20 Mac 2013
Pelancong
wanita terjun hotel takut dirogol
NEW
DELHI - Seorang pelancong wanita Britain bertindak nekad melompat keluar dari
tingkap tingkat tiga bilik hotelnya kerana takut diperkosa pemilik hotel
tersebut. Wanita itu memberitahu polis, pemilik hotel itu cuba memecah masuk ke
biliknya selepas menawarkan untuk mengurutnya. Wanita itu memberitahu polis,
pemilik hotel itu terus mengetuk pintunya dan cuba untuk membukanya selepas dia
enggan menerima tawaran mengurut secara percuma daripada pemilik hotel
berkenaan. Seorang pegawai polis, Sushant Gaur berkata, mangsa cedera di kaki
selepas dia bertindak terjun dari hotel tersebut. ( Pegawai
polis di India tak boleh dipercayai dan senang aje nak merasuah mereka ne ..
Bagi jer 5 hinggit = 50 Rupees boleh settle semua = polis di India adalah sebenarnya adik beradik si
Papagomo yang senang dirasuah, cuma si Papagomo ne hendak bayaran lebih sket
dari adik beradik dia )
Susulan
kejadian itu, katanya, polis menahan pemilik hotel tersebut di Agra yang
menempatkan Taj Mahal, antara lokasi pelancongan popular di India.
Menurutnya,
setakat ini tiada dakwaan dikenakan terhadap pemilik hotel tersebut. ( Biasalah perkara ne sebab kalo ko pi India, kalau orang
tempatan buat salah si tempatan akan dianggap tak bersalah walaupun ko tak buat
salah dan tempatan tu memang yang sebenarnya buat salah!!! ).
Insiden
itu berlaku selepas seorang pelancong Switzerland dirogol bergilir-gilir pada
Jumaat lalu. Enam lelaki telah ditangkap berhubung serangan itu.
No comments:
Post a Comment