SKMM
diminta bertindak atasi masalah dropped calls
Klik Di SIni
KUALA LUMPUR 11 Feb. - Orang
ramai menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil
tindakan tegas terhadap syarikat telekomunikasi agar mereka tidak terus
dibelenggu masalah talian telefon mudah alih yang tiba-tiba terputus atau dropped
calls.
Rata-rata pengguna juga mahu
masalah itu diatasi supaya tidak mengganggu aktiviti mereka sekali gus mengelak
kerugian.
Seorang pengguna telefon bimbit, Azizah
Ariffin, 38, berkata, dia pernah mengalami keadaan itu dan sudah membuat
beberapa aduan.
"Saya pernah membuat aduan
terhadap pihak tertentu, tetapi nampaknya masalah ini masih berlanjutan tanpa
ada perubahan," kata pembantu akaun itu.
Menurut seorang penyelia, Mohd.
Irwan Baharuddin, 33, masalah panggilan yang tiba-tiba terputus itu
sememangnya menimbulkan masalah kepada pengguna.
"Masalah yang berlaku
seharusnya ditangani segera kerana kami membayar untuk menggunakan perkhidmatan
ini dan seharusnya perkhidmatan terbaik yang kami peroleh," ujarnya.
Jurutol, Nur Wahida Ibrahim,
24, pula meluahkan rasa kesalnya apabila kebanyakan panggilan telefon yang
dibuat akan terputus dan baki kredit tetap dipotong.
"Saya sering mengalami
masalah ini dan baki kredit sering dipotong walaupun baru sahaja bercakap di
talian selama beberapa saat," ujarnya.
Seorang pelajar, Mohd. Amir
Asraf Mohamed, 20, berkata, dia juga sering mengalami masalah yang sama dan
apabila menghubungi pihak yang berkenaan, mereka akan memberi alasan kononnya
talian sedang sibuk.
"Setiap kali menghubungi
pihak terbabit, mereka akan menyalahkan saya dengan mengatakan saya sendiri
yang memutuskan talian tersebut," katanya.
Menurut Juliana Azirah Naswi,
20, pula, masalah itu akan memberi kesan lebih besar kepada pengguna yang
sedang menghadapi masalah kecemasan.
"Kalau ada kecemasan,
pengguna akan mengalami masalah besar terutama jika mereka sememangnya
mempunyai baki akaun yang kurang ketika itu dan perkara ini menyusahkan
pengguna dan membuatkan keadaan menjadi lebih teruk," jelasnya.
Pelajar, Nur Hidayu Zulkafli,
19, berkata, sebagai pelajar dia terkilan setiap kali masalah itu berlaku
terutama ketika sedang menghubungi ibu bapa.
"Talian telefon tiba-tiba
terputus dan menyebabkan saya tidak dapat bercakap dengan lama di talian,
tetapi baki kredit tetap dipotong," katanya.
Adiknya, Nur Zakiah Zulkafli,
15, juga sering menghadapi masalah itu dan berasa marah dengan perkhidmatan
yang diterimanya.
"Sesiapa pun akan marah jika
sedang menggunakan telefon, tiba-tiba talian terputus dan baki kredit
dipotong," katanya.
CAP wants MCMC to investigate ‘dropped calls’
GEORGE TOWN: The Consumers
Association of Penang (CAP) wants the Malaysian Communication and Multimedia
Commission (MCMC) to investigate as soon as possible the dropped calls often
experienced by users of mobile telephones. Its president, SM Mohamed Idris,
said the problem also occurred during peak hour period and at dawn, resulting
in the telephone users to suffer losses. "When a call from a handphone is
cut off suddenly due to technical problems, it is considered a dropped call,
but the telephone user has been charged for the airtime, which may be for 30 or
60 seconds," he said in a statement here Tuesday.
He hoped the problem could be addressed as soon as
possible to protect consumers' interests. There should be an explanation for
this, especially from telecommunication companies, which are making profit out
of it, he added. - Bernama
Kalo anda terkena dek mana 2 syarikat komunikasi --- pi
laman web SKMM dan klik menu. Pi ikon dropped calls dan klik make a complaint.
Isi boring on line utk komplen di Dropped Call Feedback.
Sertakan nama, alamat emel, no hp, dan syarikat tersebut.
Lokasi tempat panggilan anda terganggu, di google map. Masukkan perincian
lokasi dari berpandukan google map. Bandar alamat kg dan jalan terbabit… ambbil
beberapa gambar tempat lokasi itu terjadi dropped csalls.
Anda boleh pi juga mengadu kat Khidmat Aduan Pengguna
Nasional !!
No comments:
Post a Comment