Panduan membeli barang dalam tin
Sebagai pengguna, kita harus bijak ketika membeli-belah sesuatu
barangan. Label pada pembungkus makanan dan barangan boleh mempengaruhi
pembeli. Sebagai pengguna yang bijak, kita tidak harus terpengaruh dengan
hiasan, perkataan dan warna pada label atau pembungkus. Lihat dulu mutu
barangan dan tarikh akhir penggunaan bagi makanan, seperti roti, susu, cokelat,
minyak masak, krim, jus dan seumpamanya. Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan menurunkan beberapa panduan sebelum membeli-belah:
* Teliti bahan yang terkandung di dalam pembungkus makanan untuk
memastikan tahap kolestrol, karbohidrat, lemak, gula dan garam.
* Elak membeli makanan dalam tin yang berkarat, kemek atau menggelembung. Tin kemek atau dented dibawah Akta Makanan Malaysia sepatutnya dirampas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana bahagian yang terdedah dalam tin membolehkan tindakbalas kimia berlaku. Akibatnya makanan anda akan tercemar dengan bahan kimia. Justeru tanggungjawab anda untuk melapurkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang paling berdekatan dengan anda / dalam daerah anda berada untuk tindakan KKM selanjutnya.

* Pastikan makanan yang anda ingin beli diletak di dalam keadaan
baik dan belum melewati tarikh akhir yang memerlukan penandaan tarikh.
* Elak membeli makanan yang tamat tempoh walaupun dijual pada harga lebih murah. Ini kerana makan itu mungkin sudah rosak dan boleh membahayakan kesihatan.

* Baca dan teliti arahan cara menyimpan yang dinyatakan di dalam
label.
Ini untuk mengelak makanan menjadi rosak sebelum tamat tarikh akhir.
Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2012/03/panduan-membeli-barang-dalam-tin-tip.html#ixzz1vJJKg2aQ

69
ReplyDelete