Sunday 13 May 2012

jangan guna telefon bimbit semasa sedang cas


Kalau dahulu, telefon bimbit bukanlah suatu kemestian. Tetapi lihat sekarang, ia sudah jadi satu keperluan. Sedangkan budak-budak sekolah ketika ini sudah mempunyai telefon bimbit sendiri. Canggih-canggih pula tu. Tetapi kita kena selalu beringat semasa menggunakan telefon bimbit anda. Kadang-kadang kita selalu terlepas pandang benda yang sekecil-kecil perkara. Perkara kecil itulah yang boleh membawa kesan kepada diri kita. Saya suka mengingatkan diri saya sendiri dan juga pembaca beritasemasa.com. Sebab, kita boleh ubah tabiat yang kita buat sehari-hari. Selepas melihat gambar di bawah, kita semua tidak lagi melakukan perkara yang sama selepas ini. Ini kerana sudah ada yang terkena, jangan sampai anda menjadi mangsa seterusnya selepas ini.

1.
Jangan charge HP anda semalaman dan JANGAN diletakkan dekat anda ketika mengecas

2.
Jangan pernah menjawab panggilan masuk ke HP saat sedang dicas!!

Dalam satu kejadian, seorang lelaki sedang mengecas telefon bimbit kesayangan di rumahnya. Beberapa hari yang lalu, seorang laki2 sedang mengecas telefon bimbit di rumahnya. Dalam waktu yang sama, ada panggilan masuk dan dia menjawabnya yang mana ketika itu telefon bimbitnya masih tersambung dengan kabel eletrik. Kedua ibubapanya bergegas ke biliknya dan anaknya dalam keadaan pengsan masa itu, dengan degupan jantung dan jari terbakar. Setelah beberapa saat, tanpa dijangka arus eletrik masuk ke telefon bimbitnya lelaki muda tersebut tercampak ke lantai dalam badannya kekejangan. Dia dikejarkan ke hospital terdekat, tapi nyawanya sudah tak dapat diselamatkan ketika sampai ke hospital.


P/S : Telefon bimbit adalah satu teknologi yang menjadi satu keperluan pada masa kini. Tetapi, kita harus berhati-hati kerana telefon bimbit yang kita anggap sebagai kawan boleh menjadi musuh sehingga boleh menyebabkan kematian. Elakkan diri menggunakan hp yang bersambung suis.

No comments:

Post a Comment