http://sosialalamsekitar.blogspot.com/2010/08/pencemaran-udara-pencemaran-udara.html
PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara bukanlah masalah yang asing lagi bagi seluruh negara.Ia merupakan masalah pencemaran alam sekitar yang begitu serius sejak kebelakangan ini. Pencemaran udara memberi maksud satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam dalam atmosfera. Contoh pencemar udara ialah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon (CFC), bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.
Pencemaran udara berpunca salah satu darinya ialah pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Hal ini kerana, asap yang dikeluarkan oleh ekzos kenderaan bermotor menyebabkan ruang udara akan tercemar. Peningkatan operasi kilang juga menyumbang kepada pencemaran udara. Operasi kilang seperti kilang simen, kuari yang berterusan tanpa pantauan akan membawa kepada pencemaran. Ia berpunca daripada kerakusan pengusaha kilang-kilang yang beroperasi melebihi waktu yang oleh agensi terbabit.
Selain itu,pembakaran terbuka juga punca pencemaran udara. Penerokaan dan pembakaran hutan oleh orang zaman dahulu untuk tujuan pertanian dan penempatan menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Pembakaran sampah-sarap sekitar kawasan perumahan juga menyebabkan pencemaran udara. Bayangkan setiap penghuni rumah melakukan pembakaran sampah secara terbuka pada satu masa, tentulah ia akan menyebabkan pencemaran., Mereka mengambil jalan mudah untuk melupuskan sampah tanpa memikirkan kesan yang bakal dihadapi.
Antara kesan pencemaran udara adalah
Sebagai kesimpulannya,pencemaran udara memberi banyak kesan buruk kepada alam sekitar dan manusia. Oleh itu,kita sebagai manusia perlu menghargai alam sekitar supaya tidak berlaku pencemaran yang boleh merosakkan sistem kehidupan kita seharian dan untuk menjamin keselesaan kita mahupun penduduk bumi.
Kejadian kanser yang semakin banyak terjadi sekarang tanpa ada faktor genetik atau tidak dapat mereka terangkan adalah disebabkan oleh pencemaran tetapi terlalu sedikit pakar pakar perubatan yang menimbangkan faktor pencemaran sebagai faktor penyebab kanser kerana setiap pakar bedah, pakar tulang, pakar clinical oncologist, pakar mata, pakar segala gala pakar yang bersifat clinical hanya tinggal dalam tempurung kelapa mereka saja. Maksud tempurung kelapa ini adalah semata mata hanya terhad kepada hospital tempat mereka bertugas, dewan bedah mereka dan juga sekali sekali pergi konferens dalam bilik hotel di luar negeri! Pakar pakar perubatan ini tidak pernah sekalipun terdedah melihat para pekerja terdedah dengan berbagai bagai bahan kimia, logam berat, habuk dan racun semasa para pekerja bekerja!!!
No comments:
Post a Comment