Sunday 13 May 2012

Minyak apakah yang paling baik

Minyak apakah yang paling baik?
Sifat Kimia Lemak
Lemak Tepu (Saturated Fat)
Kesemua atom karbon mempunyai ikatan tepu dengan atom hidrogen seperti stearic acid, minyak kelapa dan daging.
Monounsaturated Fat
Ada terdapat sekali kejadian di mana 2 atom karbon membina satu ikatan unsaturated seperti minyak zaitun.
Polyunsaturated Fat
Ada terdapat lebih dari sekali kejadian di mana 2 atom karbon membina satu ikatan unsaturated seperti linoleic acid, minyak jagung.

Kualiti minyak
Minyak tepu lebih tahan haba dari minyak tak tepu kerana ikatan tepu lebih stabil dan lebih kuat dari ikatan minyak tak tepu! Ikatan minyak atau lemak tak tepu sebenarnya tidak stabil, kurang kuat dan senang rosak (rancid) atau senang terurai oleh haba! Tangan atau lengan atau ikatan karbon dalam minyak tak tepu yang terurai ini akan bebas menggapai apa apa saja. Dikhuatiri lengan yang bebas ini akan menggapai racun seperti dioxin semasa anda memasak dan boleh meracun keluarga anda! Justeru, untuk memasak, Minyak tak tepu adalah pilihan yang memudaratkan! Oleh itu, untuk pelihara kesihatan anda, gunakan minyak kelapa semasa memasak. Diulang bahawa minyak paling baik untuk memasak adalah minyak kelapa dara!!!
Lemak teroxidised atau minyak teroxidised menyebabkan kanser dan penyakit jantung! Minyak unsaturated senang teroxidised terutamanya semasa memasak! Lipid peroxidation chain reaction (rancidity) menghasilkan berbagai bagai jenis mutagen dan karsinogen!!! (mutagen = bahan menyebabkan sel berubah bentuk dari normal menjadi sel tidak normal  @ sel kanser ;  karsinogen = bahan penyebab kanser ).
Penyelidik di Universiti Minnesota mendapati penghangatan minyak sayur sayuran seperti minyak jagung, soya, bunga matahari, terutamanya semasa aktiviti menggoreng, boleh menukarkan minyak unsaturated ini menjadi sebatian beracun HNE. Bahan HNE berpotensi menyebabkan angin ahmar, Parkinsonism, hati rosak, lupa, dan salur darah tersumbat!!!  Jika salur darah anda telah banyak yang tersumbat atau sempit, keadaan ini menyumbang kepada penyakit darah tinggi, penyakit lemah jantung (heart failure) atau jantung kembang (Cardiomegaly) dan penyakit angin ahmar (stroke)!!!
Memakan hasil minyak yang beracun seperti ini boleh menyebabkan anda cirit birit, terbantut tumbesaran, rambut gugur, penyakit kulit, letih lesu lemah tidak bermaya, pendarahan usus, kanser usus dsbnya!!
Restoran Fast Food kebanyakkannya mengunakan minyak rancid polyunsaturated!! Minyak ini pulalah yang digunakan untuk menggoreng ayam berkali kali sehingga minyak ini menjadi hitam ( Masih tak percaya? Tanyalah dengan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran yang pantau kebersihan makanan di Pejabat Kesihatan Daerah anda) !!! Justeru jika anda membeli ayam goreng yang berwarna gelap, anda eloklah tukar ke ayam goreng yang berwarna cerah sedikit! Tetapi, jika Fast food dan nasi lemak itu menggunakan minyak polyunsaturated, anda masih terdedah kepada berbagai mutagens dan karsinogen seperti diceritakan di atas!!

Justeru, minyak apakah yang paling baik untuk anda?
Untuk memasak / menggoreng = Gunakan minyak rantaian sederhana tepu ( Medium Chain Fatty Acid ) seperti minyak kelapa dara!
Minyak zaitun / canola / kacang Macadamia = monounsaturated adalah pilihan kedua untuk memasak!
Jangan sekali kali guna minyak polyunsaturated (Minyak Flaxseed, Walnut) untuk memasak!!! Minyak polyunsaturated hanya ideal ditelan mentah-mentah sahaja!!!
Polyunsaturated Omega 3 = minyak ikan
Polyunsaturated Omega 6 = minyak sayur-sayuran
Minyak Polyunsaturated Omega 3 dan minyak Polyunsaturated Omega 6 mesti dimakan dalam kadar 1:1 tetapi hari ini manusia tertipu dengan iklan mencantikkan kulit , lalu memakan terlebih Minyak Polyunsaturated Omega 6!!! Keadaan tidak seimbang ini atau lebihan Minyak Polyunsaturated Omega 6 menyebabkan mereka berpenyakit inflammasi ( Radang kulit atau gatal gatal kulit, kulit merah ), obesiti, kencing manis, penyakit jantung, kanser dan kemurungan!!! Insan di Malaysia sekarang memakan terlebih Minyak Polyunsaturated Omega 6 dalam diet mereka !!! Tiada siapa yang mahu menasihatkan mereka kecuali jika mereka berfikir selepas membaca penulisan ini!
Tetapi Gamma linolenic acid (GLA) dan conjugated linoleic acid (CLA) adalah 2 jenis Minyak Polyunsaturated Omega 6 yang bertindak seperti Minyak Polyunsaturated Omega 3! Anda disarankan mengambil GLA dan CLA kerana sifat mereka ini jika anda susah memakan minyak ikan! GLA meredakan gejala semasa datang bulan, mengurangkan radang, mengembang salur darah, mengurangkan darah beku, dan membantu pembakaran lemak dalm badan. CLA melawan kanser dan membina otot. CLA didapati dalam daging lembu yang hanya memakan rumput!!! daging lembu yang memakan bijirin kurang mempunyai CLA!

Minyak diekstrak menggunakan haba! Justeru semua Vitamin akan musnah! Ikatan polyunsaturated terurai oleh haba lalu membentuk sebatian beracun yang menyebabkan kanser! Justeru, Minyak Polyunsaturated seperti walnut dan flaxseed mesti diekstrak secara cold press dan bukannya secara heat press!!

Apakah jenis jenis minyak yang tidak baik untuk anda?
Mereka adalah refined vegetable oil seperti minyak jagung, safflower, sunflower, soya dan trans fat!
Minyak trans fat dibuat dengan proses hydrogenation dimana minyak Polyunsaturated dialirkan dengan hydrogen bagi menyebabkan ia menjadi minyak tepu secara olahan kimia! Minyak terhydrogenated adalah pepejal semasa suhu bilik! Banyak sekali Minyak terhydrogenated ini digunakan membuat kuih, kek, makanan terproses dsbnya. Malangnya minyak terhydrogenated menyebabkan kanser, penyakit darah tinggi, penyakit jantung, kegemukkan, kencing manis dan angin ahmar!!! Minyak terhydrogenated dihasilkan melalui tindakbalas haba. Justeru minyak terhydrogenated adalah minyak yang telah rosak (rancid) dan ia mengandungi agen penyebab kanser ( Carcinogenic agent )!!!
Ingatlah:
Makanlah makanan anda dalam bentuk semulajadi mereka diciptakan iaitu apa yang telah dijadikan Allah untuk anda!!! Jangan lupa memuji Allah dan berterimakasih kepadanya atas apa-apa nikmat dan kurniaan Allah kepada anda!!! Jangan sekali-kali anda memakan makanan yang telah direfined atau diolah oleh manusia kerana makanan makanan industri ini mengandungi banyak sekali racun dan toksik seperti kimia pengawet, pewarna kimia, perasa kimia dan perisa tiruan, wangian kimia, MSG dan sebagainya!!! Elakkan juga sayur sayuran beracun serangga, racun rumpai, racun kulat dsbnya yang dikenalpasti dengan LOGO Jabatan Pertanian "SOM" (Skim Organik Malaysia) dan "SLAM"(Skim Amalan Ladang Baik Malaysia)! Elakkan juga memakan daging atau tumbuhan yang dihasilkan dengan sangat cepat dan rintang penyakit luar biasa melalui teknoloji Genetic Engineering keluaran oleh negara-negara maju.
Daging di Malaysia pula berasal dari lembu, kambing, rusa, khinzir, itik, puyuh atau ayam yang telah disuntik ubat-ubatan antibiotik serta steroid bagi mempercepatkan tumbesaran haiwan2 ini! Masih tak percaya? Hairankah anda kenapa ayam penelur bertelur saban hari, saban minggu dan saban tahun? Sedangkan ayam kampung hanya bertelur maksimum sampai 13 biji telur saja dan terus mengeram selepas itu? Hormon apa yang telah disuntik kepada ayam penelur agar bertelur setiap hari? Adakah hormon ini selamat kpeada anda atau menjadikan lelaki bersifat wanita apabila lelaki jantan memakannya atau perempuan mendapat kanser ovari bila memakan kepak ayam?

ingat lagi bahawa:
Surah Ibrahim (14) : ayat 24 dan 25 Allah membuka rahsia minyak kelapa dara adalah minyak paling baik untuk manusia!!! Kenapa Allah memilih surah Ibrahim mungkin kerana Allah menyuruh kita berfikir Nabi Ibrahim hanya membekalkan Siti Hajar dan bayi kecilnya yang baru lahir Nabi Ismail dengan buah kurma iaitu tatkala nabi Ibrahim meninggalkan isterinya, Siti Hajar masih sarat mengandungkan Nabi Ismail. Nabi Ibrahim meninggalkan isterinya Siti Hajar di padang pasir yang tandus kering kontang tanpa seorang manusia pun atas perintah/ujian Allah! Siti Hajar berlari dengan perut besarnya dan mengejar nabi Ibrahim yang meninggalkannya lalu bertanya kepada nabi Ibrahim adakah Allah yang memerintahkan sedemikian, Nabi Ibrahim menjawab 'ya' lalu Siti Hajar reda dan berserah kepada ketentuan Allah. Siti Hajar berlari-lari anak antara Safa dan Marwah bagi mencari manusia bagi meminta pertolongan kerana ditinggalkan keseorangan hanya dengan anaknya yang baru lahir iaitu Nabi Ismail. Rupa-rupanya meminta tolong hanyalah kepada Allah dan bukan kepada manusia! Allah mengadakan satu anak sungai di bawah tanah yang kekal airnya sehingga kini dan memberi manfaat perubatan kepada segala manusia. Air Zam Zam bersifat antioksidan dan penawar penyakit! Wajah molekul Air Zam Zam adalah wajah molekul air yang tercantik di dunia dibuktikan oleh Pakar Jepun, Dr Masaru Emoto. Zam Zam bermaksud kepungan yang dibina dengan tangan oleh Siti Hajar kerana takut air itu akan tersejat dek panas matahari ketika itu. Buah kurma yang dibekalkan nabi Ibrahim kepada isteri dan anaknya nya adalah satu lagi ciptaan Allah yang amat bermanfaat kepada manusia. Kurma bersifat antioksidan dan antikanser!!! Sampai ke hari ini, belum ada manusia yang memiliki keimanan seteguh dimiliki oleh Nabi Ibrahim.
Selama ini saya sendiri dan anda semua telah tertipu dengan propaganda barat yang mendakwa minyak soya, minyak bunga matahari, minyak zaitun adalah sangat baik untuk kesihatan anda!!! Rupa-rupanya minyak propaganda barat inilah punca segala penyakit!!! Walaupun ,minyak kelapa adalah saturated ( 64% = medium chain saturated fatty acid), ia tidak berbahaya. Malah bermanfaat menyihatkan anda. Minyak kelapa dara rupa-rupanya meningkatkan tahap imuniti badan anda, melawan kanser dan meringankan penderitaan pesakit alahan seperti lelah asma dan resdung jika diambil mentah secara konsisten iaitu dua sudu besar setiap pagi!!! Minyak kelapa dara mencantikkan kulit serta merendahkan aras kolesterol jahat LDL manakala meninggikan paras kolesterol baik HDL!!! Minyak kelapa dara juga melembutkan tahi telinga yang telah mengeras dalam lubang telinga. Isirung kelapa mengandungi fiber, lemak, vitamin B, C, E, calcium, magnesium, Besi, Zinc dan Potasium. Air kelapa lebih baik daripada hundred plus atau Livita bagi menghilangkan keletihan dan memberi tenaga semasa anda cirit birit!!!
Lauric acid dalam santan kelapa atau minyak kelapa dara bersifat antivirus, antibacterial, antikulat. Lauric acid dapat membunuh fat coated viruses iaitu termasuk virus HIV, cytomegalovirus, measles, herpes, influenza, leukemia, hepatitis C dan virus Eipstein Barr.
Badan anda sebenarnya cepat membakar minyak medium chain saturated kelapa dara ini berbanding dengan long chain unsaturated fatty acid seperti minyak soya!!! Bila susah membakar long chain unsaturated fatty acid, ia ditukar dan disimpan sebagai lemak...!! Anda akan menderita kegemukan dengan minyak soya!! Minyak lauric acid dari kelapa dara ini juga membantu anda menguruskan badan!! Lauric acid tidak perlu diemulsi sebelum dapat diserap usus. Lauric acid dalam  kelapa dara juga membantu usus anda!!!
Lauric acid dalam santan kelapa atau minyak kelapa dara juga membunuh bakteria seperti Helicobacter pylori ( bacteria penyebab kanser perut ), Listeria dan Streptococcos. Sehingga kini tidak ada satupun ubat-ubatan ciptaan big pharma yang dapat menandingi ciptaan semulajadi Allah ini!!! Puji-pujian atas Allah yang Maha pemurah, Maha Pengasih penyayang, Maha Pencipta lagi Maha bijaksana.
Gunakan hanya minyak kelapa dara yang diexstrak tanpa menggunakan haba untuk hasil terbaik!!! Saturated minyak kelapa adalah medium chain, iaitu sama dengan konstituen medium chain saturated fat dalam air susu ibu!!! ( Minyak tepu yang kurang baik adalah long chain saturated fatty acid!!! ).


No comments:

Post a Comment