Alat Bantu Dengar
Pengenalan
Alat bantu dengar ialah alat elektronik yang menggunakan kuasa bateri
yang berfungsi untuk menguatkan bunyi bagi membantu pendengaran dan komunikasi
yang lebih baik.
Komponen
komponen alat bantu dengar dan bagaimana cara ia berfungsi
Alat bantu dengar mengandungi 4 bahagian :
1.
mikrofon
2.
amplifier
3.
fon telinga/pembesar suara
4.
bateri
Alat bantu dengar menerima bunyi melalui mikrofon yang kemudiannya
menukarkan tenaga bunyi kepada tenaga elektrik. Amplifier akan menambahkan
signal tersebut dan menghantar ke telinga melalui fon telinga ataupun pembesar
suara.
Jenis-jenis alat
bantu dengar
Tiga jenis utama:
1.
Alat bantu dengar boleh ubah
analog
o Berdasarkan tahap pendengaran seseorang
o Menguatkan suara dan juga bunyi
o Murah
2.
Alat bantu dengar analog yang
diprogramkan
o Berdasarkan tahap pendengaran
o Diprogramkan untuk pelbagai keadaan atau situasi
3.
Alat bantu dengar digital yang
boleh diprogramkan
o Mengubah bunyi mengikut persekitaran secara automatik
o Mengurangkan bunyi yang tidak diingini
o Harga lebih mahal
Jenis-jenis alat bantu dengar yang selalu digunakan:
·
Alat bantu dengar belakang
telinga
·
Alat bantu dengar dalam
telinga
·
Alat bantu dengar dalam
saluran telinga
Siapakah yang memerlukan alat bantu dengar?
·
Seseorang yang mengalami
kerosakan pendengaran yang teruk sehingga menjejaskan kebolehan mendengar dan
berkomunikasi dan prestasi kerja
·
Keputusan untuk menggunakan
alat bantu dengar selalunya dibuat oleh pesakit sendiri atas nasihat
Audiologist(Pegawai pemulihan pendengaran)
·
Faktor-faktor berikut perlu
diambilkira:
o tahap pendengaran berdasarkan ujian pendengaran
o jenis pekerjaan
o aktiviti di rumah dan tempat kerja
o masalah fizikal
o masalah perubatan
o penampilan diri
o status kewangan
o kos alat bantu dengar
·
Penggunaan alat bantu dengar
di satu telinga sahaja mungkin mencukupi tetapi pengunaan di kedua dua telinga
akan membantu memudahkan pendengaran di tempat bising serta mengenalpasti punca
bunyi
Nasihat
·
Pemilihan alat bantu dengar
yang betul adalah perlu
·
Dapatkan nasihat dari pegawai
pemulihan pendengaran(audiologist) yang terlatih sahaja
·
Penggunaan alat bantu dengar
mengambil masa dan kesabaran
·
Pemakaian alat bantu dengar
adalah proses yang berperingkat-peringkat
·
Belajar cara mengendalikan
alat bantu dengar dengan betul.
·
Hubungi Audiologist sekiranya
anda mengalami masalah berikut:
o Alat bantu dengar tidak berfungsi
o Penggunaan alat menjadi tidak selesa
o Bunyi suara sendiri menjadi terlalu kuat
o Bunyi berdesing dari alat bantu dengar
o Bunyi persekitaran yang sangat kuat
·
Padamkan alat bantu dengar
sekiranya tidak digunakan
Nasihat dalam
penjagaan alat bantu dengar
Berikut adalah cadangan yang boleh membantu:
·
Jauhkan dari haba dan
kelembapan
·
Tukar bateri yang lemah dengan
segera
·
Bersihkan alat bantu dengar
mengikut arahan yang diberikan.
·
Elakkan dari menggunakan
penyembur rambut atau produk yang berkaitan semasa menggunakan alat bantu
dengar
·
Padamkan alat bantu dengar
sekiranya tidak digunakan
·
Simpan bateri tambahan serta
komponen-komponen kecil jauh dari kanak-kanak dan binatang
Rehabilitasi
Khidmat nasihat berkenaan alat bantu dengar daripada pegawai pemulihan
pendengaran (Audiologist) Khidmat pegawai pemulihan pertuturan(speech
therapist) diperlukan dalam sesetengah kes.
No comments:
Post a Comment