Sunday 13 May 2012

LANGKAH MENGELAKKAN PENCEMARAN

http://blm1053alamsekitar.blogspot.com/2010/08/langkah-langkah-mengelakkan-pencemaran.html
LANGKAH-LANGKAH MENGELAKKAN PENCEMARAN
Disediakan oleh : VAASUKI A/P SUBRAMANIAM (197705 )

Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah mencetuskan pelbagai masalah. Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia. Namun begitu,disebalik keselesaan dan pembangunan yang dicapai timbullah beberapa masalah sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan masyarakat.
Pada penghujung abad ke-20,banyak laporan menunjukkan betapa keadaan alam sekitar di seluruh dunia semakin parah tercemar. Krisis tersebut telah memberi kesan langsung yang negatif terhadap seluruh komponen mikro serta makro alam sekitar. Masalah pencemaran bukanlah suatu perkara yang baru di Malaysia.
Pada asasnya,kemerosotan kualiti udara,air dan bunyi adalah berkaitan dengan pembangunan suatu jenis guna tanah. Contohnya pembangunan industri berat yang berisiko tinggi menjadi punca kepada pencemaran udara,air dan bunyi.
Langkah - langkah penyelesaian
Terdapat banyak langkah penyelesaian untuk menyelamatkan alam sekitar daripada ditelan pencemaran. Antaranya ialah melalui pendekatan “Pengeluaran Bersih “. Konsep pengeluaran bersih bersifat serampang dua mata iaitu ia mampu membantu mengurangkan impak pencemaran alam sekitar dan menjimatkan kewangan sekiranya dirancang dengan teliti. Pengusaha industri hanya perlu melakukan sedikit kajian dengan menerapkan beberapa strategi melalui pendekatan pengeluaran bersih.
Konsep pengeluaran bersih berbeza daripada amalan tradisi pengusaha industri yang lebih mementingkan aspek pengawalan pencemaran di hujung proses. Amalan tradisi pengusaha industri termasuklah dengan membelanjakan jutaan ringgit untuk membina logi rawatan air sisa dan alat kawalan pencemaran udara. Walaubagaimanapun,ada dalam kalangan pengusaha industri yang tidak mampu mencapai prestasi kecekapan rawatan pencemaran pada tahap yang baik walaupun telah melaburkan wang yang besar untuk mengatasinya. Walaubagaimanapun dengan pendekatan pengeluaran bersih ia dapat mengatasi masalah ini dengan baik.
Pendekatan pengeluaran bersih lebih menumpukan kepada “sumber penyebab” pencemaran dan bergerak kearah menghapuskannya di peringkat awal. Ianya dilihat sebagai suatu anjakan paradigma baru dalam dunia kejuruteraan alam sekitar. Program alam sekitar Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNEP) mendefinisikan pengeluaran bersih sebagai suatu pendekatan mengintegrasikan strategi pencegahan pencemaran alam sekitar secara berterusan ke dalam operasi proses,penghasilan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan.
Terdapat lima strategi pencegahan pencemaran yang diterapkan melalui konsep ini.
            Strategi pertama ialah dengan pengubahsuaian produk. Ianya meliputi perubahan terhadap sifat sifat produk,seperti bentuk dan kandungan yang direka mengambilkira kos yang lebih rendah dan mesra alam. Jangka hayat produk yang dihasilkan direka agar mempunyai jangka hayat yang panjang,mudah di perbaiki,mudah dilupuskan,boleh dikitar semula dan mempunyai potensi pencemaran yang rendah.
Strategi yang kedua ialah merujuk kepada pengubahan input bahan mentah. Kandungan bahan mentah yang digunakan dipastikan bebas dari sebarang potensi pencemaran atau sekurang kurangnya mempunyai kebolehan mencemar yang amat rendah. Ia juga dipilih berasaskan kos bahan mentah pada tahap yang minima.
Strategi yang ketiga ialah memfokuskan terhadap pengubahsuaian rekabentuk proses. Ini melibatkan pengubahan aliran dan rekabentuk unit operasi proses yang terdapat di dalam sebuah industri. Rekabentuk aliran proses perlu diubah bagi mengurangkan atau melupuskan penghasilan sisa pencemaran dengan penggunaan tenaga yang rendah. Sebagai contoh satu artikel dalam majalah Jurutera keluaran Disember 2008,menyatakan teknologi pengkomposan di dalam industri penghasilan minyak sawit dapat mengurangkan dan menghapuskan kos bagi rawatan air sisa. Ini berlaku dengan menukarkan keseluruhan bahan sisa sampingan industri sawit kepada baja kompos dengan beberapa pengubahsuaian aliran proses.
Strategi yang keempat ialah merujuk kepada amalan penyeliaan terbaik. Hal ini melibatkan perubahan terhadap prosedur operasi dan pengurusan penyeliaan yang teliti. Ianya melibatkan perubahan terhadap prosedur operasi dan pengurusan penyeliaan yang teliti. Ianya melibatkan peningkatan keupayaan pekerja di semua peringkat. Dengan adanya pekerja mahir di dalam kos penyelenggaraan terhadap alat kawalan pencemaran dapat dikurangkan.
Strategi yang kelima ialah merujuk kepada usaha kitar semula bahan sisa yang dihasilkan di dalam operasi industri. Ini boleh dijayakan dengan penggunaan semula sisa sebagai bahan mentah semula,penjanaan tenaga,pemerolehan semula dan juga menggunakannya untuk tujuan produk lain. Contohnya sisa industri padi boleh digunakan sebagai bahan mentah untuk penghasilan baja kompos. Ini dapat menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar melalui kaedah pembakaran terbuka yang selalu diamalkan. Selain itu pemasangan sistem kitar semula bagi sisa air terpakai dapat membantu mengurangkan penggunaan air di dalam industri makanan dan menjimatkan kos pengeluaran.
Dalam konteks global, banyak industri telah mengamalkan konsep pengeluaran bersih dan berjaya mengurangkan kos operasi mereka. Sebagai contoh syarikat Castle Chemical di Sandgate, Australia telah berjaya menerapkan konsep “Pengeluaran Bersih” dengan penjimatan penggunaan tenaga melalui penukaran aliran proses dan melaksanakan program kitar semula sisa sehingga menjana keuntungan tahunan yang amat bermakna. Negara maju seperti Australia dan Jepun telah lama melaksanakan program ini. Pengeluaran bersih bukan sahaja mampu mengurangkan kos operasi malahan dapat membantu melestarikan industry.
Dalam konteks Malaysia,potensi untuk menerapkan konsep pengeluaran bersih amat besar. Industri berasaskan pertanian seperti kelapa sawit, getah dan makanan di lihat mempunyai prospek yang cerah untuk melaksanakan program ini. Apa yang perlu pengusaha industri lakukan ialah terus melihat jauh ke hadapan dengan melihat dan mengambil pengajaran kejayaan beberapa industri di dunia dalam menerapkan konsep ini.

No comments:

Post a Comment