Sunday 13 May 2012

Racun Dalam Kereta anda

http://carsterilizer.wordpress.com/
Racun Dalam Kereta anda
Apa Yang Anda Fikirkan?
Kita selalu beranggapan bahawa udara di luar lebih berbahaya berbanding di dalam kereta. Anda silap, sebenarnya terdapat bahan tercemar dan racun yang tersembunyi dan tidak nampak dengan mata kita. Bahan-bahan pencemar ini yang akan menjejaskan kesihatan kita secara senyap. Contohnya, habuk dan kotoran yang kita bawa dari luar masuk ke dalam kenderaan dan kemudian terperap lamanya di dalam kereta. Bakteria, partikel-partikel dan bahan pencemar lain juga terperap di sebalik ruang-ruang kereta. Udara tercemar inilah yang kita gunakan hampir 90 minit setiap hari di dalam kereta.

Kebanyakan daripada kita menggunakan penyegar udara untuk memperbaiki kualiti udara dalam kenderaan tanpa mengetahui kesan-kesan sampingan. Teknologi penyegaran udara pasif biasanya memerangkap debu dan partikel-partikel. Sementara itu, unit penyegar udara aktif iaitu BIOzone Car Sterilizer menyingkirkan agen pencemar biologikal dan kimia yang hadir di dalam kenderaan. Unit ini menggunakan teknologi ‘cold plasma’ yang menggabungkan penghasilan ion dan ozon. Ia menukar oksigen (O2) kepada ozon (O3) yang kembali menjadi oksigen asal setelah menyingkirkan bahan-bahan pencemar.

Adakah Anda Sedar Akan Pencemaran Dalam Kereta?
Kita menghabiskan lebih masa dalam kenderaan jika dibandingkan dengan masa dulu. Namun, mengikut Laporan In-Car Air Pollution daripada International Center for Technology Assessment (CTA), tahap pencemaran udara dalam kereta mungkin jauh lebih serius daripada udara luar. Bahan-bahan pencemar berbahaya dalam kereta termasuk bahan organik meruap (volatile organic compounds, VOC) yang mengakibatkan iritasi mata, hidung, kerongkong dan paru-paru. VOC juga hadir dalam kereta baru (sumber: Hidden Poisons in New Cars, Utusan Konsumer Nov-Dis 2005). Selain itu, bahan-bahan pencemar utama lain yang wujud dalam persekitaran dalaman dan memerlukan santasi termasuk bau, agen pencemar biologikal, produk hasilan pembakaran enjin dan racun serangga.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan? Penyelesaian Masalah Anda.
Kebanyakan daripada kita tidak menyedari kesan-kesan sampingan apabila menggunakan penyegar udara dalam kenderaan. Teknologi penyegaran udara pasif ini hanya memerangkap debu dan partikel-partikel. Sementara itu, unit penyegar udara aktif iaitu BIOzone Car Strilizer menyingkirkan agen pencemar biologikal dan kimia yang hadir dalam kenderaan. Unit ini menggunakan teknologi khusus termasuk ‘cold plasma’ yang menggabungkan penghasilan ozon dan ion plasma. Ia menukar oksigen (O2) kepada (O3) yang kembali menjadi oksigen setelah menyingkirkan bahan-bahan pencemar.

Oleh itu, bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini?
Ya, masalah ini boleh diselesaikan, malah penyelesaian ini akan membuatkan anda berasa seolah-olah anda memiliki kereta baru dengan persekitaran udara di dalam kereta anda yang bersih, nyaman, segar dan menyihatkan. Dengan penemuan baru penulenan dan pengionan semula udara di dalam kereta, adalah disarankan agar semua pengguna kenderaan menggunakan teknologi ini. Di Amerika Syarikat dan Eropah sudah ramai pengguna menggunakan ‘air purfier’ dan pelbagai jenis terdapat di sana. Di Malaysia, salah satu jenis iaitu ‘Biozone Car Sterilizer’ amat disarankan supaya pengguna kenderaan di Malaysia menggunakannya.

No comments:

Post a Comment