Sunday, 13 May 2012

PENCEMARAN SUNGAI

http://blm1053alamsekitar.blogspot.com/2010/08/pencemaran-sungai.html

PENCEMARAN SUNGAI

Disediekan oleh : NOR AZLINA BT ABD RAHMAN ( 130325 )
Definisi pencemaran sungai
Terdapat pelbagai-bagai jenis pencemaran yang berlaku di muka bumi ini. Pencemaran ialah keadaan di mana terdapat pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan di muka bumi ini. Antara salah satu jenis pencemaran ialah pencemaran air. Pencemaran air terjadi apabila terdapat perubahan yang berlaku pada kandungan air dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal. Oleh itu, pencemaran air boleh berlaku di tempat seperti tasik, sungai, laut dan sebagainya.
Punca-punca pencemaran air
Antara faktor yang menyumbang kepada pencemaran air ialah sikap manusia yang tidak berakhlak. Salah satu sikap manusia yang menjurus kepada pencemaran air ialah pembuangan sampah dan kumpahan ke dalam sungai-sungai dan tasik secara tidak terkawal. Antara jenis sampah sarap yang yang di maksudkan adalah dari pembuangan sampah dari kawasan perbandaran dan juga kewasan kediaman penduduk, perindustrian dan juga pertanian. Antara contoh aktiviti pertanian yang dilakukan oleh petani yang menyebabkan berlakunya pencemaran air ialah pembuangan sisa-sisa pertanian oleh para petani ke dalam sungai antara contoh sisa buangan pertanian ialah ranting-ranting,baja, rumput mati pokok-pokok serta sisa-sisa kayu balak yang tidak diperlukan ke dalam sungai. Bateri yang mengandungi timah hitam bertoksik, Cadmium, Nikel dan Merkuri juga dibuang secara berleluasa!! Kita patut berasa malu kepada pelancung asing yang sanggup mengumpul bateri AAA, AA, C atau D mereka bagi dibawa pulang ke negara masing masing kerana gagal mencari tempat tong melupus bateri di Malaysia!!
Pencemaran dari sektor perindustrian pula adalah disebabkan oleh pembuangan sisa toksid oleh kilang-kilang yang tidak bertanggungjawab ke dalam sungai. Antara contoh sisa buangan dari sektor perindustrian ialah dalam bahan-bahan kimia , sisa toksik , logam berat minyak dan lain-lain lagi. Pembuangan sisa toksid ini akan mengakibatkan kematian hidupan air contohnya seperti udang, kerang, ikan dan sebagainya. Di samping itu , aktiviti permusnahan terhadap alam sekitar yang serius juga boleh mengakibatkan pencemaran air contohnya seperti penebangan pokok-pokok di hutan secara berleluasa bagi tujuan tertentu seperti untuk mengeksport kayu balak, membuka penempatan baru untuk kediaman manusia, dan juga mendirikan kilang-kilang. Ini secara tidak langsung akan mengakibatkan berlakunya pencemaran air kerana sumber air yang berdekatan dengan kawasan berkenaan akan tercemar akan akibat dari perlepasan air-air sisa dari kilang-kilang ini dan sisa makan dan najis dan juga sampah sarap yang di buang oleh penduduk kawasan kediaman tersebut. Ini sudah pastilah akan mendatangkan kesan pencemaran kepada air.
.
Antara faktor-faktor lain yang menyebabkan pencemaran sungai ialah Hujan asid. Hujan asid yang mengandungi sulphur dioksida dan juga nitrogen dioksida. Hujan asid yang turun ke dalam punca air akan boleh membunuh kehidupan akuatik seperti ikan, udang dan lain-lain. Hujan asid ini sebenarnya berkaitan dengan pencemaran udara. Pencemaran udara pula berlaku adalah akibat dari asap-asap eksos kereta, asap yang dibebaskan semasa melakukan pembakaran secara terbuka dan akibat dari perlepasan gas-gas dari kilang ke udara yang seterusnya mengakibatkan hujan asid terjadi. Ini bermakna pencmaran adalah saling berkaitan antara satu sama lain oleh itu kita perlulah mengelakkan pencemaran dari berlaku. Terdapat juga faktor semulajadi yang menyumbang kepada pencemaran air seperti contohnya akibat letusan gunung berapi, badai atau ribut taufan dan gempa bumi. Apabila ini berlaku maka secara tidak langsung kualiti air pada sungai, air dan tasik terjejas. Sebagai contoh Tsunami yang pernah melanda negara kita pada suatu masa dahulu telah mengakibatkan pencemaran air yang sangat teruk terutamanya di kawasan laut.

Langkah-langkah mengelakkan pencemaran:
Pelbagai langkah boleh diambil untuk memastikan masaalah pencemaran air ini antaranya ialah dengan mengadakan pameran mengenai kesan, punca langkah mengatasi pencemaran air ini. Pameran ini boleh diadakan di tempat awam seperti di perpustakkan awam di sesuatu tempat. Golongan sasaran adalah terdiri dari semua peringkat umur agar mesej dapat disampaikan kepada semua penduduk negara. Pameran ini dapat menyedarkan penduduk agar lebih menghargai alam sekitar di sekeliling mereka. Selain daripada itu pendedahan yang diberikan oleh media massa terhadap pencemaran alam sekitar juga antara salah satu cara yang berkesan kerana media masa merupakan antara medium paling utama untuk menyampaikan pelbagai maklumat.
Kesimpulan
Secara kesimpulanya terdapat pelbagai punca yang membawa kepada pencemaran air ini. Oleh itu untuk memastikan pencemaran ini dapat diatasi semua pihak sepaerti kerajaan, NGO, swasta dan juga orang awam harus turut sama di dalam menjaga alam sekitar bersama-sama. Alam sekitar adalah anugerah yang tidak terhingga yang harus dipelihara agar warisanya akan kekal untuk tatapan generasi akan datang.

PENCEMARAN AIR

http://sosialalamsekitar.blogspot.com/2010/08/pencemaran-air.html

PENCEMARAN AIR

Air merupakan asas keperluan asas manusia dalam kehidupan harian. Ia juga merupakan salah satu anugerah Tuhan kepada manusia. Namun, air di sekeliling semakin hari semakin tercemar. Pencemaran air berlaku di mana-mana tempat sahaja. Pencemaran air telah membawa banyak kesan negatif kepada manusia.
Punca utama pencemaran air berlaku adalah pembuangan bahan-bahan kumuh ke dalam sungai. Pihak individu yang tidak berhemah suka membuangkan sampah, minyak hitam kenderaan, gris, dan najis ke dalam sungai. Selain daripada pihak individu, sisa buangan kilang seperti sisa toksid juga dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perlakuan ini sering dijalankan oleh kilang-kilang kerana ini dianggap kaedah pelupusan yang tidak memerlukan kos. Mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Selain itu, penerokaan juga merupakan salah satu punca pencemaran air. Aktiviti penerokan menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan mengalir ke dalam sungai dan air akan menjadi lebih keruh. Ini akan menyebabkan paras air sungai semakin cetek dan seterusnya mengakibatkan banjir berlaku. Pencemaran air telah membawa kesan negative kepada manusia. Antaranya adalah hidupan air akan pupus. Air yang tercemar akan menyebabkan kehidupan akuatik seperti ikan dan undang mati. Bukan sahaja hidupan air akan pupus malahan pelbagai jenis burung atau unggus yang sumber makanannya bergantung kepada hidupan air akan terancam. Ini akan menjejaskan rantaian makanan di dunia kita.

Di samping itu, pencemaran air juga akan menjejaskan kesihatan manusia. Pengambilan air yang mempunyai bahan kimia akan membahayakan kesihatan manusia. Sesetengah bahan pencemaran akan menyebabkan barah. Contoh, Dioxin, aromatik hydrokarbon,  logam berat dan gris boleh menyebabkan barah!
Sodium boleh memberi kesan kepada masalah jantung. Untuk menggelakkan pencemaran tidak menjadi lebih teruk pelbagai langkah yang wajar perlu diambil supaya pencemaran dapat dikurangkan. Antara yang telah diambil oleh kerajaan adalah penganjuran kempen kesedaran melalui media. Pelbagai kempen kesedaran telah dianjurkan untuk memberi kesedaran kepada manusia supaya memberi perhatian dalam masalah ini. Melalui kempen ini dapat menyebarkan maklumat tentang kepentingan sumber air kepada masyarakat supaya mereka dapat mengubahkan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikir kesannya.
Sebagai kesimpulannya, pencemaran air merupakan satu masalah sosial yang perlu ditangani dengan secepat mungkin. Semua pihak harus berkerjsama untuk menangani masalah ini. Air merupakan sumber makanan yang penting kepada manusia. Oleh itu, pelbagai langkah harus diambil untuk mengatasi masalah ini.


CHAN MEEI YI

PEMBAKARAN TERBUKA

http://blm1053alamsekitar.blogspot.com/2010/08/pembakaran-terbuka.html

PEMBAKARAN TERBUKA
Disediakan oleh : LISA A/P ALANG TUMPAT ( 205952 )
Pembakaran Terbuka
Pengenalan
Pada masa ini, di mana-mana negara sekalipun, baik di negara membangun mahupun di negara sedang membangun, masalah pencemaran udara sering berlaku. Negara kita turut mengalami masalah tersebut. Namun begitu,hutan menjadi habitat bagi flora dan fauna, kedua – duanya memainkan peranan dalam mengekalkan rantaian yang mengikut antara satu sama lain. Flora dan fauna mewujudkan ekosistem yang sejahtera. Hutan yang tidak diusik atau tidak pernah diterokai menyumbang kepada kestabilan iklim setempat.Iklim tidak berubah secara drastik kerana kitaran alam semulajadi di persekitarannya tidak diubah. Begitu juga ,iklim boleh mempengaruhi kemandirian flora dan fauna.Pembakaran hutan akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering serta menjejaskan kesihatan kita.Manakala flora dan fauna pula kehilangan habitat. Fenomena jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini berpunca daripada pembakaran hutan secara terbuka bagi tujuan pembersihan tanah pertanian disekitar Riau,Sumatera ,Kalimatan dan Indonesia. Fenomena tersebut kian mengancam tahap kualiti udara negara sehingga paras berbahaya sekaligus menyulitkan jarak penglihatan .Akibat bencana jerebu ,kerajaan telah mengisythirkan darurat jerebu bermula 11 ogos 2005. Memandangkan masalah ini membawa kesan buruk kepada penduduk, puncanya perlu perlu dikenal pasti.
Punca-punca pembakaran terbuka
Punca utama masalah jerebu ialah pembakaran hutan,ladang,dan bahan sisa pertanian secara terbuka untuk membersihkan kawasan pertanian dan menyuburkan tanah selepas selesai kerja penuaian ,sesetengah petani mengambil jalan mudah dengan membakar sisa tanaman secara terbuka .Selain itu, hutan juga boleh terbakar akibat cuaca yang terlalu panas. Sesetengah pemaju perumahan juga melakukan pembakaran bahan sisa pembinaan secara terbuka. Semua tindakan ini merupakan punca masalah jerebu. Pembakaran hutan sering kerap berlaku kerana sikap manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar.Mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata sehingga sanggup memusnahkan alam sekitar.Malahan itu,akibat daripada perbuatan mereka tersebut telah memberi pelbagai impak yang negatif dalam kehidupan seharian.Pakar sains dan teknologi memberikan sumbangan penting dalam penemuan teknologi kitar semula.Banyak bahan buangan dapat diproses semula untuk dijadikan tisu.Bahan sisa buangan juga dapat diproses untuk dijadikan sumber tenaga pada kos yang lebih murah. Kini, alat pembakar atau incinerator telah dicipta untuk proses pembakaran bahan sisa bagi menghasilkan sumber tenaga. Pembebasan asap daripada kilang perindustrian juga menyebabkan masalah jerebu. Di bandar-bandar besar,kebanyakan kilang menggunakan bahan api fosil sebagai sumber tenaga. Pertambahan kenderaan yang menggunakan petrol dan diesel di jalan raya turut menyebabkan peningkatan asap di udara. Akibatnya partikel terampai di udara bertambah dan seterusnya menurunkan kualiti udara. Seterusnya, masalah pencemaran udara dapat di kurangkan melalui penemuan sumber tenaga yang bersifat mesra alam. Petrol tanpa plumbum berjaya dihasilkan melalui proses kimia daripada bahan mentah petroleum.Petrol tanpa plumbum lebih bersih kerana pembakarannya sempurna,dan dengan ini pencemaran udara dapat dikurangkan. Sumber tenaga yang turut ditemui, misalnya sumber tenaga solar dan tenaga hidro.
Kesan-kesan pembakaran terbuka
Kesan jerebu yang paling membimbangkan ialah masalah pencemaran udara.Keadaan ini disebabkan banyak partikel terampai yang terapung dan terperangkap di udara sehingga menyebabkan indeks udara mencapai tahap tidak sihat. Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan orang ramai,terutama mereka yang alahan. Partikel terampai yang kotor boleh menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.Mereka yang menghidap penyakit asma berisiko tinggi untuk menghadapi masalah sesak nafas,manakala mereka yang sihat juga mudah mendapat jangkitan batuk,mata gatal dan sakit tekak.Pencemaran boleh menyebabkan batuk, selesema,mata berair dan asma.Penyakit ini disebabkan pencemaran udara seperti peningkatan jerebu dan habuk di udara .Udara yang tercemar mengandungi partikel terampai yang boleh menjejaskan pernafasan, terutamanya kepada mereka yang alahan. Lazimnya, apabila berlaku jerebu atau wujud masalah debu dan habuk yang keterlaluan di sesuatu kawasan , jumlah penduduknya yang diserang penyakit pernafasan akan bertambah , malah bagi kes yang serius, terdapat pesakit asma yang meninggal dunia.
Masalah jerebu juga boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas dengan teruk.Tanaman tidak dapat tumbuh dengan subur kerana cuaca terjejas.Pokok tidak dapat menjalani proses fotosintesis seperti biasa kerana pancaran cahaya matahari tidak sampai ke permukaan bumi, dan dengan itu tumbuhan kekurangan cahaya. Jerebu diburukkan lagi oleh ketiadaan hujan.dan cuaca yang lembap membantutkan pertumbuhan tanaman dan seterusnya menurunkan kualiti pengeluaran. Dari segi pertanian pula, hutan ditebang dan dibersihkan untuk membuka ladang. Tindakan ini boleh menyebabkan pencemaran alam dan seterusnya membawa kesan buruk kepada manusia dan persekitaran.
Langkah-langkah untuk Mengatasinya
Langkah yang paling berkesan ialah penguatkuasaan undang-undang pembakaran terbuka.pengharaman pembakaran terbuka didalam negeri boleh memberhentikan kegiatan membakar bagi menambah kepada masalah pencemaran udara teruamanya bagi kawasan- kawasan setempat berlakunya kebakaran. Penguatkuasaan undang-undang tersebut akan menunjukan bahawa kerajaan mengambil berat terhadap masalah pencemaran yang dihadapi. Langkah seterusnya ialah mengurangkan penggunaan sumber tenaga daripada bahan api fosil, misalnya petroleum dan arang batu. Penggunaan bahan api fosil, terutamanya minyak diesel sebagai sumber tenaga boleh menyebabkan pencemaran udara yang teruk. Keadaan ini disebabkan pembakarannya yang sempurna semasa proses penjanaan tenaga.
Kesimpulan
Sebahagian besar masalah jerebu di negara kita berpunca daripada kegiatan penduduk negara jiran.Kerjasama erat antara negara yang terlibat mesti diwujudkan untuk mengatasi masalah ini. Sebagai masyarakat yang penyayang, kita perlu berkerjasama untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran.Kebersihan amat tinggi nilainya dalam kehidupan kita. Aktivit yang boleh menyebabkan pencemaran udara haus dielakkan. Selain kerajaan setiap individu perlu mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka

PEMANASAN GLOBAL

http://blm1053alamsekitar.blogspot.com/2010/08/pemanasan-global.html
PEMANASAN GLOBAL
Disediakan oleh : TAN HONG HEE ( 205697 )

Pemanasan Global
Pengenalan

Pemanasan global merupakan satu isu yang sangat serius di pesada dunia.Pemanasan global berhubung kait dengan suhu bumi yang telah meningkat sebanyak dua darjah dan kawasannya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu .Berdasarkan kajian yang telah dijalankan kawasan yang tidak diliputi hutan lebih panas berbanding kawasan yang diliputi hutan .Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10000 tahun, tetapi kini hanya dalam tempoh 100 tahun sahaja ekoran daripada kemusnahan hutan yang kian menjadi-jadi di seluruh dunia.

Faktor

Penebangan hutan bagi pembangunan sosioekonomi secara besar-besaran dan aktiviti pembakaran minyak fosil seperti petroleum, penggunaan metana dan gas menyebabkan penghasilan’gas rumah hijau’. Gas itu bagaikan selimut besar membalut bumi memerangkap haba daripada sinaran matahari lantas membawa kepada peningkatan suhu di mulia bumi yang kemudian berlakulah perubahan iklim secara esktrem. Jurnal Nature ada mempaparkan laporan mengenai perubahan iklim semakin meningkat dan menjadi-jadi kebelakangan ini. Munurut jurnal itu, pemanasan global mempercepatkan lagi kepupusan lebih sejuta spesies hidupan darat dalam tempoh 50 tahun. Kesan yang paling ketara dan sedang hangat dibincangkan oleh seluruh negara kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Oleh itu, akibat daripada penyusutan lapisan ozon yang berfungsi melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit dan kesan penyusutan lapisan ozon ini juga ekosistem bumi akan terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Rentetan itu, pancaran matahari yang lebih terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada ais di bahagian kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia.

Kesan

Pemanasan global yang berleluasa akan memberi impak yang besar terutama sekali kepada kesihatan manusia. Hal ini kerana, manusia sukar mengelak daripada udara kerana manusia dikelilingi oleh udara dan memerlukan udara untuk hidup. Mengikut anggaran, manusia menyedut lebih kurang 2,000 gelen udara setiap hari. Oleh itu, Masalah pemanasan global ini secara tidak langsung akan menganggu sistem pernafasan manusia, pendarahan Pulmonari dan radang paru-paru melalui gas-gas seperti karbon monoksida, Nitrogen Oksida dan gas ozon iaitu gas-gas ini akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah manusia. Disamping itu, masalah jerebu yang serius akan menghalang penglihatan mata dan juga akan menjejaskan mata manusia. Hasil daripada kajian pertubuhan kesihatan sedunia atau WHO menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara iaitu tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan. Pemanasan global juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi bumi ini daripada sinaran terus matahari9. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
Langkah

Kita perlu mengubah cara berfikir dan sikap kita sendiri. Hal ini kerana, pemanasan global yang berlaku ini adalah bermula daripada sikap manusia itu sendiri melalui pembakaran bebas, pembebasan bahan pencemar ke udara oleh pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab dan aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan oleh manusia. Jesteru, kita perlu mengubah cara berfikir dan sikap kita sendiri dengan menyedari kesan kepada jangka masa panjang sekiranya masalah ini terus berleluasa. Oleh itu, kita perlu mengambil alternatif untuk memelihara, mengekal dan menyelamatkan alam sekitar selaras dengan kepentingan dan keperluan kehidupan kita sendiri.

Masalah pemanasan global telah memberi impak yang buruk kepada alam sekitar. Oleh sebab itu, pihak-pihak bertanggungjawab telah membuat keputusan untuk mengatasi masalah ini, terutama pihak kerajaan yang merupakan pihak yang penting sebagai agen pentadbir negara. Kerajaan harus mengambil langkah awal untuk membenteras masalah pencemaran, antaranya dengan memperkenalkan Akta Kualiti Alam Sekitar pada tahun 1974. Akta ini mengandungi peraturan yang mengandungi enam bahagian antaranya peraturan kenderaan bermotor dan kualiti alam sekitar, peraturan kenderaan bermotor (kawalan pelepasan asap, 1977), peraturan ini menghadakan perlepasan asap kenderaan iaitu dihakan kepada 50 HDU. Akta kualiti berfungsi sebagai agen mengawal dan mengurangkan aktiviti pemanasan global dengan mengenakan syarat-syarat tertentu.

Kesimpulan

Walaupun begitu, sokongan tetap diberikan kepada pertubuhan seperti Greenpeace Organisation yang begitu komited dan bersemangat untuk memperjuangkan isu pemanasan global ini diseluruh dunia. Pekara ini sepatutnya dipandang mulia dan perlu diberi perhatian oleh mana-mana pihak iaitu kerajaan, badan berkanun, pertubuhan NGO dan individu yang mahu terus hidup diatas bumi yang kita cintai ini.




http://sosialalamsekitar.blogspot.com/2010/08/pemanasan-bumi.html

PEMANASAN BUMI


Pemanasan global atau "global warming" telah menjadi isu terhangat yang terhidang di dada akhbar dan sering menjadi topik perbualan komuniti antarabangsa.Pemanasan global telah disebabkan oleh beberapa faktor seperti aktiiviti pembakaran terbuka, pulau haba, dan penggunaan karbon monogsida dan karbon dioksida yang berlebihan dalam kehidupan seharian kita. Apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya hal ini tidak dibendung? terdapat pelbagai kesan yang akan timbul sekiranya perkara ini tidak dicegah. Ternyata, pemanasan global ialah perkara yang merisaukan kita semua. Akibat sikap lepas tangan pemaju dan sikap masyarakat tempatan yang membakar sampah sarap di kawasan hutan, gas-gas tersebut dibebaskan ke udara sekeliling dan melepasi lapisan ozon. Tahukah anda bahawa karbon monoksida dapat menghakis dan menipisi lapisan ozon secara semula jadi. Lapisan ozon dapat menipis sehingga 75 peratus cahaya matahari daripada menembusi bumi. Sekiranya lapisan ozon terhakis, akibatnya pemanasan global akan berlaku secara berleluasa. Sinaran matahari tanpa ditapis mengandungi 30 peratus sinaran radioaktif yang akan membunuh sel-sel kulit manusia. Sekiranya sinaran matahari tanpa ditapis oleh lapisan terkena pada kulit kita, tumur akan membentuk dan akan menjadi sel kanser. Hal ini akan menyebabkan penduduk bumi akan ramai yang mati akibat kanser kulit. Kanser kulit sukar diubati dan penawarnya tidak ditemui oleh para saintis sehingga ke hari ini.  


Seterusnya sekiranya suhu dunia melebihi paras 5.8 drjah selsius, maka ais di kutub utara dan selatan akan mula cair hal ini akan mendatangkan impak yang negatif kepada kita semua. Hasilnya purata lautan akan mencecah sehingga 95 peratus, ini bermakna banyak kawasan daratan yang akan ditengelami oleh air. Penduduk dunia akan ramai yang mati.
Pemanasan global pada peringkat awalnya akan menyebabkan migrain dan sakit kepala yang melampau.  Migrain disebabkan oleh pemanasan yang melampau dan akibatnya akan berlaku pendarahan yang serius di bahagian otak. Migrain juga disebabkan oleh terkumpulnya darah kotor di bahagian otak dan hal ini akan membuatkan rasa tidak selesa kepada pesakitnya. Pulau haba juga sering dikaitkan dengan pemanasan global. Pulau haba disebabkan oleh asab-asab yang dikeluarkan daripada asap kereta dan kilang. Asap ini mengandungi karbon monoksida yang tinggi yang akan menipiskan lapisan ozon bumi. Ole sebab itu, meminimunkan penggunaan kenderaan perlu kita dititikberatkan.
Kongklusinya, fenomina pemanasan global adalah perkara yang menghantui komuniti antarabangsa. Hal ini kerana kesannya kepada penduduk dunia amat serius. oleh itu kita sebagai sebahagian daripada penghuni bumi ini perlu mengambil langkah pencegahan sebelum hal ini menjadi lebih serius. Jangan sampai nasi telah menjadi bubur” barulah kita mahu berubah. Jangan sampai sudah terhantuk baru nak mengadah”, tidak ada gunanya. Sedarlah sementara kita masih boleh berbuat sesuatu kepada dunia yang hendak kita wariskan kepada anak cucu kita ini.
JADI APA USAHA KITA ? renung-renungkan..........dan selamat beramal.. (n_n)"
UMAR FARID

RUMAH HIJAU

http://sosialalamsekitar.blogspot.com/2010/08/rumah-hijau.html
RUMAH HIJAU

Rumah hijau ialah satu bangunan yang diperbuat daripada plastik atau kaca yang membolehkan penanaman yang terlindung dan terkawal. Apabila tumbuh-tumbuhan dan tanah yang terdapat di dalam bangunan ini menjadi panas maka tenaga yang masuk terperangkap di dalamnya menyebabkan ia tidak dapat keluar bebas daripada rumah hijau ini. Bangunan ini juga boleh dibina dalam pelbagai bentuk dan peranan. Antaranya ialah dalam industri asa tani dimana ia dibina dengan saiz yang lebih besar dan dilengkapi dengan peralatan moden.
Kesan rumah hijau pula boleh disebabkan oleh dua factor sama ada berpunca daripada secara semula jadi atau buatan manusia.Apabila letusan gunung berapi berlaku,maka gas-gas sulfur dan karbon akan terbebas ke udara.Selain itu kesan rumah hijau juga berlaku akibat pembakaran hutan yang disebabkan oleh petir.Faktor buatan manusia pula berpunca daripada pembebasan bahan pencemar ke udara.Ini termasuklah asap daripada kenderaan kereta dan juga kilang-kilang selain daripada pembakaran terbuka.Pembebasan CFC juga menyumbang kepada kesan rumah hijau yang membawa kepada pemanasan global yang juga berpunca daripada penggunaan penyembur aerosol.
Kesan rumah hijau ini akan menyebabkan pelbagai kejadian kemusnahan alam yang boleh meragut nyawa ataupun harta benda seperti tanah runtuh,banjir kilat dan ribut taufan.Selain itu keadaan fenomena-fenomena alam yang lain seperti pemanasan global dan penipisan lapisan ozon juga berpunca daripada kesan rumah hijau.Apa yang lebih membimbangkan disini ialah akan berlaku pencairan kedua-dua kutub bumi yang akan menyebabkan paras air laut akan meningkat seterusnya memberi petanda yang tidak baik kepada penduduk bumi dimana segala bencana boleh berlaku.
Bagi mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah dengan melalui penjimatan tenaga. Hal ini boleh dilakukan dengan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor. Misalnya penggunaan pengangkutan awam yang lebih kerap dapat mengurangkan kadar pembebasan gas rumah hijau.Antara kaedah lain yang boleh dilakukan ialah dengan mengurangkan penggunaan bahan bakar selain daripada pokok-pokok. Ini kerana bahan bakar seperti pokok-pokok banyak digunakan di dalam industri perindustrian. Apabila penebangan pokok dilakukan secara besar-besaran untuk tujuan perindustrian maka karbon dioksida tidak lagi dapat diserap sekaligus pembebasan oksigen tidak dapat berlaku.Tambahan pula pokok-pokok ini melepaskan karbon dioksida apabila ia mereput dan dibakar.
Terdapat beberapa jenis karbon dan gas-gas yang boleh terlibat dalam proses kesan rumah hijau ini yang dipanggil gas rumah hijau ( Greenhouse Gases / GHGs ). Antaranya ialah karbon dioksida ( CO2 ). Karbon ini dilepaskan ke atmosfera melalui pembakaran bahan api fosil, sisa pepejal,dan pokok-pokok. Metana (CH4) pula dilepaskan semasa pengeluaran dan pengangkutan arang, gas asli dan minyak mentah. Metana juga dilepaskan daripada aktiviti penternakan dan pertanian. Selain itu Nitrus Oksida (NO2) dibebaskan semasa aktiviti pertanian dan perindustrian serta semasa pembakaran bahan api dan sisa pepejal. Gas yang terakhir ialah Gas Fluorin. Gas Fluorin kadang-kadang digunakan sebagai pengganti bahan penipisan ozon seperti CFCs, HCFCs dan Halon.
Rumusannya, kesan rumah hijau boleh berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu secara semula jadi ataupun secara sengaja oleh manusia. Hal ini akan menyebabkan pelbagai kesan yang buruk seperti penipisan ozon yang mengakibatkan pemanasan global yang mendadak dan sebagainya yang boleh memudaratkan kehidupan bumi.



PENCEMARAN UDARA 4

http://sosialalamsekitar.blogspot.com/2010/08/pencemaran-udara-pencemaran-udara.html
PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara bukanlah masalah yang asing lagi bagi seluruh negara.Ia merupakan masalah pencemaran alam sekitar yang begitu serius sejak kebelakangan ini. Pencemaran udara memberi maksud satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam dalam atmosfera. Contoh pencemar udara ialah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon (CFC), bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.
Pencemaran udara berpunca salah satu darinya ialah pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi.  Hal ini kerana, asap yang dikeluarkan oleh ekzos kenderaan bermotor menyebabkan ruang udara akan tercemar. Peningkatan operasi kilang juga menyumbang kepada pencemaran udara. Operasi kilang seperti kilang simen, kuari yang berterusan tanpa pantauan akan membawa kepada pencemaran. Ia berpunca daripada kerakusan pengusaha kilang-kilang yang beroperasi melebihi waktu yang oleh agensi terbabit.

Selain itu,pembakaran terbuka juga punca pencemaran udara. Penerokaan dan pembakaran hutan oleh orang zaman dahulu untuk tujuan pertanian dan penempatan menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Pembakaran sampah-sarap sekitar kawasan perumahan juga menyebabkan pencemaran udara. Bayangkan setiap penghuni rumah melakukan pembakaran sampah secara terbuka pada satu masa, tentulah ia akan menyebabkan pencemaran., Mereka mengambil jalan mudah untuk melupuskan sampah tanpa memikirkan kesan yang bakal dihadapi.

Antara kesan pencemaran udara adalah

Sebagai kesimpulannya,pencemaran udara memberi banyak kesan buruk kepada alam sekitar dan manusia. Oleh itu,kita sebagai manusia perlu menghargai alam sekitar supaya tidak berlaku pencemaran yang boleh merosakkan sistem kehidupan kita seharian dan untuk menjamin keselesaan kita mahupun penduduk bumi.
          Kejadian kanser yang semakin banyak terjadi sekarang tanpa ada faktor genetik atau tidak dapat mereka terangkan adalah disebabkan oleh pencemaran tetapi terlalu sedikit pakar pakar perubatan yang menimbangkan faktor pencemaran sebagai faktor penyebab kanser kerana setiap pakar bedah, pakar tulang, pakar clinical oncologist, pakar mata, pakar segala gala pakar yang bersifat clinical hanya tinggal dalam tempurung kelapa mereka saja. Maksud tempurung kelapa ini adalah semata mata hanya terhad kepada hospital tempat mereka bertugas, dewan bedah mereka dan juga sekali sekali pergi konferens dalam bilik hotel di luar negeri!  Pakar pakar perubatan ini tidak pernah sekalipun terdedah melihat para pekerja terdedah dengan berbagai bagai bahan kimia, logam berat, habuk dan racun semasa para pekerja bekerja!!!

penipisan lapisan ozon, Ini kerana lapisan ozon merupakan pelindung kepada sinaran matahari dari terus sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada ais di bahagian kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini. Maka berlakulah bencana alam yang amat dasyat seperti banjir.Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan akibat jerebu. Jerebu akan mengakibatkan penglihatan manusia menjadi kabur. Hal ini menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda. Kesan utama pencemaran udara kepada kesihatan manusia adalah kesukaran sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida yang bebas di udara akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah serta melambatkan tindak balas manusia dan menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru sebagai alat pernafasan manusia.Selain itu,bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan menyebabkan inflamasi paru - paru dan keupayaan bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia. Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan terhadap kehidupan flora dan fauna di sekeliling kita. Hujan asid akan mengakibatkan kemusnahan flora dan fauna ini. Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur untuk digunakan sebagai tanah pertanian.

Bahan Pencemar Udara Khusus

http://pencemaran-udara.blogspot.com/

makalah pencemaran udara


Hampir tidak ada kota di dunia ini yang dapat menghindar dari bencana moden pencemaran udara. Bahkan kota-kota yang dulu terkenal dengan udaranya yang murni, tak tercemar misalnya Buenos Aires, Denver, dan Madrid sekarang selalu dikepung oleh udara yang begitu tercemarnya sehingga dapat membunuh dan membuat orang baik yang sehat maupun sakit masuk rumah sakit. Tapi hal itu tak perlu terjadi, karena kota-kota dan bangsa-bangsa di seluruh dunia mulai menerapkan berbagai strategi yang dapat mengatasi masalah pencemaran udara dengan baik. Strateg itu mulai dari larangan parkir dan hari tanpa mengemudi sampai program ketat dan berkekuatan hukum untuk memasang kendali pencemaran yang canggih di pusat-pusat pembangkit tenaga. Hanya sedikit usaha ini yang mencapai keberhasilan sempurna, tetapi banyak juga yang cukup berhasil bahkan begitu berhasilnya sampai terkadang tidak mendapat perhatian.

DAMPAK PENCEMARAN UDARA
Keberhasilan yang tidak Tampak

Di Amerika, misalnya, para pengemudi telah meninggalkan bensin yang mengandung timah penyebab kebanyakan polusi udara bermuatan timah begitu sempurnanya mereka menjauhi bensin itu sehingga sebagian besar pompa bensin tidak lagi menjualnya. Karena timah hampir hilang sebagai zat aditif bensin di Amerika Serikat, maka konsentrasi rata-rata zat ini dalam darah anak-anak menurun hampir setengahnya. Walaupun para pembuat bensin bermuatan timah dan zat aditif timah memperingatkan bahwa harga bahan bakar akan meningkat dan persediaan berkurang, ternyata kedua hal tersebut tidak terjadi. Para pengemudi di Amerika Serikat sekarang hampir tidak merasakan tiadanya zat bahan bakar beracun ini, walaupun mereka tahu zat tersebut pernah ada. Penurunan tingkat konsentrasi timah di atmosfera merupakan "suatu keberhasilan lingkungan terbesar", kata Michael Walsh, seorang konsultan pemerintah Cina, Swedia, Swis dan negara-negara lain.
Sesungguhnyalah, menghilangnya bensin bermuatan timah telah membantu lahirnya suatu generasi baru bahan bakar berwawasan lingkungan yang lebih bersih lagi di pasaran. Bensin jenis-jenis baru ini telah diformulasi ulang untuk menghilangkan sampai 90% zat benzene dan kandungan yang beracun lainnya, sehingga tingkat pencemaran udara di banyak kota di AS menurun sampai 15 persen dalam kurun waktu satu tahun setelah diberlakukan penjualan yang dianjurkan. Tapi keberhasilan ini tidak terbatas pada program-program penggantian jenis bahan bakar saja.

Sumber Pencemaran Udara

Organisasi Kesehatan Dunia (WHO) memperkirakan bahwa 70 persen penduduk kota di dunia pernah sesekali menghirup udara yang tidak sehat, sedangkan 10 persen lain menghirup udara yang bersifat "marjinal". Tetapi bahkan di AS, yang tingkat pencemaran udaranya cenderung jauh lebih rendah daripada di kota-kota di negara berkembang, kajian oleh para peneliti di Universitas Harvard menunjukkan bahwa kematian akibat pencemaran udara berjumlah antara 50.000 dan 100.000 per tahun.
Anak-anak yang tinggal di kota dengan tingkat pencemaran udara lebih tinggi mempunyai paru-paru lebih kecil, lebih sering tidak bersekolah karena sakit, dan lebih sering dirawat di rumah sakit.
Pada 1980, misalnya, kota industri Cubatao, Brasilia, melaporkan bahwa sebagai akibat pencemaran udara, 40 dari setiap 1000 bayi yang lahir di kota itu meninggal saat dilahirkan, 40 yang lain kebanyakan cacat, meninggal pada minggu pertama hidupnya. Pada tahun yang sama, dengan 80.000 penduduk,Cubatao mengalami sekitar 10.000 kasus medis darurat yang meliputi TBC, pneumonia, bronkitis, emphysema, asma, dan penyakit-penyakit pernapasan lain.

Bahan Pencemar Udara Khusus

Sejak tahun 1970-an, kebijakan pencemaran udara AS cenderung berpusat pada pengendalian beberapa jenis polutan perkotaan yang serius: partikulat zat yang mengandung partikel (asap dan jelaga), hidrokarbon, sulfur dioksida, nitrogen oksida, ozon (asap kabut fotokimiawi), karbon monoksida dan timah.

Karbon monoksida. WHO telah membuktikan bahwa karbon monoksida yang secara rutin mencapai tingkat tak sehat di banyak kota dapat mengakibatkan kecilnya berat badan janin, meningkatnya kematian bayi dan kerusakan otak, bergantung pada lamanya seorang wanita hamil terpajan, dan bergantung pada kekentalan polutan di udara. Asap kendaraan merupakan sumber hampir seluruh karbon monoksida yang dikeluarkan di banyak daerah perkotaan.

Nitrogen Oksida. Nitrogen oksida yang terjadi ketika panas pembakaran menyebabkan bersatunya oksigen dan nitrogen yang terdapat di udara memberikan berbagai ancaman bahaya. Zat nitrogen oksida ini sendiri menyebabkan kerusakan paru-paru.

Sulfur Dioksida. Emisi sulfur dioksida terutama timbul dari pembakaran bahan bakar fosil yang mengandung sulfur terutama batubara yang digunakan untuk pembangkit tenaga listrik atau pemanasan rumah tangga.

Benda Partikulat. Zat ini sering disebut sebagai asap atau jelaga; benda-benda partikulat ini sering merupakan pencemar udara yang paling kentara, dan biasanya juga paling berbahaya. Sebagian benda partikulat keluar dari cerobong pabrik sebagai asap hitam tebal, tetapi yang paling berbahaya adalah "partikel-partikel halus" butiran-butiran yang begitu kecil sehingga dapat menembus bagian terdalam paru-paru.

Hidrokarbon. Zat ini kadang-kadang disebut sebagai senyawa organik yang mudah menguap ("volatile organic compounds/VOC"), dan juga sebagai gas organic reaktif ("reactive organic gases/ROG"). Hidrokarbon merupakan uap bensin yang tidak terbakar dan produk samping dari pembakaran tak sempurna. Jenis-jenis hidrokarbon lain, yang sebagian menyebabkan leukemia, kanker, atau penyakit-penyakit serius lain, berbentuk cairan untuk cuci-kering pakaian sampai zat penghilang lemak untuk industri.

Ozon atau Asap Kabut Fotokimiawi. Ozon, terdiri dari beratus-ratus zat kimiawi yang terdapat dalam asap kabut, terbentuk ketika hidrokarbon pekat di perkotaan bereaksi dengan oksida nitrogen. Tetapi, karena salah satu zat kimiawi itu, yaitu ozon, adalah yang paling dominan, pemerintah menggunakannya sebagai tolok ukur untuk menetapkan konsentrasi oksidan secara umum. Ozon merupakan zat oksidan yang begitu kuat (selain klor) sehingga beberapa kota menggunakannya sebagai disinfektan pasokan air minum.

Timah. Logam berwarna kelabu keperakan yang amat beracun dalam setiap bentuknya ini merupakan ancaman yang amat berbahaya bagi anak di bawah usia 6 tahun, yang biasanya mereka telan dalam bentuk serpihan cat pada dinding rumah. Logam berat ini merusak kecerdasan, menghambat pertumbuhan, mengurangi kemampuan untuk mendengar dan memahami bahasa, dan menghilangkan konsentrasi. Zat-zat ini mulai dari asbes dan logam berat (seperti kadmium, arsenik, mangan, nikel dan zink) sampai bermacam-macam senyawa organik (seperti benzene dan hidrokarbon lain dan aldehida).