Minyak masak kitar
semula
Tahukah anda bahawa
Minyak Masak yang dijual dalam bungkusan plastik yang sudah siap dibungkus
merupakan minyak masak kitar semula.
Kebiasaannya, minyak masak tersebut dijual oleh pihak hotel kepada
pemborong. Pemborong pula menjual semula kepada pengilang untuk dibungkus
semula. Saya pernah bertanya kepada pekerja mcdonalds dan selepas melihat
sendiri tokey cina dengan van buruk ambil minyak terbuang dari sana kemudian
dicampur dengan minyak dari kedai-kedai lain yang diambil sekitar kawasan saya
pada pulul 2 pagi. Mesti apek tersebut ambil minyak dari restoran cina yang
bersepah dekat area sini. Perlu anda ketahui bahawa ada hotel yang menyediakan
masakan 'pork'. Di khuatiri sekiranya minyak masak tersebut telah dicampurkan
dengan minyak masak yang lain dan dibungkus semula untuk dijual pada harga
murah.
PETALING JAYA: Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser. Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali. Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
“Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang” katanya ketika dihubungi The Star. Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram. “Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.
Minyak masak yang dijual dalam bungkusan satu kilogram di pasaran mungkin telah dikitar semula.
“Ujian yang dijalankan ke atas 19 jenama minyak masak murah di seluruh negara mendapati minyak masak yang telah digunakan dan didedahkan pada haba panas berulang kali tidak selamat untuk kesihatan pengguna,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi. Menurutnya, beberapa pengilang dipercayai membeli minyak masak terpakai di restoran menerusi orang tengah dan memprosesnya semula untuk dijual.
“Sampel yang dihantar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk diuji mendapati semua 19 jenama tidak menepati piawaian antarabangsa.”Selain itu, Akta Makanan 1983 masih belum menyenaraikan piawaian untuk menguji bahan campuran yang terkandung dalam minyak masak.“Kesatuan Eropah menetapkan bahawa bahan campuran sepatutnya berada pada tahap 25 peratus manakala Australia dan Switzerland mengehadkan 27 peratus.”Semua 13 sampel yang diuji menunjukkan bahan campuran berada di antara 28.4 hingga 70.8 peratus.
Ujian jelas membuktikan bahawa minyak tersebut bukan minyak baru diproses, sebaliknya telah didedahkan kepada haba tinggi. Perubahan bahan terjadi apabila minyak digunakan berulang kali untuk memasak. “Saya percaya, minyak masak tersebut telah dikitar semula menjadi biodiesel untuk kegunaan enjin diesel,” ujar Ratna. Katanya lagi, minyak itu cukup popular dalam kalangan pengguna kerana harganya yang murah. “Berdasarkan tinjauan, kebanyakan restoran di Lembah Klang menggunakan minyak masak tersebut.” Ratna yang juga berpengalaman dalam sains makanan berkata, minyak masak kitar semula itu turut digunakan dalam pemakanan haiwan.
Kalau tuan guna minyak kelapa dara pun bagus juga…
Minyak masak kitar semula
dirampas KUALA
LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) Putrajaya merampas 38,000 kilogram minyak masak yang dikitar semula
sebelum dijual kepada pengguna kelmarin.Operasi yang melibatkan sembilan
anggota tersebut dilakukan pada pukul 5.30 petang di sebuah premis memproses
dan membungkus minyak masak yang berpangkalan di Kampung Pendamar, Pandamaran,
Klang. Menurut Ketua Operasinya, Md. Hashim Daud, rampasan itu dilakukan hasil
siasatan selama dua minggu terhadap premis terbabit dalam operasi yang
dinamakan 'Ops Goreng' bermula Januari lalu. "Pemeriksaan mendapati premis
terbabit mengitar semula minyak masak terpakai yang diperoleh daripada
restoran-restoran dan hotel berdekatan sebelum dicampurkan dengan minyak masak
sebenar bagi meraih keuntungan lumayan."Rampasan ini adalah antara
terbesar pernah dilakukan dan kelmarin sahaja kita menganggarkan hasil rampasan
bernilai RM200,000," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad
semalam.
p/s patut umumkan je jenama produk-produk minyak kitar semula nie.......
p/s patut umumkan je jenama produk-produk minyak kitar semula nie.......
peh..kalu restoren2 tu masak
babi goreng.. minyak2 tu cmpur sekali..customer pun terbeli minyak2 cmni..dunia
sekarang pompuan recycle pun ada tapi bukannya semua hehe. Ada tulis pulak
Kolesterol Free dan siap logo Halal. kebanyakan
kedai , restoren guna minyak kitar semula
bahaya makan kat luar , kalo minyak kitar semula yang di beli tue pernah masak babi :re: Pemeriksaan mendapati premis terbabit mengitar semula minyak masak terpakai yang diperoleh daripada restoran-restoran dan hotel berdekatan sebelum dicampurkan dengan minyak masak sebenar bagi meraih keuntungan lumayan. Minyak terpakai direcyle dan dibeli balik oleh restoran. Bayangkan dah berapa kali minyak tu direcycle. - Patutle semakin banyak orang dah dapat kanser dan tiada etiologi (punca penyebab) yang diketahui dek doctor pakar. Doktor pakar pun hampeh juga sebab tak kaji semua benda benda remeh macam minyak terpakai ne. Ironinya si doctor pakar pun banyak yang kena kanser dan mereka masih terlopong tenggelam punca tak tahu apa ke puncanya!
bahaya makan kat luar , kalo minyak kitar semula yang di beli tue pernah masak babi :re: Pemeriksaan mendapati premis terbabit mengitar semula minyak masak terpakai yang diperoleh daripada restoran-restoran dan hotel berdekatan sebelum dicampurkan dengan minyak masak sebenar bagi meraih keuntungan lumayan. Minyak terpakai direcyle dan dibeli balik oleh restoran. Bayangkan dah berapa kali minyak tu direcycle. - Patutle semakin banyak orang dah dapat kanser dan tiada etiologi (punca penyebab) yang diketahui dek doctor pakar. Doktor pakar pun hampeh juga sebab tak kaji semua benda benda remeh macam minyak terpakai ne. Ironinya si doctor pakar pun banyak yang kena kanser dan mereka masih terlopong tenggelam punca tak tahu apa ke puncanya!
sebab tu aku jarang makan kat
gerai2... maybe diaorg guna minyak masak recycle utk jimat cost.. Masak sendiri
jer lah uols... fikiran pun tenang.
Kalau takder masa, beli jer
fast food mcm McD ker... Mc D lagi le teruk banyak
Transfat yang menyumbatkan jantung ko la Samdol!!! Lagipun McD banyak Ajinomoto
MSG, pengawet / perasa/pewarna tiruan la Samdol….!!!
kalau ade duit beli je olive
oil - Minyak Kelapa Dara lebih baik dari minyak Zaitun
Samdol oiii!!! Surah Ibrahim ayat 24 dan 25… olive oil pun dah banyak tipu dah
tak virgin dah Samdol oi, ada campur dfengan minyak kanola , jagung, matahari
dsbnya!!!…. Rujuk Star saya lupa tarikhnya… Untuk penghetahuan korang semua minyak
sayuran banyak omega 6 Fatty Acid… sedangkan ikan banyak omega 3 Fatty Acid.
Kedua duanya perlu diambil sama banyak yakni seimbang!!! Kalo tak korang akan dapat musibahnya!!!
Omega 6 precursor for inflammation (radang)… Chronic inflammation can leads to
mutation and anaplasia yakni perubahan sel kearah pembentukan sel sel kanser….
Jadi kalo korang selalu ambil omega 6 seperti evening primrose, minyak jagung
minyak kanola matahari dsbnya tue… korang pikir2 le sendiri… takkan aku nak
beritau korang semua atau spoon fed je kan? Firman Allah: Mudah mudahan manusia
itu berfikir. Firman dalam ayat yang lain( Maaf aku lupa surahnya, kalau korang
ingat tolong letak disini segera, takkanle harap aku je cari sorangkan? Korang
kena bantu juga kerana Firman Allah: sesungguhnya kami jadikan manusia itu
bukan dengan percuma atau sia-sia.. Kami jadikan manusia itu jadi rahmat kepada
sekalian alam… tetapi ko tengoklah perangai manusia zaman sekarang merosakkan
alam ada la… semoga dijauhkan dari kemurkaan dan bala dari Allah yang Maha Amat
Pengasih dan Maha Pelindung, Maha Penolong lagi amat penyayang dari segala yang
penyayang), FirmanNya lagi: Orang yang rajin mencari ilmu, Kami tinggikan
darjatnya beberapa tingkat..
memang betui...minyak masak yg
dibungkus dlm peket plastik tu tak bagus....abg ipar akak yg keja kat jabatan
kimia tu dulu selalu pesan kat arwah mak akak supaya jgn beli yg peket
tu...lebih baik beli yg dlm botol tu... harga pun tak jauh beza.....kalu beli
yg 5kg tu pun baru $13 lebih ja dan boleh tahan 2bln lebih kalu x banyak
mengoreng – Abih kakak ipar ko tak buat blog ke
sebabkan pegetahuan yang dia tau pada orang ramai? Ko je nak idup sorang dalam
dunia ne?
oh..terima kasih atas
penjelasan....tp kenapa dibiarkan jualannya?? kalau tak elok? – Biasa le Samdoi oi… dalam dunia ne money comes first,
kesihatan dna kebajikan manusia comes last. Ahli Lembaga Pengarah pula anak
VVIP yang hari hari melantak minyak kelapa dara yang baguih lagi berkhasiat
bukan macam ko yang mentekedarah dalam restoran low class yan tah ke mana tahap
kebersihannya!!! Kalo dah Anak VVIP tertentu , camno nak ambil tindakan sebab
mereka kebal undang2 !!
Bahaya minyak
kitar semula
Oleh
ZULKIFLI MANZOR
KUALA LUMPUR – Pengusaha makanan terutama restoran
makanan segera perlu menyediakan laporan secara berkala berhubung pengurusan
minyak masak terpakai. Menteri
Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah tersebut perlu bagi
membendung tindakan segelintir pihak yang didakwa membeli minyak masak itu dan
menjualnya semula. “Kita sedang kaji cadangan ini supaya kementerian dapat
memantau tindakan pengusaha terhadap minyak masak terpakai mereka. “Minyak
masak kitar semula boleh memudaratkan pengguna kerana ia gagal menghasilkan
suhu yang cukup untuk memasak dan jika dibuang menyebabkan pencemaran,” katanya
selepas merasmikan pertandingan memasak anjuran Eu Yan Sang Sdn. Bhd. di sini
semalam.
Macam-macam cara orang nak mengaut keuntungan. Terkini Minyak Masak 1
Kilogram yang dibungkus dalam bentuk bungkusan dipercayai dikitar semula.
Adoiiyaii..Aku pun pernah gak beli Minyak Masak 1 Kilogram ni dulu-dulu. Bila
keluar berita ni geramlah pulak aku. Sebagai pengguna aku harap pihak berkaitan
mengambil tindakkan keras kepada Syarikat yang tidak bertanggungjawab ini.
Kalau ikutkan harga memang murah tapi
taklah murah sangat.Tapi yang tak puashati tuh, tak pasal-pasal guna minyak
yang telah dikitar semula. Dari maklumat yang dibaca terdapat 19 Jenama Minyak
Masak murah telah diuji dan tidak menepati piawaian antarabangsa. Senang cerita
lepas nie takyah beli Minyak Masak Murah terutama yang dalam Bungkusan
Plastik..huhu.
Apa yang tak bestnya lagi, Minyak Masak
ni juga kebanyakannya digunakan kat restoran-restoran di sekitar Lembah
Klang.Cehhh..Minyak yang sepatutnya untuk kegunaan biodiesel dan untuk makanan
haiwan dijadikan makanan untuk manusia. Yang merisaukan Pusat Racun Negara juga
telah memberi amaran dengan penggunaan Minyak Masak Kitar semula ini boleh
menyebabkan Hipertensi, rosak hati dan risiko Kanser.
Apa yang aku bayangkan adalah ada
kemungkinan tak Minyak Masak yang dikitar semula juga dicampur dengan Minyak
Masak dari sumber-sumber Minyak yang dimasak untuk masakan yang tidak
Halal..perghhh..mintak-mintak takdelah hendaknya. Yelah risau gak,ada pihak
yang sengaja ingin mengambil keuntungan tanpa memikirkan sumber Minyak dari
mana dan kesihatan orang ramai. Diaorang tahu ker minyak terpakai tuh dari
mana? Sendiri mau ingat..
Renungkan petikan dari pakar runding Pusat Racun Negara ini:
- "Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati
Sumber : Mstar.com.my
Hakikatnya Pengguna di Malaysia sudah terbiasa dengan Minyak Masak Kitar
Semula ini. Aku rasa pihak berkenaan perlu membuat sesuatu seperti kempen
kesedaran ker dan sebagainya. Tingkatkan Kesedaran kepada pihak Pengguna
tentang keburukan menggunakan Minyak Masak Kitar Semula ini. Apa pula
pendapat korang? Harap Maklumat ini dapat di SHARE kan dengan Semua untuk
kebaikan.
TERKINI / UPDATE
Balasan telah diterima dari Pihak Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia dengan pantas setelah soalan mengenai Minyak Masak Kitar Semula diajukan. Terima Kasih kepada mereka kerana sudi membalas pertanyaan dari salah seorang pengguna. Disini aku kongsikan petikan dari maklum balas dari mereka :
Salam sejahtera En Azhar,
Dalam akhbar the Star hari ini dipaparkan laporan ujian kami ke atas 19 jenama minyak masak dalam pek 1kg.
Kami khuathir ujian kami menunjukkan bahawa minyak masak tersebut adalah minyak yang dikitar semula. Akibat pengunaan berulang kali minyak masak untuk goreng dan sebagainya, minyak tersebut terdedah kepada suhu yang tinggi untuk masa yang lama.
Maka komponen minyak masak akan mengalami kemerosotan dan membentuk sebatian yang jika dimakan oleh manusia untuk jangkamasa yang lama akan meninggikan (meningkatkan) risiko sakit jantung dan penebalan salur darah (pengumpulan plak). Ada sebatian disyaki menyumbang kepada risiko barah. - Apa pula syaki2 memang betul lah samdol oi…
Maka, lebih baik jika Peraturan Makanan 1985 selain daripada menetapkan tahap pembentukan asap, nilai iodin dan nilai peroksid juga menetapkan tahap untuk jumlah sebatian polar (Total Polar Compound - TPC) untuk minyak masak.
Sekian.Terima Kasih
TERKINI / UPDATE
Balasan telah diterima dari Pihak Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia dengan pantas setelah soalan mengenai Minyak Masak Kitar Semula diajukan. Terima Kasih kepada mereka kerana sudi membalas pertanyaan dari salah seorang pengguna. Disini aku kongsikan petikan dari maklum balas dari mereka :
Salam sejahtera En Azhar,
Dalam akhbar the Star hari ini dipaparkan laporan ujian kami ke atas 19 jenama minyak masak dalam pek 1kg.
Kami khuathir ujian kami menunjukkan bahawa minyak masak tersebut adalah minyak yang dikitar semula. Akibat pengunaan berulang kali minyak masak untuk goreng dan sebagainya, minyak tersebut terdedah kepada suhu yang tinggi untuk masa yang lama.
Maka komponen minyak masak akan mengalami kemerosotan dan membentuk sebatian yang jika dimakan oleh manusia untuk jangkamasa yang lama akan meninggikan (meningkatkan) risiko sakit jantung dan penebalan salur darah (pengumpulan plak). Ada sebatian disyaki menyumbang kepada risiko barah. - Apa pula syaki2 memang betul lah samdol oi…
Maka, lebih baik jika Peraturan Makanan 1985 selain daripada menetapkan tahap pembentukan asap, nilai iodin dan nilai peroksid juga menetapkan tahap untuk jumlah sebatian polar (Total Polar Compound - TPC) untuk minyak masak.
Sekian.Terima Kasih
Nota:
Minyak sayuran
mempunyai unsaturated bond yang sebenarnya tak elok!! Kalau medium chain
saturated macam minyak kelapa dara itu yang elok sebab ia stabil pada suhu
tinggi. Kalau unsaturated, lengan unsaturated tu boleh terbuka lalu bind with
dioxin atau seknika karsinogen jenis lain pada suhu tinggi pas tu korang telan…
lagi banyak kali recycle minyak lagi le berisiko!! Korang pikir la sendiri
menarik. saya pon masih study2 pasal minyak ni
ReplyDeleteRisau juga kalau pakai minyak masak berulang-ulang ni...bahaya..kalau kat rumah boleh juga kita kontrol, kalau kat kedai makan ke gerai jual goreng-goreng tu huhuhu..maklum jelah...
ReplyDelete