Sunday 13 May 2012

PENCEMARAN UDARA

http://blm1053alamsekitar.blogspot.com/2010/08/pencemaran-udara.html

PENCEMARAN UDARA

Disediakan oleh : LAM KAR HIEN ( 205751 )

Pencemaran Udara
Pengenalan
Pencemaran udara boleh diucapertikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam atmosfera.
Antara contoh pencemar udara ialah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam berat lagi bertoksik seperti plumbum, raksa, timah, bijih, tembaga dan sisa radioaktif. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.
Klasifikasi Pencemaran Udara
Pencemaran udara boleh diklasifikasikan kepada dua bahagian, iaitu pencemaran udara primer dan pencemaran udara sekunder.
  1. Pencemaran Udara Primer
      Pencemaran primer adalah pencemaran yang dihasilkan oleh sulfur monoksida dan karbon monosida hasil daripada pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.
      Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang kayu yang tidak terkawal.
  1. Pencemaran Udara Sekunder
      Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.

      Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida, sulfur dioksida. Sulfur monoksida yang larut dalam wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat (PAN). (pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan

Punca-Punca Berlakunya Pencemaran Udara
Pencemaran udara boleh berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya berpunca daripada aktiviti perindustrian, kenderaan motor, aktiviti harian, pembakaran terbuka dan sebagai.
1. Aktiviti Perindustrian
Perkembangan ekonomi bergantung kepada industri pembuatan. Namun kadar pengeluaran asap kimia yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pelepasan pencemaran gas organik dan gas bukan organik, bahan kimia dan juga habuk ke udara. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan pencemar udara yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai bahan yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia.
2. Kenderaan Motor
Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Dalam sektor pengangkutan, kenderaan bermotor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Setiap pergerakan kenderaan bermotor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap serta bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada hidupan setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan.

3. Aktiviti Harian
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.

4. Pembakaran Terbuka
Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala hidupan fauna dan flora di sekitarnya.

Kesan-kesan Pencemaran udara
Pencemaran udara membawa kesan-kesan negatif terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda. Pencemaran udara bukan sahaja menjejaskan kesihatan manusia, malah ia juga merosakkan alam sekitar kita dengan kesan-kesan seperti hujan asid, penyusutan lapisan ozon, kesan rumah hijau dan pemanasan global dan impak kepada atmosfera.

1. Kesihatan Manusia
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dari paru-paru ke dalam darah. Molekul Karbon Monoksida mempunyai afiniti yang sangat tinggi terhadap hemoglobin iaitu ia bergabung dengan sangat ketat dengan molekul hemoglobin! Molekul Karbon Monoksida berupaya menyingkirkan gas Oksijen atau Carbon Dioksida daripada hemoglobin. Akibatnya, sel sel badan akan kelaparan bekalan oksijen dan boleh menyebabkan kematian. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia. akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi.

2. Penyusutan Lapisan Ozon
Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada ais di bahagian kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini

3. Hujan Asid
Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesanya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.

4. Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global
Kesan yang paling ketara dan sedang hangat dibincangkan oleh seluruh negara kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

No comments:

Post a Comment