Sunday 13 May 2012

PENCEMARAN UDARA 4

http://sosialalamsekitar.blogspot.com/2010/08/pencemaran-udara-pencemaran-udara.html
PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara bukanlah masalah yang asing lagi bagi seluruh negara.Ia merupakan masalah pencemaran alam sekitar yang begitu serius sejak kebelakangan ini. Pencemaran udara memberi maksud satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam dalam atmosfera. Contoh pencemar udara ialah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon (CFC), bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.
Pencemaran udara berpunca salah satu darinya ialah pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi.  Hal ini kerana, asap yang dikeluarkan oleh ekzos kenderaan bermotor menyebabkan ruang udara akan tercemar. Peningkatan operasi kilang juga menyumbang kepada pencemaran udara. Operasi kilang seperti kilang simen, kuari yang berterusan tanpa pantauan akan membawa kepada pencemaran. Ia berpunca daripada kerakusan pengusaha kilang-kilang yang beroperasi melebihi waktu yang oleh agensi terbabit.

Selain itu,pembakaran terbuka juga punca pencemaran udara. Penerokaan dan pembakaran hutan oleh orang zaman dahulu untuk tujuan pertanian dan penempatan menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Pembakaran sampah-sarap sekitar kawasan perumahan juga menyebabkan pencemaran udara. Bayangkan setiap penghuni rumah melakukan pembakaran sampah secara terbuka pada satu masa, tentulah ia akan menyebabkan pencemaran., Mereka mengambil jalan mudah untuk melupuskan sampah tanpa memikirkan kesan yang bakal dihadapi.

Antara kesan pencemaran udara adalah

Sebagai kesimpulannya,pencemaran udara memberi banyak kesan buruk kepada alam sekitar dan manusia. Oleh itu,kita sebagai manusia perlu menghargai alam sekitar supaya tidak berlaku pencemaran yang boleh merosakkan sistem kehidupan kita seharian dan untuk menjamin keselesaan kita mahupun penduduk bumi.
          Kejadian kanser yang semakin banyak terjadi sekarang tanpa ada faktor genetik atau tidak dapat mereka terangkan adalah disebabkan oleh pencemaran tetapi terlalu sedikit pakar pakar perubatan yang menimbangkan faktor pencemaran sebagai faktor penyebab kanser kerana setiap pakar bedah, pakar tulang, pakar clinical oncologist, pakar mata, pakar segala gala pakar yang bersifat clinical hanya tinggal dalam tempurung kelapa mereka saja. Maksud tempurung kelapa ini adalah semata mata hanya terhad kepada hospital tempat mereka bertugas, dewan bedah mereka dan juga sekali sekali pergi konferens dalam bilik hotel di luar negeri!  Pakar pakar perubatan ini tidak pernah sekalipun terdedah melihat para pekerja terdedah dengan berbagai bagai bahan kimia, logam berat, habuk dan racun semasa para pekerja bekerja!!!

penipisan lapisan ozon, Ini kerana lapisan ozon merupakan pelindung kepada sinaran matahari dari terus sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada ais di bahagian kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini. Maka berlakulah bencana alam yang amat dasyat seperti banjir.Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan akibat jerebu. Jerebu akan mengakibatkan penglihatan manusia menjadi kabur. Hal ini menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda. Kesan utama pencemaran udara kepada kesihatan manusia adalah kesukaran sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida yang bebas di udara akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah serta melambatkan tindak balas manusia dan menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru sebagai alat pernafasan manusia.Selain itu,bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan menyebabkan inflamasi paru - paru dan keupayaan bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia. Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan terhadap kehidupan flora dan fauna di sekeliling kita. Hujan asid akan mengakibatkan kemusnahan flora dan fauna ini. Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur untuk digunakan sebagai tanah pertanian.

No comments:

Post a Comment