Sunday 13 May 2012

Aras Laut Makin meningkat

KAWASAN hartanah tepi pantai terdedah kepada peningkatan paras air.
NEW YORK: Bandar dan perkampungan kecil di sepanjang pesisiran pantai popular Amerika Syarikat lebih terdedah kepada peningkatan paras air laut berbanding yang diramalkan sebelum ini, lapor dua kajian terbaru.
Kajian itu mendapati sehingga 32 peratus lebih banyak kawasan hartanah tepi pantai terdedah kepada peningkatan paras air sehingga satu meter, sementara penduduk yang terdedah kepada peningkatan paras air bertambah kepada 87 peratus. Angka itu berbeza mengikut rantau dengan selatan Florida, selatan Louisiana dan Carolina mengungguli senarai negeri dengan banyak kawasan tanah bakal ditenggelami air. Penduduk paling ramai terjejas ialah di Florida, Louisiana, California, New York, dan New Jersey, kata kajian.

Sejak 1880 an, paras air laut meningkat secara purata lapan inci atau 20.32 sentimeter akibat pemanasan global. Pada kurun ini, paras itu dijangka meningkat sehingga sebanyak satu hingga dua meter, bergantung kepada berapa banyak tambahan karbon dioksida dilepaskan manusia ke atmosfera daripada pembakaran bahan api fosil dan daripada perubahan penggunaan tanah.  Sesetengah penyelidik berselisih pendapat mengenai Greenland dan Antartika Barat yang mungkin kehilangan ais lebih cepat berbanding yang dijangka ketika ini. Secara keseluruhan, 3.7 juta penduduk tinggal pada atau di bawah paras satu meter itu, kata kajian. Florida saja memiliki anggaran hartanah bercukai bernilai AS$30 bilion (RM91.71 bilion) di sepanjang pantai tenggara yang terdedah, memberi gambaran kos amat besar jika pemanasan global memacu paras air laut kepada keadaan diramalkan menjelang akhir kurun.
Menjelang penghujung abad ini, peningkatan paras air laut yang dianggap di bawah satu hingga dua meter masih memberi ancaman sementara, kata kajian. Antara kini dan 2030, ancaman banjir tepi pantai sekali dalam tempoh sekurun kemungkinan meningkat dua kali ganda untuk sekurang-kurangnya dua pertiga daripada lokasi dalam kawasan liputan kajian. Lebih separuh daripada lokasi mungkin menyaksikan bencana banjir tepi pantai sekali dalam tempoh sekurun meningkat tiga kali ganda. - Agensi
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment