Sunday 13 May 2012

PENCEMARAN TANAH

http://blm1053alamsekitar.blogspot.com/2010/08/pencemaran-tanah.html
PENCEMARAN TANAH
Disediakan oleh : THANG YIT SOON ( 205693 )

Pencemaran Tanah
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran tanah disebabkan oleh pembuangan bahan kimia dalam bentuk air atau pepejal atau perubahan lain dalam persekitaran tanah alami. Seriusnya pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu.
Kebanyakan tanah yang merosot kualitinya adalah disebabkan oleh aktiviti manusia itu sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti perlombongan, tebus guna tanah yang mengorbankan kawasan terumbu karang, penebangan hutan yang menyebabkan aliran tanah dari darat masuk ke dalam laut, pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal, pembuangan sisa toksik dan sisa nuklear, dan tumpahan minyak menyebabkan tanah tercemar.
Tanah yang tercemar disebabkan oleh stim dari kontaminan, dan dari pencemaran sekunder dan bekalan air dalam tanah yang mendasari. Pemetaan halaman tanah yang tercemar dan pembersihan yang dijalankan memakan masa dan tugas-tugas yang mahal, yang memerlukan jumlah banyak pakar pakar dari bidang geologi, hidrologi, kimia dan kemahiran komputer.
Tahap tanah yang tercemar di Amerika Utara dan Eropah Barat sangat serius. Oleh itu, banyak negara di kawasan-kawasan tersebut memiliki kerangka undang-undang untuk mengenal pasti dan menangani masalah persekitaran, namun ini pencemaran tanah di negara-negara membangun memang tidak dapat dielakkan. Hal ini kerana perindustrian dan pembinaan kilang-kilang yang semakin banyak.
Pertumbuhan sangat besar dan berterusan dari Republik Rakyat China sejak tahun 1970-an telah menyebabkan tanah yand tercemar semakin meningkat. Perlindungan Persekitaran Negara Pentadbiran percaya itu menjadi ancaman bagi persekitaran, keselamatan makanan dan pertanian yang berterusan. Menurut statistik dan kajian saintifik, 150,000,000 batu (100,000 kilometer persegi) tanah China ditanamkan telah tercemar.

Kesan buruk pencemaran
Tanah Beracun
Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti pencemaran-pencemaran lain juga. Ianya juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nuclear menjadikan tanah beracun dan tidak boleh didiami. Contoh yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat, penjualan daging terpaksa dihentikan kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan kesihatan. Diperhatikan kesan pencemaran jangka panjang disini adalah melibatkan kecacatan tiada tangan di kalangan kanak kanak semenjak lahir lagi. Selain itu, banyak juga kanak kanak yang mendapat sakit barah darah (leukemia).

Penyebaran Kuman-Kuman Penyakit
Selain itu, sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas dan lalat dan haiwan perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas, manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius. Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis adalah penyakit berjangkit sangat berbahaya dimana kadar kematiannya amat tinggi walaupun di kalangan remaja yang sedia diketahui mempunyai imuniti yang sangat optimum.

Kerosakan Tanah dan Kualitinya
Pencemaran tanah juga merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombongan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakkan menyebabkan tanah terhakis dan rosak. Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang.

Tanah Gersang
Seterusnya tanah juga menjadi gersang atau menjadi tanah gurun disebabkan oleh penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terkawal. Usaha pertanian yang dilakukan ke atas tanah yang kurang berkualiti (tidak subur), yang sering berlaku ke atas negara-negara yang kurang hujan, padang ragut yang terhad tetapi mempunyai ternakan yang banyak, sehingga berlakunya terlebih ragut dan seterusnya padang ragut menjadi gondol. Pertambahan penduduk yang terlalu tinggi yang memerlukan kawasan penempatan adalah antara punca-punca kejadian tanah gersang.

Membunuh Haiwan Bawah Tanah
Pencemaran tanah ini juga membunuh haiwan di bawah tanah ataupun apa-apa sahaja hidupan bawah tanah. Racun serangga yang disembur masuk dan berkumpul ke dalam tanah dan bahan-bahan cemar seperti sisa toksik dan nuklear membunuh haiwan-haiwan bawah tanah yang bertanggungjawab menyuburkan tanah.
Hakisan Tanah
Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia. Misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu, angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan hakisan. Antara kerja-kerja manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakkan cerun bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan dapat menahan tanah daripada dihanyutkan bersama-sama dengan aliran air apabila berlaku hujan lebat,  Penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman.

http://sosialalamsekitar.blogspot.com/2010/08/pencemaran-tanah.html

Saturday, August 21, 2010

PENCEMARAN   TANAH


Apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran? Menurut Akta Kualiti Alam sekitar 1974, pencemaran adalah sebarang bentuk pencemaran yang berlaku sama ada secara langung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, dan biologi dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan sehingga memberi kesan negatif terhadap manusia, tumbuhan dan haiwan. Pencemaran tanah bermaksud sesuatu bahan yang telah mengakibatkan sesuatu tanah atau kawasan mengalami perubahan warna, kesuburan dan mengalami hakisan. Pencemaran tanah berlaku disebabkan bahan buangan sama ada dalam bentuk cecair atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Jika sesuatu kawasan atau tanah telah kehilangan kesuburan, tanah tersebut akan bertukar warna menjadi kehitaman manakala, tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan pula menjadi layu.
Terdapat pelbagai punca berlakunya pencemaran tanah disesuatu tempat atau kawasan. Salah satu punca pencemaran tanah ialah pembuangan bahan-bahan daripada industri seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa dari kilang. Bahan-bahan buangan ini menyebabkan tanah hilang kesuburan. Sikap pemilik kilang yang umpama “penyagak alam sekitar” telah menyebabkan berlakunya pencemaran tanah. Sampah sarap yang dibuang di merata-rata tempat seperti surat khabar, bahan plastic dan bahan kaca turut menyumbang ke arah pencemaran ini. Pembuangan sampah seperti bahan plastik mengeluarkan bahan kimia yang akan sebati di dalam tanah. Bahan seperti plastik dan kaca merupakan bahan yang mengambil masa berjuta tahun untuk lupus. Pengguna racun serangga secara berlebih-lebihan juga merupakan punca pencemaran tanah. Hal ini demikian kerana, semburan racun serangga akan menyerap ke dalam tanah dan akan menyebabkan pencemaran tanah. Aktiviti pembangunan yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan pokok memburukkan lagi pencemaran tanah sehingga menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh.
Kesan buruk yang akan berlaku disebabkan pencemaran tanah ialah tanah tidak sesuai lagi untuk menjalankan aktiviti pertanian kerana bahan kimia dari bahan buangan akan membunuh tumbuhan yang ditanam. Selain itu, senjata nuklear yang diuji oleh negara-negara barat turut mengancam kualiti tanah dunia. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan tanah tidak subur malah, tanah turut menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia secara perlahan. Di samping itu, pembuangan sampah dimerata-rata tempat turut mengundang kedatangan serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti tikus atau lalat. Secara tidak langsung, serangga dan haiwan pembawa penyakit boleh memudaratkan kesihatan manusia seperti penyakit taun. Pencemaran tanah turut memberi impak ke atas aktiviti harian manusia. Jika terdapat banyak tempat yang telah dicemari, manusia mungkin tidak akan berpeluang untuk melihat keindahan alam ini lagi.
Langkah-langkah mengatasi pencemaran ini perlu dilakukan bagi memelihara alam sekitar. Beberapa langkah untuk mengatasi pencemaran tanah ialah kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang. Pihak berkuasa juga perlu sentiasa membuat pemantauan agar kegiatan mencemar tanah dapat dikawal. Selain itu, masalah pencemaran tanah dapat diatasi dengan menggunakan teknologi moden. Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti bahan plastik dan bahan kaca dapat dikitar semula untuk dijadikan sesuatu barang yang berfaedah. Bahan buangan pertanian pula boleh diubah atau dikitar kepada bahan yang berguna. Sebagai contoh, hampas kelapa sawit boleh diproses untuk dijadikan metana. Selain itu, pendidikan alam sekitar merupakan cara terbaik utuk memupuk kesedaran rakyat tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar.  Kesimpulannya, masalah pencemaran tanah berpunca dari perbuatan manusia. Oleh itu, masalah ini memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak untuk mengatasinya agar dapat memelihara alam sekitar.
NUR DIYANA HASINAH BINTI SAHROM


No comments:

Post a Comment