Sunday 13 May 2012

Bahaya Makan Kepak Ayam

Bahaya Makan Kepak Ayam kepada Wanita – Betul kah kepak ayam merbahaya kepada wanita? Kalau benarlah seperti yang digembar-gemburkan maka para wanita harus mengelakkan daripada makan bahagian kepak ayamlah selepas ini. Admin sebagai lelaki pun risau juga dengar pasal nih. Berdasarkan kisah yang admin baca nie, memakan kepak ayam merbahaya kepada wanita kerana dikatakan ada kaitan dengan kanser. Mari baca dahulu kisah nie sebelum membuat andaian.
Kisah Benar “Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita”
Pertumbuhan sista (cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita. Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap. Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.
Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada masakini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan. Ubat steroid ini disuntik bertujuan mempercepat tumbesaran, mengurangkan pembentukan lemak sebaliknya menggalakkan pertumbuhan daging. Jika anda mahu body secantik Sylvester Stallone, anda pun kenalah suntik steroid juge... tapi awasi kesan jangka panjang steroid!! Untuk pengetahuan anda, bukan ayam je yang disuntik, tetapi haiwan lain seperti lembu, babi, kambing, itik, rusa pun mereka suntik juga...
Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher, kepak atau di peha drumstick. Ini menyebabkan kepekatan tertinggi steroid wujud di tempat-tempat ini. Steroid boleh menyebabkan kesan sampingan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan. Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.
Apa pendapat anda selepas baca kisah di atas? Adakah betul-betul ada suntikan hormon (steriod) tumbesaran tersebut. Anda mesti pernah jumpa penjual ayam goreng 1 ketul RM1.00 di tepi jalan? Fikir-fikirkanlah, bukan kepada wanita juga, bahkan lelaki, kerana makananlah juga kadang-kadang menjadi ubat penyembuh, dan kadang-kadang menjadi racun pembunuh. Sama lah juga tentang perihal Bahaya Kepak Ayam pada Wanita. Pilihan di tangan Anda!
PS: Sedap itu hanya sekadar lidah dan kerongkong sahaja, kerana setakat itu sahaja nikmat dunia, sedangkan perutlah yang bakal menerima akibat baik buruknya. Juga Allah suruh manusia menggunakan anugerah akal agar berfikir selalu terutamanya tentang kebesaran Allah ... Pernahkah anda terfikir kenapa ayam penelur bertelur sepanjang tahun? Pernahkah anda terfikir Misha Omar yang berhajat menyusukan anak angkatnya? Semua kejadian ini di zaman dulu tidak mungkin terjadi tetapi telah boleh terjadi di zaman sekarang dengan penggunaan hormon sintetik berasaskan kimia ciptaan manusia!! Kita khuatir akan kesan sampingannya ...

Dr.Ajay Varma ~ Important ... must read!!!
Avoid eating chicken wings frequently - ladies especially ; A true story... !  A friend of mine recently had a growth in her womb and she underwent an operation to remove the cyst.  The cyst removed was filled with a dark coloured  blood.  She thought that she would be recovered after the  surgery but she was terribly wrong. A relapse occurred just a few months later. Distressed, she rushed down to her  gynecologist for a consultation. During her  consultation, her doctor asked her a question that puzzled her. He ask if she was a frequent consumer of chicken wings and she replied yes wondering as to how, he knew of her eating habits.  You see, the truth is in this modern day and age,  chickens are injected with steroids to accelerate their growth so that the needs of this society can be met. This  need is none other then the need for food.  Chickens that are injected with steroids are usually given the shot at the neck or the wings. Therefore, it is  in this places that the highest concentration of steroids  exist.  These steroids have terrifying effects  on the body as  it accelerates growth. It has an even more dangerous effect in the presence of female hormones, this leads to  women being more prone to the growth of a cyst in the womb.  Therefore, I advise the people out there to watch  their diets and to lower their frequency of consuming chicken wings!  People who receive this email, please forward it to your friends and loved ones.  I am sure no one wants to see him or her suffer!


No comments:

Post a Comment