Sunday 13 May 2012

Pencemaran Udara 2

http://www.scribd.com/avirah/d/20737359-Pencemaran-Udara

Pencemaran Udara

1.0Pengenalan

Ruang angkasa bumi, yang juga dikenal sebagai atmosfera merupakan tempat terdapatnya udara. Atmosfera merupakan selimut kepada bumi. Ia mengandungi beberapa lapisan, lebih kurang 95 peratus udara terdapat pada lapisan troposfera yang menjangkau jarak antara 0-7 batu (0-12 km) dari bumi, semua bentuk pencemaran udara akan terkumpul di lapisan ini. Udara bersih mengandungi 0.1 ppm karbon monoksida, 0.001 ppm nitrogen dioksida dan 0.25ppm oksida-oksida nitrus.

Apabila pencemaran udara berlaku maka akan berubah komposisi komponen-komponen ini. Fenomena pencemaran udara memberi kesan yang besar terhadap pelbagai aspek seperti dari segi nilai estetik, ekonomi, keselamatan kesihatan dan juga gangguan keselesaan individu. Sumber pencemar udara boleh dikategorikan mengikut jenis emisi sama ada gas atau partikulat, mengikut jenis punca sebabnya sama ada secara semula jadi atau tiruan dan mengikut bilangan dan taburan ruang. Pencemaran udara boleh di klasifikasikan kepada dua jenis, iaitu pencemaran primer dan pencemaran sekunder. Pencemaran primer adalah pencemaran yang dihasilkan oleh sulfur monoksida dan Karbon Monoksida yang terhasil daripada pembakaran tidak lengkap. Pencemaran primer ini menyebabkan zarah - zarah halus terampai di udara. Kebanyakan pencemaran udara tersebut dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar dan penggunaan dapur seperti arang kayu yang tidak terkawal. Manakala, pencemaran sekunder adalah berpunca hasil daripada tindak balas oleh sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara yang tidak diperlukan oleh benda hidup.

2.0 Faktor- faktor menyebabkan pencemaran udara
Pencemaran udara disebabkan oleh dua faktor yang pertama faktor aktiviti manusia itu sendiri dan faktor semulajadi. Dilihat dari perspektif aktiviti manusia adalah aktiviti pembakaran, aktiviti penyemburan, penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC). Dari aspek semula jadi ia telah lama berlaku sebelum
manusia wujud lagi. Antaranya ialah letupan gunung berapi, proses pereputan, ribut pasir dan semburan air laut. Aktiviti pembakaran bahan api di kilang dan dalam enjin kenderaan bermotor, pembakaran api ini akan menghasilkan gas-gas pencemar seperti nitrogen dioksida, karbon dioksida, sulfur dioksida dan karbon monoksida. Gas-gas ini seterusnya akan terbebas dan berkumpul di ruang udara, apabila ia semakin banyak dan ia akan berpadu dengan awan dan akhirnya membawa kepada hujan asid. Pembakaran sampah sarap dan hutan secara besar-besaran juga merupakan penyumbang kepada pencemaran udara. Pencemaran ini lazim kita dengar dan sentiasa berlaku di mana-mana, contohnya pembakaran hutan di Indonesia secara besar-besaran yang pernah berlaku suatu ketika dahulu yang memberi impak yang amat buruk. Negara kita juga tidak terkecuali terkena kesan fenomena tersebut. Kesan yang ketara ialah jerebu yang amat teruk berlaku sekitar ruang udara. Udara yang diliputi oleh bahan-bahan pencemar seperti gas karbon dioksida, debu dan parti kulat yang menyebabkan suasana udara menjadi kabus dan kabur. Begitu juga dengan aktiviti penyemburan racun serangga dan bahan-bahan kimia juga merupakan faktor kepada pencemaran udara yang menghasilkan gas dan bahan kimia ke udara yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan manusia. Faktor yang terakhir adalah penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) yang berpotensi mengeluarkan gas CFC. Gas CFC dibebaskan oleh alat penyaman udara, alat penyembur dan peti sejuk. Apabila gas CFC terlalu banyak berkumpuldi ruang udara ia akan memberi kesan yang amat berbahaya kerana akanmembawa kepada penipisan dan kebocoran lapisan ozon, apabila fenomena ini berlaku sinaran matahari semakin terdedah dan memanaskan suhu di sekeliling ruang dan permukaan bumi.

3.0 Bahan-bahan pencemaran
Bahan pencemaran ialah ialah bahan-bahan yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Bahan pencemar ini dikelaskan berdasarkan kepada beberapa kriteria seperti sifat fizik, sifat kimia dan punca bahan pencemar. Dari segi fizik, bahan pencemar boleh dikelaskan kepada gas, asap, habuk dan sebagainya manakala dari segi punca, bahan pencemar udara yang wujud adalah dikelaskan kepada pencemaran primer dan pencemaran skunder. Bahan pencemar primer ialah bahan yang terdapat di udara dalam bentuk asal iaitu sama seperti bahan yang terdapat di udara dalam bentuk asal seperti sulfur dioksida, nitrogen oksida dan hidrokarbon manakala bahan skunder pula ialah bahan pencemar yang bukan lagi dalam bentuk asal iaitu terbentuk daripada bahan pencemar lain melalui proses tindak balas fotokimia, hidrolisis dan pengoksidaan. Contohnya, nitrogen oksida bertukar menjadi nitrogen dioksida melalui proses fotokimia (seinfield 1975). Selain itu, bahan pencemar juga boleh dikategorikan berdasarkan komponen kimia iaitu bahan pencemar organik dan bukan organik. Bahan pencemar organik ialah hidrokarbon, aldihide, ketone, alkohol dan eter manakala bahan pencemar bukan organik seperti oksida-oksida sulfur, oksida-oksida nitrogen, hidrogen klorida dan hidrogen florida.

Zarah
merupakan diantara bahan pencemar yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Zarah ialah sebarang pepejal dan cecair yang terdapat di udara biasanya melebihi ukuran garis pusat 0.002 mikron tetapi kecil daripada 500 mikron. Zarah ini adalah berbeza dari segi sifat-sifat fizik, kimia dan biologi. Dari segi sifat fizik, zarah berbeza dari segi saiz, proses pembentukan, ciri-ciri pengenapan dan kualiti optik. Zarah juga mempunyai sifat-sifat kimia yang tertentu seperti titisan asid, oksida-oksida logam, silikat dan jelagat. Dari segi biologi, zarah terdiri daripada bakteria, virus, spora dandebunga.Selain itu, bahan pencemar lain ialah:

karbon monoksida
Karbon monoksida ialah sejenis gas yang tidak berwarna, tidak berbau dan tanpa rasa. Gas ini dihasilkan daripada pembakaran tidak lengkap bahan hidrokarbon. Antara punca utama gas ini ialah kenderaan dan kilang.

Hidrokarbon
merupakan bahan pencemar yang menyumbang pencemaran udara. Hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi elemen-elemen hidrogen dan karbon seperti metana, etana, propana dan etilena. Hidrokarbon dihasilkan secara semula jadi oleh benda bernyawa terutama tumbuhan. Kenderaan bermotor juga merupakan pencemar hidrokarbon terpenting kerana menggunakan bahan bakar petroleum.

Oksida nitrogen
ialah merupakan jenis bahan pencemar penyumbang utama pencemaran udara terutama di kawasan bandar yang dihasilkan oleh kenderaan bermotor. Terdapat dua jenis oksida nitrogen iaitu nitrik oksida dan nitrogen dioksida. Nitrik oksida ialah sejenis gas lengai dan kurang toksid pada paras lazim. Namun begitu, gas ini mempunyai sifat seperti karbon monoksida yang mudah memasuki hemoglobin sehingga mengurangkan kandungan oksigen di dalam darah. Nitrik dioksida juga mudah dioksidakan menjadi nitrogen dioksida yang lebih berbahaya. Nitrogen dioksida ini mudah larut didalam air membentuk asid nitrik dan jika gas ini wujud di atmosfera dan melarut di dalamair hujan dan kemudian akan membentuk hujan asid.

oksida sulfur
Terdapat dua jenis Oksida sulfur iaitu sulfur dioksida dan sulfur trioksida. Gas ini sebahagian besarnya dihasilkan ke atmosfera daripada pembakaran bahan api fosil kerana bahan ini mengandungi sulfur. Sulfur dioksida ialah gas yang tidak berwarna, tidak mudah terbakar, tidak meletup dan mempunyai bau yang melemaskan serta larut di dalam air membentuk asid sulfurus manakala sulfur trioksida melarut di dalamair membentuk asid sulfurik. kedua-dua asid ini agak tinggi diudara terutama di kawasan bandar.

4.0Kesan-kesan pencemaran udara
Pencemaran udara yang berleluasa akan memberi impak yang besar terutama sekali kepada kesihatan manusia. Hal ini kerana, manusia sukar mengelak daripada udara kerana manusia di kelilingi oleh udara dan memerlukan udara untuk hidup. Mengikut anggaran, manusia menyedut lebih kurang 2,000 gelen udara setiap hari. Oleh itu, masalah pencemaran udara ini secara tidak langsung akan menganggu sistem pernafasan manusia, pendarahan Pulmonary dan radang paru-paru melalui gas-gas seperti karbon monoksida, Nitrogen Oksida dan gas ozon iaitu gas-gas ini akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah manusia. Di samping itu, masalah jerebu yang serius akan menghalang penglihatan mata dan juga akan menjejaskan mata manusia. Hasil daripada kajian pertubuhan kesihatan sedunia atau WHO menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara iaitu tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan. Selain daripada memberi kesan kepada manusia pencemaran udara ini juga akan memberi kesan kepada tumbuhan iaitu pertumbuhan tumbuhan mengalami kerosakan seperti nekrosis ataupun keguguran daun, klorosis ataupun pertukaran warna daun dan juga pertumbuhan akan terbantut. Manakala Kesan daripada kerosakan tumbuhan pada jangka masa panjang akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk juga akan tergantung seperti petani. Di samping itu,kehidupan haiwan juga turut terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Hal Ini, disebabkan dari udara yang memasuki paru-paru haiwan dan makanan yang diperolehi dari sumber tumbuhan yang tercemar kesan daripada pencemaran udara.

Hujan asid
juga akan berlaku kesan pencemaran udara yang berlaku. Hujan asid ini berlaku disebabkan oleh proses penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpahidupan yang terdapat di bumi. Kesannya, akan membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Selain itu juga, hujan asid ini juga boleh menghakis.

harta benda
seperti pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan melalui bahan pencemar yang secara langsung akan merugikan dan memusnahkan keindahan persekitaran. Disamping itu, asid yang terdapat dalam hujan tersebut juga akanmeresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurangan sertamenjadikan tanah tersebut tidak subur.Kesan yang paling ketara dan sedang hangat dibincangkan oleh seluruhnegara kini adalah kesan

pemanasan global
disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi puncakepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul
di dalam udara. Oleh itu, akibat daripada penyusutan lapisan ozon yangberfungsi melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit dan kesan penyusutan lapisan ozon ini juga ekosistem bumi akan terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Rentetan itu, pancaran matahari yang lebih terik jugamenyebabkan berlakunya pencairan kepada ais di bahagian kutub bumi danmenyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia. Kesan pemanasan global dapat dilihat melalui banjir besar di johor yang berkemungkinan berlaku akibat peningkatan paras air laut.

5.0Langkah- langkah mengatasi
Masalah pencemaran udara telah memberi impak yang buruk kepada alam sekitar. Oleh sebab itu, pihak-pihak bertanggung jawab telah membuat keputusan untuk mengatasi masalah ini, terutama pihak kerajaan yang merupakan pihak yang penting sebagai agen pentadbir negara. Kerajaan telah mengambil langkah awal untuk membenteras masalah pencemaran, antaranya dengan memperkenalkan

Akta Kualiti Alam Sekitar
pada tahun 1974. Akta ini mengandungi peraturan yang mengandungi enam bahagian antaranya peraturan kenderaan bermotor dan kualiti alam sekitar, peraturan kenderaan bermotor (kawalan pelepasan asap, 1977), peraturan ini menghadakan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU. Akta kualiti berfungsi sebagai agen mengawal dan mengurangkan aktiviti pencemaran dengan mengenakan syarat-syarat tertentu. Pihak-pihak firma dikenakan syarat dengan mengurangkan pembebasan bahan-bahan bertoksik ke ruang udara seperti gas nitrogen dioksida, sulfur dioksida, karbon dioksida, karbon monoksida dan sebagainya. Firma-firma akan di hadkan atau diperuntukkan dalam membebaskan bahan-bahan pencemar berdasarkan standad sama rata. Firma juga digalakkanmemakai alat pengasing elektrostatik, ia berfungsi menarik partikel-partikel kecil dari udara. Misalnya, apabila cerobong kilang dicas, asap yang mengandungipartikel kecil akan ditarik oleh daya ini dan melekat di tepi cerobong.

mengurangkan penggunaan gaskloflorokarbon (CFC),
gas CFC dapat menipiskan lapisan ozon apabila ia terlalu banyak bebas di udara. Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) .

mengubah cara berfikir dan sikap kita sendiri
Hal ini kerana, pencemaran udara yangberlaku ini adalah bermula daripada sikap manusia itu sendiri melalui pembakaran bebas, pembebasan bahan pencemar ke udara oleh pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab dan aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan oleh manusia. Jesteru, kita perlu mengubah cara berfikir dan sikap kita sendiri dengan menyedari kesan kepada jangka masa panjang sekiranya masalah ini terus berleluasa. Oleh itu, kita perlu mengambil alternatif untuk memelihara, mengekal dan menyelamatkan alam sekitar selaras dengan kepentingan dan keperluan kehidupan kita sendiri.

Penampalan Ozon
juga merupakan salah satu langkah yang digunakan dapat mengatasi masalah pencemaran udara. Kaedah penampalan ozon adalah dengan bahagian ozon yang berlubang akan ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, dengan menembak peluru ozon dengan menguna kan kapal terbang mampu menampal ozon. Penampalan ozon ini dapat mengawal pencemaran udara untuk jangkamasa pendek.

kawalan kejuruteraan
kawalan ini merupakan pendekatan teknikal yang melibatkan kawalan proses penghasilan dan pengeluaran bahan pencemar. Terdapat pelbagai jenis bentuk kawalan kejuruteraan yang boleh digunakan sesuai dengan punca pencemaran tetapi masih menggunakan prinsip yang sama iaitu untuk mengelakkan penghasilan bahan pencemar dan menyekatnya daripada terlepas ke udara. Contohnya, kawalan penghasilan zarah dari sumber berterusan boleh dilakukan dengan mengunakan kaedah primer dan kaedah skunder. kaedah primer melibatkan langkah-langkah untuk memastikan supaya proses yang terlibat tidak mengeluarkan zarah manakala kaedah sekunder pula mengawal zarah-zarah yang telah terhasil daripada terlepas ke atmosfera. Selain itu, kaedah-kaedah lain yang digunakan seperti saiklon, pemendakan elektrostatik, saringan dan pengilasan.

6.0Kesimpulan
Udara merupakan sumber yang sangat penting kepada semua kehidupan. Udara yang tercemar sangat membahayakan kesihatan disamping memusnahkan harta benda. Daripada perbincangan di atas, jelaslah kita melihat bahawa pencemaran udara adalah amat berbahaya terhadap ekosistem hidupan bumi termasuklah manusia. Proses pembangunan negara khususnya dalam bidang perindustrian merupakan punca utama merosotnya kualiti udara. Namun ada sesetengah pihak yang masih melakukan aktiviti pencemaran secara berleluasa, hal ini menyedihkan kita kerana kesedaran masyarakat masih rendah. Oleh itu, masyarakat perlulah sedar supaya bekalan udara bersih untuk kehidupan kita pada hari ini dan generasi akan datang terjamin.

No comments:

Post a Comment