TV mudarat kanak-kanak
Rancangan Kartun sekarang banyak perkara jelek
seperti:
- Nampak
pusat.
- Pakaian
singkat.
- Nampak
lurah buntot, lurah mempelam dsbnya.
- Membelakangkan
kebesaran Allah dan sifat sifat Allah secara halus.
- Pengaruhi
minda kanak kanak budaya kuning secarta tidak sedar.
- Pergaduhan,
melompat2, sepak, terajang.
- Banyak
magik dan khayalan.
- Pembunuhan.
- Pendarahan.
- Kisah
hantu.
- Kisah
cinta.
Tiada apa2 langsung teguran dari mufti atau
pihak agama yang terlibat secara langsung dengan penyiaran.
Cara Penambahbaikan : Buat kartun Versi Malaysia seperti:
- Hang
Tuah Lima Bersahabat
- Hang
Nadim
- Kura
kura dengan arnab
- Kisah
bersiri Boboi Boi
- Upin
Ipin dsbnya.
Dimana
ia sangat perlu diselitkan dengan sifat sifat terpuji seperti bersopan santun,
menutup aurat, menghormati ibu bapa serta orang lain, bertanggungjawab,
memelihara alam sekitar, tidak mencemarkan alam sekitar, menyayangi serta
menghargai ciptaan Allah seperti binatang dan tumbuh tumbuhan, alam dsbnya. Ia
perlu sama sekali dijauhkan dengan sifat sifat zalim seperti menyepak,
menerajang, memukul, menggunakan bahasa kesat atau bahasa pasar dan lain lain
perkara keji dan mungkar yang banyak sekali terdapat dalam kartun2 impot
sekarang!!!
http://zulzaidi.wordpress.com/2008/03/18/pengaruh-televesyen-terhadap-perkembangan-minda-kanak-kanak/
Ditulis oleh : Zulzaidi bin
Mahmud
Media elektronik dan media
bercetak merupakan medium kepada manusia untuk mengetahui banyak perkara,
secara tidak langsung menambahkan ilmu pengetahuaan. Media elektronik iaitu
televisyen merupakan media yang menjadi “favourite” semua lapisan
masyarakat dari peringkat kanak-kanak, remaja, belia dan warga tua. Televisyen
memaparkan banyak perkara seperti politik, ekonomi, sosial, sukan dan hiburan.
Kanak-kanak
merupakan antara golongan yang teramai dan terbanyak menonton televisyen.
Perkara yang menjadi tontonan kepada kanak-kanak adalah berhubung dengan
hiburan, seperti rancangan kartun dan nyanyian. Hiburan boleh mendatangkan
ketenangan, menghilangkan kekecewan, dan mengatasi masalah emosi, tetapi
hiburan kartun yang ada di televesyen adalah berorientasikan hiburan yang patut
dijauhi oleh kanak-kanak kerana ia bukan mematangkan mereka tetapi menjadikan
mereka berfikiran negatif. Kartun adalah rancangan paling diminati oleh
kanak-kanak ditambah lagi dengan kecanggihan teknologi sehingga ada rancangan
kartun seakan-akan berbentuk “realiti” yang dipanggil 3D.
Setiap hari
kartun diibarat seperti makanan yang wajib dimakan untuk hidup, tidak lengkap
hidup kanak-kanak tanpa menonton kartun. Pihak-pihak penyiaran telah mencuri
“Golden Time” kanak-kanak untuk mempertontonkan rancangan-rancangan kartun yang
menarik seperti Doraemon, Detektif Conan, Sinchan, Spongebob dan lain-lain
lagi. “Golden Time” itu sepatutnya menjadi waktu yang digunakan oleh kanak-kanak
untuk mematangkan mereka seperti membaca, bermain bersama ibu dan bapa.
Rancangan penonton-penonton cilik ini khasnya kartun disiarkan tanpa mengisa
masa, ada juga kanak-kanak menyatakan kepada ibu bapa “sabtu dan ahad
hari abang tau”. Bermula dari jam 9 pagi kanak-kanak sudah terpacak di
hadapan televisyen untuk menonton rancangan yang kononnya memberikan manfaat
kepada mereka secara total. Sebenarnya tanpa kita sedari bahawa televisyen yang
telah mendidik kanak-kanak bukan ibu bapa. Penulis berkata demikiaan kerana
televesyen telah melayani kanak-kanak dengan tekun dan memberi layanan yang
memuaskan hati mereka tanpa mereka rasa gusar dan bosan walaupun sesaat.
Belaian dan kasih sayang yang sepatutnya diberikan oleh ibu dan bapa telah
beralih kepada televisyen, dan perkara ini amat menyedihkan. Cuba bayangkan
kasìh sayang seorang ibu kepada anaknya telah dirampas orang ketiga tanpa
disedari. Setiap ibu bapa harus sedar bahawa orang ketiga itu adalah “Prof
Dr. Televesyen” yang bisa mengajar kanak-kanak apa sahaja.
Ungkapan
yang dijadikan asas kepada sicilik untuk menonton televesyen adalah “sesuai
untuk semua lapisan masyarakat” ditambah lagi dengan perkataan “U”
bagi UMUM. Rancangan-rancangan yang ditonton tidak semuanya sesuai untuk
kanak-kanak kerana ada juga yang berunsur negatif yang patut dijauhi. Bukan
hanya cerita kartun sahaja yang patut dijauhi, tetapi televesyen itu sendiri
mesti dijauhi agar keseimbangan emosi kanak-kanak terjaga tanpa ada noda-noda
negatif. Jauh di sini bermaksud jika sicilik yang ingin menonton televisyen ia
mestilah dipantau secara total kerana ditakuti dipengaruhi unsur-unsur negatif
dalam fikiran mereka.
“Akademi
Pediatrik Amerika (APP) telah menyarakan supaya televesyen diharamkan bagi
kanak-kanak di bawah usia dua tahun. Ini disebabkan dalam tempoh dua tahun
pertama bayi memerlukan sentuhan manusia bukan didikan imej di televesyen” [petikan
Buku Kesan TV Terhadap Perkembangan Anak Anda Terbitan Persatuan Pengguna Pulau
Pinang]. Terdapat begitu banyak kesan kanak-kanak menonton televesyen,
bukan hanya terhadap fizikal menurut sains tetapi juga terhadap emosi dan
tingkahlaku yang akan diterangkan selepas ini.
KESAN
DAN PENGARUH TV TERHADAP ANAK ANDA.
Menjejaskan
Prestasi Akademik Dan Pembacaan Lancar
Rancangan
kanak-kanak dipertontonkan kepada sicilik pada “Golden Time” kanak-kanak iaitu
diantara jam 2 petang sehingga 8 malam. “Golden Time” adalah waktu yang sesuai
dan sewajarnya untuk sicilik menyiapkan kerja sekolah, membaca bacaan ilmiah
untuk melancarkan pembacaan, belajar mengaji, riadah untuk menyihatkan tubuh
badan dan masa untuk menjana kreativiti sicilik. Tetapi waktu-waktu ini telah
digunakan oleh sicilik untuk menonton televesyen tanpa rasa rugi. Menurut
laporan 1994 dari Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat, pencapaian akademik
jatuh ketara bagi kanak-kanak yang menonton lebih daripada 10 jam seminggu. 10
jam seminggu ini jika digandakan selama setahun jauh lebih banyak dengan masa
seorang penuntut Ijazah Sarjana Muda menghabiskan jumlah jam kredit untuk
menjadi graduan. Perkara ini perlulah difikirkan oleh ibu bapa dan perlu
dititikberatkan untuk menjana generasi mendatang.
Melalui
pembacaan otak sicilik berfungsi semaksima mungkin untuk membayang dan
menganalisis apa yang dibaca dan ia juga memerlukan bantuan ibu bapa. Penulis
bertanya kepada pembaca artikel sekelian, pernah tidak anak anda membaca dalam
keadaan merangkak dan bertanya kepada anda, contohnya anak anda mengeja “ L
O R I “ kemudian bertanya “ibu apa itu lori ?” pastinya pertanyaan
itu telah menjana kecerdasan otak kanak-kanak itu untuk menganalisi perkataan
yang disebut dan cuba membayangkan apa itu lori. Menurut Dr Jerre Levy Pakar
Perkembangan Hemisfera Otak di Universiti Chicago telah menyatakan “ otak
direka bagi memenuhi cabaran-cabaran kognitif. Ia seperti otot: jika anda tidak
membuat latihan ia akan lemah. Jika tidak melatih otak anda, ia juga akan
lemah”. Kemahiran bahasa boleh diransang melalui pembacaan dan juga perhubungan
dua hala lebih-lebih lagi keluarga iaitu ibu bapa bukannya menonton televisyen.
Menonton televisyen adalah proses interaksi sehala sahaja iaitu televisyen
menayangkan rancangan dan sicilik sibuk menonton tanpa berfikir dan tidak
kreatif.
Menurut Dr
Patti Valkenburg dan Dr Tom Van De Voort dari Pusat Kajian Media Kanak-Kanak di
Leiden, Belanda, yang telah meneliti semua kajian yang dijalankan dalam tempoh
40 tahun. Kajian-kajian itu meneliti perbezaan dalam daya imaginasi kreatif
kanak-kanak yang di rumah mempunyai televisyen berbanding kanak-kanak yang
tidak mempunyai televisyen [petikan Buku Kesan TV Terhadap Perkembangan Anak
Anda Terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang]. Contohnya anda melihat anak
anda sibuk bermain dengan sebatang pen. Pastinya anda tertarik bahawa sicilik
menggunakan hanya sebatang pen dengan banyak cara antaranya menulis, menconteng
dan ada juga yang menganggap ia adalah “microphone” untuk menyanyi.
Bukankah itu tandanya otak sicilik telah digunakan untuk menjana kreativiti?
Mempertontonkan
Unsur Keganasan
Kanak-kanak
lebih banyak terdedah kepada unsur keganasan. Tidak kita sedar bahawa
kebanyakan cerita kartun yang dipertonton kepada sicilik di dunia global ini
mempunyai unsur-unsur ganas. Penulis yakin jika anak anda menonton rancangan
Ultraman pasti mulut anak ada akan menyebut perkataan “BUNUH”. Anak anda
akan berkata “Ultraman bunuh raksasa itu” bukankah itu merupakan unsur
keganasan tanpa kita sedari?. Keganasan di televisyen adalah terlalu banyak
berbanding dengan dunia realiti kerana televesyen dapat menyediakan
adegan-adegan bunuh, pukul memukul, menembak, menampar, menjerit dan sebagainya
yang boleh diistilahkan sebagai ganas. Unsur ini jika tidak dibendung
mendatangkan mudarat yang besar pada emosi kanak-kanak dalam kehidupan. Ada
juga bila ibu menyuruh sicilik melakukan apa-apa kerja, lalu sicilik naik angin
dan berkata “kalau ibu suruh lagi, adik fire ibu “. Bukankan itu satu
pembentukan sahsiah yang merucing dan kebejatan yang tidak sepatutnya berlaku.
Mempertontonkan
Unsur seks
Rancangan
yang dipertontonkan kepada kanak-kanak seperti kartun yang mempunyai imej-imej
seksi dan berunsurkan seks. Jika si hero dalam rancangan televesyen mempunyai
imej ganas, si heroin pula mempunyai imej seksi. Imej seksi ini menampakkan
bentuk atau lekuk-lekuk tubuh wanita yang sepatutnya dijauhi oleh kanak-kanak?.
Babak-babak cinta, cium dan tidur bersama adalah babak yang menjadikan sicilik
terlalu cepat matang, bukan matang dengan perkara positif, tetapi matang dengan
perkara negatif. Ibrahim M.Hefzallah dalam bukunya Critical Viewing of
Televisyen menyatakan televesyen memaparkan hubungan seks yang
berulangkali. [petikan Buku Kesan TV Terhadap Perkembangan Anak Anda
Terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang] Seks yang biasa ditunjukkan bukan
hanya dalam cerita kartun tetapi cerita realiti juga yang mana unsur-unsur
cinta si hero dan heroin telah berakhir di ranjang katil untuk menunjukkan
bahawa itu adalah tanda cinta sejati. Perkara ini jika setiasa berulang dalam
kehidupan sicilik ia akan mengangap ia adalah perkara lumrah dan biasa.
Pembaziran
Dalam buku
“The Overspent American”, Pakar Ekonomi Harvard, Juliet Schor menegaskan lebih
banyak seseorang menonton televesyen, lebih banyak ia berbelanja.[petikan
Buku Kesan Tv Terhadap Perkembangan Anak Anda Terbitan Persatuan Pengguna Pulau
Pinang].
Dua benda
yang menjadikan tontonan televesyen ini dikatakan membazirkan bagi penulis
adalah “fun” and “fashion” dikalangan kanak-kanak. Bagi kanak-kanak lelaki
apabila selepas melihat rancangan kegemaran meraka pasti keinginan mereka
membuak-buak untuk membeli alatan-alatan yang kurang bermanfaat yang ada kaitan
dengan rancangan yang ditonton. Contohnya mainan-mainan seperti robot, senapang
dan kad-kad mainan yang mempunyai imej hero mereka. Bagi kanak-kanak perempuan
patung-patung, t-shirt atau Costum dan sebagainya yang memaparkan imej heroin
yang disukai. Sicilik sanggup untuk bermogok kepada ibu pada sekiranya tidak
membeli peralatan hiburan ini. Bukankah ia sesuatu yang tidak sepatutnya
berlaku.
Penulis
merasakan ibu bapa perlu memikirkan keperluan sicilik, jika ia dianggap
keperluan yang mampu merangsang minda sicilik tanpa ada unsur negatif, penulis
berpendapat itu boleh dipertimbangkan, kerana bukan semua perkara itu negatif.
Selain itu rancangan berbentuk game yang dipertontonkan juga menarik minat
sicilik. Game berbayar ini jika ibu bapa tidak memantau rapi anak-anak, ia
mudah menarik minat anak untuk bermain. Permainan game di rancangan televisyen
mengenakan bayaran yang tinggi justeru meningkat perbelanjaan ibu bapa.
Panggilan-panggilan telefon telah meningkat akibat keinginan anak-anak untuk
bermain permainan televesyen ini.
Bahasa
Kasar Dan Khayalan Melampau
Bahasa yang
digunakan oleh rancangan kartun mempunyai bahasa-bahasa kasar yang patut
dijauhi. Contohnya dalam Ultraman atau Power Rangers perkataan yang tidak pernah
ditinggalkan adalah perkataan “tak guna” atau “jahanam punya
penjahat”. Perkataan atau frasa ini tidak sepatutnya di jadikan makanan
untuk sicilik, kerana peringkat kanak-kanak merupakan peringkat pertuturan yang
baik-baik dan tidak berunsur negatif. Jika perkataan ini berulang-ulang
didengar oleh kanak-kanak ditakuti ia akan diterjemahkan kedalam kehidupan
harian terutama apabila berinteraksi dengan ibu bapa atau rakan sebaya.
Khayalan
dalam cerita-cerita di televesyen juga tidak ada bandingan lagi kerana khayalan
yang dibawa adalah khayalan yang melampau dan ditakuti menjadi habit atau
cubaan kepada sicilik. Contohnya kartun Superman atau Spiderman yang memaparkan
khayalan yang mustahil berlaku, dan jika diterjemahkan oleh sicilik dalam dunia
realiti ini dikhuatiri mendatangkan kesan buruk.
Unsur
Yang Merosakkan Nilai-Nilai Keagamaan.
Rancangan di
televesyen mempunyai kesan-kesan negatif yang telah diterangkan diatas, ada
juga kesan yang paling buruk yang akan merundung dan menyelubungi anak kita
secara tidak langsung. Kesan itu adalah pengaruh terhadap nilai-nilai keagamaan
terutama kepada yang kanak-kanak yang mula mengorak langkah mengenal agama.
Contoh yang paling ketara adalah masa rancangan disiarkan di televesyen, kita
sedia maklum untuk menarik kanak-kanak waktu yang paling sesuai adalah dari jam
7 hingga ke 8 malam. Di dalam waktu ini bagi yang menganut agama Islam terdapat
waktu Maghrib yang mana umat Islam akan mengerjakan solat Maghrib. Waktu
kanak-kanak adalah waktu yang paling sesuai untuk mentarbiah sicilik untuk
belajar solat. Jika waktu ini disia-siakan maka tiang agama mudah dirobohkan.
Selain waktu yang tidak sesuai, rancangan-rancangan berbentuk merosakkan akhlak
juga banyak dipertontonkan seperti pakaian, atau watak-watak yang tidak senonoh
dipertontonkan.
BAGAIMANA
CARA MENGATASI DAN MEMBANTU PERKEMBANGAN ANAK ANDA
Kesan
televisyen terhadap perkembangan sicilik telah diterangkan di atas secara
ringkas agar pembaca dapat mengetahui bahawa kesan negatif adalah lebih banyak
kesan positif apabila anak anda menonton rancangan di televesyen. Bukan semua
rancangan di televesyen mempunyai kesan buruk dan negative tetapi pemantauan
ibu bapa adalah perlu agar sicilik hanya melihat rancangan yang berunsurkan
ilmu pengetahuan yang mempunyai positif.
Peranan
Ibu Bapa
Ibu bapa
mestilah meluangkan waktu bersama kanak-kanak dalam setiap aktiviti mereka.
Belaian ibu bapa terhadap sicilik merupakan tanda kasih sayang yang amat
diperlukan mereka. Jika menonton rancangan televesyen sewajibnya ibu bapa menemani
sicilik agar rancangan televesyen yang dipertontonkan dipantau dengan rapi agar
tidak terdedah kepada unsur-unsur negatif.
Rancangan
Berunsur Dokumentari
Bukan semua
rancangan di televesyen itu negatif, terdapat juga rancangan yang menjana otak
mereka supaya menjadi matang. Antaranya rancangan berbentuk dokumentari yang
mana rancangan tentang unsur-unsur alam semulajadi. Kehidupan haiwan dan
tumbuhan yang ditayangkan memberi kesedaran kepada mereka bahawa Alam ciptaan
Tuhan amat luas dan tiada penghujungnya. Apabila sicilik melihat rancangan
dokumentari ini dengan ditemani ibu bapa dan keluarga secara tidak langsung
keterikatan hubungan makin erat dan rapat.
Pastikan
Televesyen Jarang Terpasang
Televesyen
yang dipertontonkan kepada anak anda haruslah jarang dipasang agar televesyen
tidak menjadi keperluan mereka. Jika perkara sebegini berlaku dan televesyen
menjadi kehidupan mereka, hubungan ibu bapa dengan anak-anak akan mula renggang
akibat ada orang ketiga. Dalam tempoh 12 tahun pertama kehidupan kanak-kanak ia
haruslah rapat dengan budaya membaca. Budaya membaca ini akan menjadikan anak
anda lebih matang dan berwawasan jauh.
KESIMPULAN
Selaku orang
dewasa yang diamanahkan untuk mendidik kanak-kanak, perlulah kita mentarbiah
mereka agar mereka menjadi generasi yang terbaik. Setelah diterangkan secara
ringkas berkenaan dengan kesan dan pengaruh televisyen terhadap kanak-kanak,
dapatlah kita fahami bahawa televisyen bukanlah cara menyelesaikan masalah yang
terbaik. Selaku orang yang berfikiran matang haruslah kita mengambil beberapa
langkah untuk membendung gejala yang kurang bermanfaat ini. Antaranya
televisyen perlulah berada di tempat yang kurang strategic agar kanak-kanak
susah untuk menontonnya. Selain itu pastikan televisyen sentiasa tertutup kecuali
rancangan yang member manfaat kepada anak anda, kemudian pertimbangkanlah
keperluan televisyen dalam hidup keluarga anda. Jelaslah bahawa bukan mudah
untuk membentuk genarasi kanak-kanak yang bijak pada hari ini dan gemilang pada
masa depan.
(ZULZAIDI
BIN MAHMOD)
JABATAN
SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
AKADEMI
PENGAJUAN ISLAM
UNIVERSITI
MALAYA
860904-56-6593
Email: matnyum@yahoo.com
HP : 012-5002954/016-2201456
Kesan IT terhadap psikologi kanak-kanak
http://nuuriman.blogspot.com/2009/05/kesan-it-terhadap-psikologi-kanak-kanak.html
Pada hari ini kita melihat perkembangan teknologi di era ini terlalu pesat.
Hal ini sedikit sebanyak turut melibatkan individu kecil iaitu kanak-kanak.
Perkembangan teknologi yang boleh penulis istilahkan disini adalah meliputi
teknologi seperti penggunaan internet, komputer, televisyen, telefon bimbit dan
sebagainya. Boleh dikatakan sekarang ini ramai kanak-kanak sudah diajar untuk
menggunakan internet. Malah penulis turut mengandaikan dalam setiap rumah
internet bukan lagi suatu benda yang asing lagi.
Telefon bimbit juga pada hari ini bukan lagi seperti zaman awal-awal
kemunculannya dimana sesiapa yang memilikinya dikira sebagai golongan yang kaya
dan ternama. Namun pada hari ini kita boleh melihat di sekelilingi kita semua
golongan mampu untuk menggunakan kemudahan demikian. Malah, penulis juga tidak
terkejut jika dikhabarkan bahawa kanak-kanak yang berumur tiga, empat tahun
tahu dan turut memiliki telefon bimbit sendiri. Hal demikian disebabkan faktor
pengaruh dan faktor setiap orang berkuasa untuk memilikinya dan menggunakannya.
Namun penggunaan teknologi yang meluas terhadap kanak-kanak ini turut
mendatangkan banyak implikasinya antaranya baik dan buruk. Implikasi yang wujud
ini boleh menimbulkan banyak kesan-kesan lain yang akhirnya boleh memberi
keuntungan bagi yang menggunakan dengan cara yang betul. Manakala bagi yang
salah penggunaanya maka mereka akan memperolehi bahaya terhadap fizikal dan
mental kanak-kanak. Di sini penulis membawakan dua implikasi yang timbul hasil
dari penggunaan IT. Antaranya kesan positif dan negatif.
KESAN POSITIF
Berita Harian Online memetik kata- kata seorang Prof daripada UM yang
membicarakan mengenai televisyen mampu pengaruhi minda yang mana Prof Chiam
telah menyatakan bahawa kanak-kanak dan remaja menonton televisyen kerana
mereka bosan memandangkan tidak ada pilihan lain yang menarik selain
televisyen. Kesibukkan Ibu bapa yang tidak mempunyai waktu untuk mereka malah
faktor bentuk hiburan lain yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi juga
mendorong kanak- kanak ini memilih untuk menonton televisyen. Bagaimanapun,
menurutnya lagi televisyen juga boleh menjadi satu alat berkesan dan
berpengaruh untuk membentuk seseorang individu menjadi warga yang baik,
mempunyai kesedaran sivik dan berperikemanusiaan. Tambahnya lagi sikap
menyalahkan televisyen yang menjadi faktor penyebab keruntuhan akhlak dan
sebagainya adalah tidak adil kerana televisyen hanya sekadar mengambil alih
tugas ibu bapa yang sibuk untuk mendidik dan membimbing anak mereka dan
kegagalan ibu bapa memainkan fungsi itu adalah faktor utama ke arah keruntuhan
moral.
Chiam juga turut menegaskan bahawa televisyen bagaimanapun bukanlah faktor
tunggal ke arah keruntuhan moral kerana persekitaran dan keadaan turut
menyumbang kepada gejala negatif. Dalam kenyataannya juga beliau berpendapat
satu cara untuk menangani masalah keruntuhan moral ialah setiap individu dan
sektor perlu memainkan fungsi masing-masing dalam memikul tanggungjawab sosial.
Sementara itu, bekas Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Jaafar Kamin juga
tidak bersetuju bahawa rancangan televisyen membawa kesan yang negatif kerana
beliau merasakan rancangan RTM yang menyelitkan pelbagai kisah membawa fungsi
4M iaitu memberitahu, mendidik, membujuk dan menghibur selain mendapatkan
keuntungan bagi stesen komersil. Tambahnya lagi, hal ini bertepatan kerana RTM
memaparkan mesej berkaitan isu moral dalam rancangan itu selain menerusi
rancangan agama.
Antara isu moral dan agama yang dibincangkan ialah melalui siri seperti Kes
Juvana, Bicara Hati, Ehwal Islam dan Forum Perdana Islam yang menerapkan nilai
positif untuk dijadikan iktibar. Malah, rancangan Minda dan Global pula
membicarakan topik yang membuka minda rakyat sementara rancangan import seperti
Chicago Hope, ER dan Oprah Winfrey, walaupun tidak melambangkan budaya kita,
turut mengandungi mesej positif sejagat.
Dalam artikel televisyen mampu pengaruhi minda juga menyelitkan kenyataan
seorang Profesor dari Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia
(USM) iaitu Prof Ramli Mohamed yang berpendapat televisyen sememangnya mampu
mengolah cita rasa penonton, tetapi bukan semua penonton boleh terpengaruh.
Malah melalui menonton ini juga dapat menguji tahap kawalan seseorang terhadap
emosinya sama ada ia mampu atau tidak. Hal ini disebabkan mereka bukan saja
memiliki pemikiran tersendiri malah mekanisme untuk mempertahankan diri
daripada dipengaruhi media. Beliau menyifatkan penonton juga lebih matang
daripada segi pendedahan dan tanggapan menyebabkan mereka dapat membezakan yang
mana berkualiti dan sebaliknya.
Selain itu, IT juga mempercepatkan seseorang pelajar untuk menguasai
sesuatu pembelajaran. Ghazali Othman mengemukakan mengenai kajian yang telah
dijalankan oleh Wan Roslina, Fazilawati dan Ismail bagi melaporkan mengenai
kajian perbandingan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P & P) dengan
berbantuan komputer (PBK) dengan P & P secara tradisional untuk salah satu
topik Kimia Tingkatan 4, iaitu konsep Mol. Kajian ini telah dijalankan ke atas
26 orang pelajar yang mendapat markah yang rendah dalam ujian konsep Mol. Dua
kumpulan telah dibentuk dan setiap kumpulan hanya didedahkan dengan satu teknik
P & P. Data-data yang diperloehi telah dianalisis dengan menggunakan ujian-t
sampel bebas. Keputusan yang diperoleh menunjukkan terdapat perbezaan skor min
yang signifikan antara kedua-dua kumpulan yang dikaji dimana pembelajaran
melalui P & P dengan berbantuan komputer.
KESAN NEGATIF
IT merupakan satu teknologi yang canggih yang telah dicipta pada hari ini,
malah tidak dapat disangkal lagi bahawa setiap isi rumah hari ini sudah terbuka
dan maju dengan mempunyai barangan- barangan seperti televisyen, komputer
persendirian, internet malah mampu juga memiliki telefon bimbit sendiri. Di
bawah penulis akan membawakan implikasi negatif tentang bahayanya IT ini
terutamanya terhadap emosi kanak-kanak jika IT ini disalah guna. Melalui kajian
yang telah dilakukan oleh Pegawai di Persatuan Pengguna Pulau Pinang dalam buku
keluaran CAP iaitu kesan televisyen terhadap perkembangan anak-anak anda
menyatakan bahawa menonton televisyen boleh menjadikan kanak-kanak kurang
cerdik kerana televisyen mampu membunuh IQ, membekukan otak, menyekat
kreativiti, menghalang dari berfikir secara mendalam, mencuri masa, menganggu
tidur, merampas waktu bermain dan banyak keburukan lagi. Malah dalam beberapa
kajian yang lain mendapati menonton lebih berbahaya dan berpotensi merosakkan
otak kanak-kanak yang sedang membesar.
Siti Fatimah membawakan mengenai iklan jenama minuman antarabangsa yang
mengetengahkan tiga diva terkenal dengan berpakaian dan aksi yang menjolok mata
yang telah dihentikan disebabkan Iklan tersebut dan iklan-iklan lain
seumpamanya adalah sebahagian daripada kesan media global terhadap masyarakat.
Tanggapan syarikat yang mengiklankan barangan tersebut bahawa iklan yang
menonjolkan budaya tertentu sesuai untuk ditonton oleh seluruh dunia. Hal ini
amat tidak brtepatan dengan budaya timur yang nyata sekali amat bertentangan
sama sekali.
Dalam buku yang dikeluarkan oleh CAP juga mengemukakan mengenai satu kajian
di sebuah Universiti Chicago yang di laporkan dalam journal of Comparative
Neurology, tiga tahun pertama kehidupan kanak-kanak merupakan waktu penting
bagi perkembangan otak kerana ketika inilah pelbagai bahagian otak menjalani
proses "pendawaian". Pendawaian otak ini merujuk kepada perkembangan
hubungan antara pelbagai sinaps sel otak selepas lahir. Sinaps adalah talian
telefon yang membolehkan sel otak berkomunikasi. Trillion terbentuk sewaktu
usia dua tahun pertama dan dipercayai dihasilkan dengan berlebihan untuk
menjamin kadarnya bagi mencukupi dalam membentuk rangkaian saraf bagi
penglihatan, pertuturan, pemikiran, emosi dan kemampuan mental lain. Ketika
usia ini kanak-kanak tidak sesuai didedahkan dengan televisyen kerana mereka
masih mentah dalam aktiviti untuk mengawal emosi sendiri.
Noor Azam menyatakan Arab Saudi mengharamkan permainan video dan kad
Pokemon kerana ia dikatakan mempunyai unsur Yahudi iaitu bintang enam segi,
yang dapat kita kaitkan dengan lambang Israel. Apa yang diharamkan ialah
permainan Pokemon dan bukan rancangan animasinya. Rancangan televisyen dan
filem Pokemon itu hanya iklan - yang hendak dijual sebenarnya ialah barang
sampingan termasuk permainan video dan kad yang diharamkan oleh Arab Saudi itu.
Lama sebelum kebimbangan tentang Pokemon ini, masyarakat Islam pernah juga
`takut' kepada anak patung Barbie yang dikatakan memberi pandangan hidup
negatif kepada kanak-kanak. Lama selepas kanak-kanak ini dewasa, kajian psikologi
menunjukkan mereka masih mahu menjadi seperti Barbie dan mencari kekasih
seperti Ken. Pengaruh yang uat untuk menjadi seperti patung barbie, pokemon dan
sebagainya yng mereka minati akhirnya akan menjejaskan tumbesaran kanak- kanak
terbabit.
Selain mendatangkan kesan terhadap perkembangan otak televisyen juga boleh
menjejaskan dan melambatkan pertuturan. Sebagaimana kajian yang telah dilakukan
oleh Dr Sally Ward selama 10 tahun ke atas bayi dan kanak-kanak. Beliau
menyatakan televisyen menjadi faktor yang penting dalam melambatkan
perkembangan pertuturan dalam seseorang daripada lima orang yang didapati
mengalami masalah ini. Kajian itu mendapati bunyi bising dari televisyen boleh
mempengaruhi emosi kanak-kanak dengan menghalang kanak-kanak daripada belajar
bertutur seawal yang sepatutnya. Malah, mereka lebih gemar mendengar rancangan
televisen itu besuara daripada diri sendiri.
Dalam buku keluaran CAP juga turut menjelaskan lagi bahawa salah satu elemen
berfikir yang penting ialah mengekstrapolasi apa yang diketahui dan cuba
memikirkan bagaimana untuk menyesuaikannya dalam situasi baru. Hal demikian
hanyalah diperlukan di sekolah tetapi bukan untuk televisyen. Kanak-kanak yang
aktif akan menjadi tidak aktif ketika menonton televisyen kerana itulah yang
dilakukan oleh medium tersebut. Ketika menonton kanak-kanak tidak dibenarkan
berfikir. Hal demikian akan mendorong kanak-kanak untuk tidak mahu berfikir dan
tidak mahu belajar akhirnya mereka akan gagal dalam hidup.
Kate Moody turut menjelaskan bahawa televisyen merupakan penghalang di
dalam bukunya Growing Up On Television. Beliau menyatakan bahawa gambar yang
tertera di kaca televisyen bertukar lima atau enam saat, sama ada dengan
mengubah sudut kamera atau memaparkan babak baru. Keadaan demikian menurut
beberapa penyelidik merupakan satu kejutan perminit dan apabila masa semakin
singkat otak boleh berubah sehingga menjejaskan pendapat yang berterusan.
Selain kesan-kesan negatif yang disebutkan televisyen turut menjadikan
kanak-kanak kurang kreatif, gagal memberi tumpuan dan tidur terganggu, . Hal
demikian disebabkan televisyen memperuntukkan terlalu sedikit ruang untuk
kanak-kanak berfikir sekaligus membantutkan daya pemikiran kanak-kanak. Malah,
kanak-kanak yang gemar menonton televisyen menghadapi sedikit masalah dalam
pembelajaran dan menghadapi kesukaran untuk mendengar dan memberi tumpuan dalam
tempoh yang lama berbanding rakan mereka yang tidak menonton televisyen.Tempoh
kurang tumpuan itu disebabkan rentak program televisyen yang menetapkan seseorang
kanak-kanak akan melihat satu imej selama tiga saat, satu imej lagi selama
tujuh saat manakala satu imej lagi selama lima saat dan begitulah seterusnya.
Pertukaran imej yang berlaku ini akan merangsang kanak-kanak menjadi
seperti yang demikian. Emosi kanak-kanak yang terganggu juga turut akan
mengganggu tidur kanak-kanak. Sebagaimana kajian yang telah dilakukan di klinik
Pediatrik mendapati kanak-kanak yang suka menonton televisyen lebih cenderung
enggan masuk tidur, sukar untuk melelapkan mata ataupun mereka lebih kerap
terjaga. Kurang tidur kanak-kanak boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap
pemikiran dan emosi kanak-kanak seperti sukar untuk memberi tumpuan dan fikiran
sentiasa serabut. Malah, mereka juga terdedah untuk ponteng dan tidak bersemangat
untuk belajar.
Rentak televisyen yang berbentuk kegila-gilaan di samping dengan bunyi dan
imej yang saling bertukar boleh menjejaskan sistem saraf sesetengah kanak-kanak
sehingga menyebabkan Gangguan Hiperaktiviti Kurang Tumpuan (ADHD) yang sebelum
ini dikenali sebagai Gangguan Kurang Tumpuan(ADD) yang diperhatikan melalui
kurang memberi tumpuan yang berterusan, hiperaktiviti dan tingkahlaku yang
impulsive atau gabungan tiga perlakuan ini. Terdapat kajian yang mencukupi
untuk menyarankan tindakan melarang kanak-kanak di bawah usia lima tahun
daripada menonton terlalu banyak rancangan televisyen boleh mengurangkan
peluangnya mengembangkan ADD.
Menurut Healy dalam buku keluaran CAP kanak-kanak yang terlalu banyak
menonton televisyen boleh menurunkan prestasi akademik terutamanya dalam
keupayaan membaca. Membaca memerlukan kedalaman atau pemerosesan tetapi
'fikiran dua minit' kanak-kanak daripada menonton terlalu banyak televisyen
dengan mudah menjadikannya kurang sabar dengan kegiatan yang memerlukan pembacaan.
Menonton televisyen adalah komunikasi sehala di mana kanak-kanak akan menjadi
pasif dan tidak dibenarkan berfikir dan boleh membekukan otak.
Sebagaimana yang dikatakan juga oleh Dr Jerre Levy, Bio-Psikologis di
Universiti Chicago dan pakar dalam perkembangan Hemisfera otak menyatakan
apabila kanak-kanak menonton televisyen, mereka tidak akan memperuntukkan masa
membaca. Apabila seseorang kanak-kanak membaca novel, dia harus mewujudkan
sendiri seluruh scenario, dia harus mewujudkan imej mengenai siapakah orang
tersebut, bagaimana emosinya dan apakah nada suaranya, bagaimanakah kelihatan
persekitannya, apakah perasaan mereka mengenai persekitaran tersebut. Senario
yang dicipta sendiri adalah penting dan televisyen tidak akan meninggalkan
ruang untuk proses kreatif berlaku. Otak di reka bagi memenuhi cabaran-cabaran
kognitif. Di mana tidak seperti otot: jika anda tidak membuat latihan otot akan
lemah. Jika tidak melatih otak anda, otak juga akan lemah."
Kesan lain yang turut timbul akibat daripada kerap menonton televiyen
adalah melemahkan kemahiran berbahasa. Menurut Healy, ciri visual televisyen
menyekat perkembangan bahagian sebelah kiri otak yang penting untuk kemahiran
pembelajaran bahasa. Dalam satu persidangan terapis percakapan di London
mendedahkan bahawa televisyen membataskan dan menghadkan keupayaan kanak-kanak
bertutur dan memahami Bahasa Inggeris. Kemahiran bahasa boleh dirangsang dengan
baik melalui pembacaan dan penyertaan dua hala yang aktif dalam perbualan dan
aktiviti bermain bukannya dengan menonton televisyen. Hal ini, telah
dipersetujui oleh seorang pakar terapi dengan menyatakan "seorang daripada
lima kanak-kanak di bawah umur lima tahun menderita masalah bahasa kerana
kebanyakkan ibu bapa menggunakan televisyen sebagai pengasuh kanak-kanak."
Selain itu, kanak-kanak yang kerap menonton televisyen seperti yang
dilaporkan oleh Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat pada tahun 1994 menyatakan
bahawa kanak-kanak ini tidak cekap dalam menghitung dalam matematik. Kajian
lain mendapati pelajar gred 6 dan 12 di California yang banyak menonton
televisyen mendapat markah yang rendah dalam ujian pencapaian matematik (serta
membaca dan menulis) berbanding dengan pelajar yang kurang menonton atau tidak
mempunyai televisyen. Kesan negatif lain melalui menonton televisyen ini juga
boleh melemahkan daya berfikir kerana menonton televisyen secara berlebihan
juga boleh membawa kepada banyak masalah lain seperti fizikal, psikologi dan
sosial.
Sebagaimana kenyatan yang di buat oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang
terdapat beberapa bantahan mengenai televisyen. Antaranya pendorong
hiperaktiviti kerana terdapat bukti-bukti yang semakin ketara bahawa
pergerakkan pantas imej dan bunyi dari televisyen merupakan punca utama
berlakunya hiperaktiviti. Tenaga fizikal yang diwujudkan oleh imej tetapi tidak
digunakan, disimpan dalam badan kanak-kanak. Oleh itu apabila televisyen
ditutup tenaga yang tersimpan itu akan muncul melalui aktiviti yang terlampau
aktif. Sebagaimana yang telah dikemukakan oleh Jerry Mander dalam bukunya Four
Arguments for Elimination of Television "saya melihat berulang kali ia
berlaku ke atas kanak-kanak. Mereka duduk diam semasa menonton. Kemudian mereka
bertukar menjadi terlampau aktif, cepat marah atau meragam dan kelihatan
kecewa".
Malah kanak- kanak ini lebih pasif apabila berbaring di atas katil kerana
purata metabolisme badan adalah 14.5% lebih rendah apabila menonton televisyen
daripada berbaring di atas tempat tidur sepertimana kajian yang telah
dikeluarkan oleh Universiti Negeri Memphis. Dr George Gerbner Dekan Sekolah
Komunikasi Annenburg di Amerika menyatakan "Hidup dengan televisyen
bermakna membesar dalam dunia kira-kira 22,000 iklan komersial setahun, di mana
5,000 daripadanya untuk produk makanan, lebih separuh daripadanya adalah untuk
gula-gula dan snek berkhasiat rendah".
Televisyen juga boleh mewujudkan hubungan yang buruk diantara kanak-kanak
dan anggota keluarga terutamanya ibu bapa. Kanak-kanak yang menghabiskan banyak
masa di depan televisyen menyebabkan mereka kekurangan untuk bersama keluarga
serta berinteraksi sesama mereka. Malah mereka juga tidak pandai bergaul dalam
masyarakat disebabkan mereka tidak bergaul dengan rakan sebaya yang lain.
Kajian yang dimuatkan juga dalam buku CAP ini juga mendapati kanak-kanak yang
kurang menonton televisyen lebih cenderung untuk aktif dan minat serta terlibat
dalam banyak kegiatan lain seperti bersukan dan berkawan dengan kanak-kanak
yang lain. Kajian juga mendapati kanak-kanak yang kerap menghabiskan masa di
depan televisyen menjadi kurang sabar, kurang selesa dan kurang berupaya
menghargai konsep kepuasan yang lambat dinikmati.
Mengikut satu hipotesis, jika seorang kanak-kanak yang belum bersekolah
menonton televisyen tiga jam sehari apabila menjangkau usia 18 tahun ia akan
menghabiskan banyak masa untuk menonton televisyen berbanding masa yang
dihabiskan di sekolah. Malah kanak-kanak akan lebih mementingkan televisyen
daripada anggota keluarga, kawan-kawan dan sebagainya. Pengaruh emosi yang kuat
mendorongnya untuk menonton televisyen lebih daripada aktiviti lain.
Selain kesan- kesan yang dijelaskan di atas penulis juga akan membawakan kesan negatif yang lain yang turut lahir daripada sikap yang demikian terutamanya terhadap kesihatan mental, hubungan sesama insan, dari sudut perubahan sosial dan lain- lain. Chiam menyatakan sikap-sikap negatif seperti salah laku, rogol, buli, serangan, pelacuran remaja dan peras ugut adalah antara sikap yang dipelajari daripada televisyen. Malah beliau menambah lagi bahawa siri-siri seperti detektif, peguam dan orang tahanan yang lari dari penjara, meninggalkan kesan ke atas remaja dan kanak-kanak, khususnya kepada mereka yang mengalami masalah psikologi. Menurutnya lagi, kini didapati ramai penduduk negara ini khususnya di Lembah Klang yang memiliki lebih daripada dua peti televisyen di rumah mereka dan ini membolehkan kanak-kanak menonton televisyen tanpa dikawal ibu bapa.
Menurut David Sohn yang merupakan Pengerusi Language Arts di M.L. King Jr.
Laboratory School, Evanston, Illinois, USA dalam buku keluaran CAP menyatakan
kanak-kanak yang menonton televisyen antara lima hingga enam jam sehari,
didapati mereka berada dalam kumpulan jadi mereka akan gagal untuk berinteraksi
sesama sendiri. Pengawalan emosi yang tidak yakin akan menyebabkan mereka lebih
cenderung untuk berdiam diri sekaligus mengasingkan diri dari dunia luar.
Mereka juga merasa takut antara satu sama lain serta menunjukkan kegelisahan
dan tidak selesa bersama kawan-kawan.Kanak-kanak ini lebih gemar untuk melihat
tetapi mereka tidak mahu jadi teman berbual, mereka mahu melihat tetapi tetapi
tidak mahu bercakap dan mereka mahu melihat tetapi tidak mahu diajukan pelbagai
soalan atau memilih untuk melakukan sesuatu. Oleh itu, mereka akan membesar
menjadi seorang yang kelu untuk berkata-kata.
The Power of Television: A Critical Appraisal yang disampaikan oleh Conrad
Lodziak menyatakan televisyen boleh dikatakan mempunyai “kesan mengasingkan
penonton secara fizikal”. Mengasingkan diri daripada kelompok masyarakat yang
mencerminkan “penswastaan hubungan sosial” dan pemisahannya menjadi penghalang
besar dalam melahirkan perubahan sosial yang progresif. Sepertimana Elliot
menjelaskan bahawa “proses penswastaan ini mengenepikan hak masyarakat yang
mungkin ingin memberi jawapan balas kerana ia tidak berpeluang kepada mereka
untuk bersatu ketika itu, keperluan umum mungkin dikenal pasti dan segala
tuntutan boleh disuarakan.
Harry Skornia dalam bukunya Television and society yang dipetik oleh CAP menyatakan televisyen membawa kedudukan yang besar dalam kedudukan orang yang suka bermalas-malas. Mereka yang gemar membuang masa di depan televisyen mungkin dikagumi kerana ia lebih arif tentang orang yang terkenal dan produk di pasaran berbanding orang lain. Mereka menjadi “penonton contoh”. Adakah televisyen membentuk sebahagian besar golongan yang suka bermalas-malas padahal usaha-usaha produktif mereka boleh disalurkan kepada perkara yang lebih bermanfaat.
Tindakan ganas yang dipaparkan di kaca televisyen sering mendapat pujian
dan kadangkala tidak dihukum. Adegan sebegini lebih mendorong kepada perbuatan
menyokong adegan ganas. Kanak-kanak lebih cenderung meniru dan memandang tinggi
watak-watak yang menggunakan keganasan sebagai suatu yang menarik. Tindakan
ganas di televisyen sering dianggap suatu perkara yang wajar dilakukan.
Kanak-kanak kecil lebih cenderung mecederakan rakan sebaya dan bukan
menolongnya selepas menonoton siri kartun yang memaparkan adegan ganas yang
wajar. Penonton yang melihat persamaan antara diri mereka dengan tindakan dan
perasaan mereka dan tindakan ganas, tema atau suatu watak dalam filem, lebih
cenderung mencontohi keganasan yang sama dalam kehidupan sebenar. Ini
terutamanya benar di kalangan kanak-kanak. Pendedahan yang berlebihan kepada
keganasan media boleh menghasilkan penumpulan psikologi maklum balas emosi yang
normal kepada persekitaran yang ganas. Ia juga boleh menyebabkan kurang respons
kepada keganasan dalam kehidupan sebenar.
Keadaan boleh menjadi kacau bilau sepertimana filem Robocop (1987) telah
meragut seramai 32 orang manakala filem sambungannya itu pada tahun 1990 telah
meragut seramai 82 orang. Dalam filem seram Silence Of The Limbs pengarah
Johnthan Demme mencampuradukkan yang lama dengan yang baru memaparkan plot yang
menakutkan dan memfilemkannya mengikut kebijaksanaan dan citarasa ala
Hitchcock. Hakikatnya cerita seram ini memang terganggu dengan memaparkan
adegan ganas sama ada di televisyen, pawagam mahupun melalui pembacaan.
Dalam semua budaya pop (seperti dalam kebanyakkan masyarakat) wanita
menjadi mangsa pilihan. Sepertimana dialog Arnold Schwarzenegger kepada
isterinya sebelum ia menghapuskan isterinya dalam filem Total Recall. Penonton
gemarkan adegan seperti itu yang mana si isteri mendapat apa yang sepatutnya.
Sama seperti watak Laura Palmer ratu dalam Twin Peaks yang sebenarnya memang
ditonjolkan sebagai seorang wanita yang berkelakuan tidak senonoh, mendapat apa
yang sepatutnya. Pelbagai bentuk pemusuhan terhadap kaum wanita dipaparkan
dalam budaya popular masa kini.
Dalam Berita Harian Online juga menyatakan bahawa BEVERLY Hills 90212, Power
Rangers dan Ultraman merupakan siri televisyen yang sedikit sebanyak
mempengaruhi minda remaja dan kanak-kanak negara ini. Ramai berpendapat cerita
itu berunsur ganas, bengis dan mempamerkan gaya hidup yang kurang elok. Ini belum
lagi mengambil kira filem yang sering ditayangkan di televisyen mengenai
perilaku negatif manusia seperti penyalahgunaan dadah, merompak, membunuh,
rogol, buang anak, masalah juvana dan sebagainya. Namun, persoalannya kini,
adakah apa yang dipaparkan mempengaruhi penonton secara negatif dan menjurus ke
arah keruntuhan moral?.
Siri-siri kartun dan cerita-cerita banyak memaparkan adegan-adegan ganas seperti pembunuhan dan aksi lasak yang lain. Cerita kartun sebagai contonhnya membawa adegan yang kelakar pada dasarnya namun jika di amati dengan mendalam setiap gerak geri yang di tayangkan mungkin akan menjadi ikutan kepada kanak-kanak tersebut. Cerita di mana waktu seseorang itu di bunuh dan akhirnya akan kembali hidup mendorong kanak-kanak untuk mencuba. Hal demikian mungkin sedikit sebanyak mendorong emosinya supaya mencuba. Antara cerita-cerita yang banyak mendorong kanak-kanak untuk mencuba adalah seperti dalam filem Die Hard 2 (1990) berjaya memaparkan “kehebatan” mereka iaitu daripada sejumlah 18 yang terkorban dalam filem asal kepada 264 mangsa (ini termasuk nahas kapal terbang yang mengorbankan 200 nyawa sekaligus).
Dalam artikel Jalan Hadapi Dilema Teknologi menyatakan kemajuan teknologi yang dicapai manusia zaman ini memang sangat mengagumkan. Tetapi sekali gus juga membingungkan. Malah membimbangkan. Pada peringkat dunia sejagat kita bimbang (dan gerun!) dengan kemajuan yang dicapai manusia di bidang teknologi senjata. Dan pada peringkat yang lebih mikro di samping merasa sangat selesa dengan kemajuan teknologi komunikasi kita juga merasa sangat resah dengan kesan-kesan sampingannya yang mengancam nilai-nilai kemanusiaan. Komputer peribadi, terutama yang mempunyai kemudahan internet, umpamanya, adalah antara alat teknologi komunikasi yang selama ini sering disebut-sebut sebagai sangat berguna untuk pelbagai keperluan seperti untuk menerima, mengirim dan merakamkan maklumat. Tetapi dalam pada itu kita juga merasa resah kerana alat tersebut juga telah menjadi satu saluran bahan-bahan lucah dan juga telah disalahgunakan untuk tujuan-tujuan maksiat dan kemudahan perjudian.
Dan lebih merunsingkan ialah bahan-bahan lucah itu ada kalanya terpancar di
layar komputer secara automatik sebaik sahaja kita membuka komputer. Ertinya
bahan-bahan itu ``dipaksakan'' kepada kita walaupun kita tidak bermaksud untuk
melihatnya terpancar di layar komputer. Didorong oleh projek koridor raya
multimedia Negara, sekolah-sekolah di seluruh negara mula membeli komputer dan
menghubungkannya kepada internet dalam usaha memburu teknologi. Di beberapa
buah taman didikan kanak-kanak prasekolah turut diberi peluang menggunakan
komputer untuk mempelajari asas-asas pendidikan sekolah. Bahkan beberapa buah
pasar raya menjual komputer kanak-kanak yang mengajar matematik dan bahasa. Dan
sekarang setiap rumah di seluruh negara digalakkan memasang sebuah komputer.
Komputer adalah alat pemikiran yang tercanggih yang direka. Dengan menggunakan
komputer, kanak-kanak tidak perlu berfikir. Apa yang mereka perlu lakukan
adalah belajar untuk melayari perisian dengan bertindak balas kepada skrin
dalam beberapa cara.
Menurut pakar-pakar pendidikan, banyak perisian pendidikan untuk kanak-kanak adalah dengan cara menghafal. Hal demikian memudahkan kanak-kanak untuk mengambil jalan pintas untuk berjaya. Malah, mereka akan beranggapan untuk berjaya mereka hanya pelu untuk menghafal tanpa berusaha. Sesetengah perisian menghalang kanak-kanak daripada berfikir jauh melebihi pilihan yang boleh diberi, hingga akhinya melemahkan daya imaginasi dan perasaan ingin menguasai. Kreativiti dan imaginasi adalah faktor-faktor penting dalam mengembangkan daya intelektual dan menyelesaikan masalah rumit dalam setiap bidang akademik.
Menurut pakar-pakar pendidikan, banyak perisian pendidikan untuk kanak-kanak adalah dengan cara menghafal. Hal demikian memudahkan kanak-kanak untuk mengambil jalan pintas untuk berjaya. Malah, mereka akan beranggapan untuk berjaya mereka hanya pelu untuk menghafal tanpa berusaha. Sesetengah perisian menghalang kanak-kanak daripada berfikir jauh melebihi pilihan yang boleh diberi, hingga akhinya melemahkan daya imaginasi dan perasaan ingin menguasai. Kreativiti dan imaginasi adalah faktor-faktor penting dalam mengembangkan daya intelektual dan menyelesaikan masalah rumit dalam setiap bidang akademik.
Kepantasan dan kemudahan menggunakan komputer menjadikan semakin ramai
kanak-kanak semakin kurang tolerans terhadap kekecewaan (atau kurang sabar).
Mereka akan menjadi kanak-kanak yang tidak boleh mengawal kekecewaan walaupun
hanya menghadapi sedikit kegagalan. Malah mereka lebih suka meluahkan kemarahan
secara agresif di samping suka mendesak, tidak sabar, tidak mengendahkan
peraturan bahkan penuh kebencian terhadap rakan sebaya, tidak tegas dan mudah
‘terluka’. Kekecewaan adalah luahan perasaan yang datang daripada sikap agresif
semula jadi dalam diri kita. Kegagalan untuk bertoleransi terhadapnya menyebabkan
kita mempamerkan sikap agresif. Kanak-kanak yang dibesarkan untuk menikmati
kepuasan segera akan menjadi berang apabila mereka terpaksa menunggu giliran,
dipinggirkan atau tidak memperolehi apa yang dingini.
Di sebalik kemampuan komputer membentuk komuniti maya, secara fizikal
komputer bersikap anti-sosial. Komputer mengajar kanak-kanak tidak ada salahnya
mereka menyendiri, dan bukan salahnya mencari kawan untuk berbual atau bermain
bersama. Pengguna komputer akan menjadi seorang yang berat mulut, kurang sedia
menghadapi risiko yang membina kecekapan dan kreativiti.
Selain itu, dalam laman web Wikipedia pula menyatakan kemunculan Internet
sebagai alat komunikasi
terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu
dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat
di dunia siber, berjuta-juta laman web telah
dihidupkan. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea,
ideologi, propaganda dan tidak
kurang juga pornografi
disebarkan melalui Internet. Pada masa
yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan
rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan
bersuara, berfikir dan berpendapat penduduk mereka.
Selain televisyen, komputer dan internet, telefon bimbit juga merupakan
satu teknologi yang semakin popular di kalangan kanak-kanak. Penggunaan telefon
bimbit sebenarnya mampu menjejaskan kesihatan kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa
harus berfikir dua kali sebelum memenuhi permintaan anak mereka untuk memiliki
telefon bimbit kerana alat itu berpotensi menjejaskan kesihatan pada jangka
masa panjang walaupun tiada pengesahan jitu mengenainya. Dalam artikel Telefon
bimbit mampu jejas kesihatan kanak-kanak mengemukakan pendapat seorang Profesor
biokejuruteraan, Universiti Washington, Henry Lai, menyatakan bahawa penyelidik
telah membuat spekulasi sejak lebih 10 tahun bahawa pancaran radiasi
elektromagnetik telefon bimbit mungkin menyebabkan kerosakan DNA selain tumor
otak tidak berbahaya.
Pengerusi Badan Perlindungan Radiologi Kebangsaan Britain, Januari lalu menasihati
ibu bapa tidak memberi telefon bimbit kepada kanak-kanak berusia lapan tahun
atau ke bawah sebagai langkah berjaga-jaga terhadap potensi ancaman radiasi
alat telekomunikasi berkenaan. Lai menambah lagi, apabila menggunakan telefon
bimbit, 70 peratus hingga 80 peratus tenaga yang dipancarkan daripada antena
diserap oleh kepala. Beberapa kajian menunjukkan potensi kesan serapan jangka
panjang radiasi pancaran telefon bimbit tetapi hanya segelintir saja kajian
seperti itu menjuruskan kesan penggunaannya terhadap kanak-kanak. Keadaan
begitu membimbangkan terhadap kesan kepada kanak-kanak sebab tengkorak orang
muda adalah nipis dan otak yang sedang berkembang mungkin mudah menerima
resapan radiasi.
Beliau berkata lagi, disebabkan tumor otak selalunya mengambil masa antara 30
tahun dan 40 tahun untuk berkembang, kanak-kanak yang menggunakan telefon
bimbit bermula daripada usia remaja lagi akan mempunyai masa yang panjang untuk
mendapat kesannya dan menggalakkan pengguna meletakkan antena jauh daripada kepala
apabila menggunakannya. Kebanyakan kajian mengenai perkara ini sudah dihentikan
di Amerika Syarikat kecuali beberapa kerja yang disokong oleh industri telefon
bimbit, termasuk kajian bebas di Eropah. Dalam artikel Jalan Hadapi Dilema
Teknologi menyatakan selain telefon bimbit selular analog dan perkhidmatan
komunikasi peribadi digital (PCS) terdapat model terbaru telefon mudah alih dan
dipercayai telah meningkatkan risiko penganiayaan terhadap kanak-kanak seperti
pelacuran dan rogol. Alat baru itu dipanggil 3G yang dianggap sebagai generasi
ketiga telefon bimbit yang jauh lebih maju daripada dua ``generasi''
sebelumnya.
Penggunaan teknologi bukanlah tidak boleh diguna pakai tetapi perlu diberi
pengawasan yang sepatutnya. Ibu bapa yang perlu memainkan langkah yang bijak
dalam mengawal kanak-kanak daripada mendapat kesan negatif seperti di atas.
Penulis berpendapat pengawalan terhadap televisyen, komputer serta teknologi
yang lain akan mengurangkan implikasi seperti itu berlaku. Langkah yang bijak
bagi kanak-kanak mengisi masa mereka adalah dengan beriadah di taman-taman
permainan ataupun dengan memberi peluang untuk bergaul dengan rakan-rakan yang
lain dan bukanlah dengan cara memerap di dalam rumah untuk menonton televisyen
ataupun bermain games dalam komputer.
LONDON: Ibu bapa perlu mengurangkan secara ketara
jumlah waktu anak mereka menonton televisyen atau melarang mereka sama sekali
jika berusia kurang daripada tiga tahun, kata pakar psikologi terkemuka,
semalam. Dr Aric Sigman berkata, mengehadkan jumlah waktu golongan muda berada
di depan televisyen memberi kesan positif kepada kesihatan, tumbesaran dan
kehidupan mereka. Katanya, menjelang usia tujuh tahun, seseorang budak yang
lahir pada zaman ini didapati menghabiskan masa bersamaan setahun di depan
televisyen. “Secara perbandingan, masa mereka menonton televisyen adalah lebih
lama daripada masa mereka mengikuti pembelajaran di sekolah,” katanya. Menurut
Sigman, meluangkan masa untuk permainan video, komputer, televisyen, telefon
pintar dan komputer riba dikaitkan dengan masalah obesiti serta meningkatkan
risiko penyakit kardiovaskular atau diabetes. Katanya, secara purata, setiap
seorang kanak-kanak terdedah kepada lima skrin berbeza bagi setiap rumah.
Sigman berkata, masa yang banyak diluangkan untuk televisyen turut menjejaskan
daya tumpuan serta pelbagai kesukaran psikologi. “Mengurangkan jumlah waktu
harian menonton bagi kanak-kanak dan melewatkan usia untuk mereka mengenali
televisyen boleh memberi kesan besar kepada kesihatan serta kehidupan,” katanya.
Sigman berkata, jumlah masa menonton turut memberi kesan negatif kepada tahap
perkembangan hubungan sosial kanak-kanak. Menurut Sigman, ramai ibu bapa
menggunakan ‘pelayan bayi elektronik’ - istilah merujuk kepada televisyen dan
alat permainan - untuk mengawal pergerakan anak masing-masing. Waktu diluangkan
untuk skrin mencipta keluarga yang mempunyai tiga ibu bapa,” katanya. - DM Metro
No comments:
Post a Comment