua strategi telah di rancang. Semua telah di susun. Para banker di belakang Illuminati sedang dalam persediaan akhir untuk melahirkan apa yang mereka katakan New World Order atau Dunia Bentuk Baru.

Lihatlah nanti bagaimana Badan - badan Illuminati ini akan memaksa Malaysia untuk menanda tangani Free Trade Agreement. Dalam perjanjian ini tidak ada yang ‘free’. FTA ini telah memaksa kita terus membuka semua pasaran negara kita untuk kaum pemodal antarabanga mencari keuntungan maksima.

Sebab itu dalam beberapa hari yang lalu para aktivis sosialis telah berkumpul di hadapan hotel Ritz-Carlton pada 5 hb Disember yang lalu semata - mata untuk menggagalkan perjanjian agama setan ini.Sekiranya tidak , maka kita akan terhumban ke dalam sistem perhambaan ekonomi.

New World Order ini adalah dunia baru dimana kedaulatan negara tidak wujud lagi. Rancangan NWO ini sedang diatur Canada, Amerika dan Mexico telah disatukan kemudian seluruh Selatan Amerika akan dijerut masuk. Eropah sedang bersatu ini akan menjerut masuk Afrika dan Timur Tengah. Asia akan dikepalai oleh Jepun yang akan menjerut semua negara di Asia.

Lihat sekarang telah wujud Asean dan Apec untuk Asia, African Union untuk Afrika dan Union of South American Nations untuk Amerika Latin. Semua ini adalah perancangan Illuminati.

Semua ini direstui oleh kaum pemodal antarabangsa. Rancangan akhir mereka ialah untuk memastikan semua rakyat dunia ini akan tunduk kepada kuasa mereka.

Dalam masa yang tidak lama lagi manusia akan di cap dengan microchip. Tak percaya? Bukankah idea ini telah terkeluar dari mulut seorang pegawai polis Malaysia tiga tahun dahulu dan berita ini telah dilaporkan dalam Utusan Malaysia. Microchip ini untuk bayi yang baru lahir atas alasan untuk mengekori penjahat.

Tetapi hakikatnya microchip ini ialah untuk mengawal semua umat manusia agar tunduk kepada sistem ekonomi kapitalis. Umat manusia akan taat bekerja dari jam 9 hingga 5 bercuti Sabtu Ahad. Jika rajin dan tekun mereka akan dapat gaji untuk membeli kondo, ipod, Kancil, kasut Prada, beg Luis Vuitton dan pelbagai jenis binatang konsumer yang dijanjikan. Sila baca 1984 oleh George Orwell dan tonton filem Metropolis oleh Fritz Lang.

Ini bukan satu kisah dongeng zaman ini, Ini bukan plot sebuah novel yang belum siap. Ini adalah hakikat politik dunia hari ini agama Kapitalis ini berjaya melalaikan lantas memperhambakan manusia terhadap sistem ekonomi.

Oleh itu Memahami politik dunia hari ini amat penting. Jika kita gagal untuk memahami garis dan strategi Illuminati maka kita tidak akan melawan. Jika tidak bangun melawan maka umat manusia dalam dunia ini akan dijadikan hamba abdi.

No comments:

Post a Comment