Merana
Beli Emas 1.9 kg
Kilauan
Duka , Emas dicita rupanya hanya Tembaga
Kuala
Berang: Seorang wanita bingung memikirkan selonggok emas bermutu rendah yang
dibelinya ketika lelongan awam oleh sebuah bank sebenarnya tembaga bukan emas
bernilai ribuan ringgit seperti didakwa. Zuraini Yaacob, 44, berkata, dia ke
sebuah bank di daerah itu untuk membeli emas yang kononnya bermutu rendah yang
dilelong dengan harga RM20,000 pada petang 26 Mei 2011. Menurutnya, selepas
selesai urusan pembelian, dia ke sebuah kedai emas di Kota Bharu, Kelantan,
pada jam 10 malam hari sama, untuk melakukan ujian bagi mengetahui jumlah
kandungan emas dalam barang kemas itu.
“Saya terkejut apabila pemilik kedai emas berkenaan memberitahu barang
kemas yang saya beli itu bukan emas bermutu rendah, tetapi tembaga semata-mata
yang tiada nilai untuk dijual. “Saya hairan bagaimana
bank berkenaan boleh melelong barang kemas itu sebagai emas bermutu rendah
(kerana dicampur dengan tembaga) sedangkan ia langsung tidak mengandungi emas. Saya
kemudian ke Bank berkenaan memaklumkan kejadian itu, namun jawapan diperolehi
menghampakan. Berikutan rasa tertipu, sy membuat laporan di balai polis Dungun
pd 1 jun 2011.
Wanita ini membuat laporan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia tetapi
kerana nilai pembelian melebihi RM5000.00 , kes itu tidak dapat diselesaikan
agensi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia! Kecewa dengan alasan Tribunal
Tuntutan Pengguna Malaysia, wanita ini membuat aduan ke Bank Negara Malaysia pada
November 2012. Tetapi masih tiada kesudahan hingga kini....
Pssst : Agensi manakah yang boleh dipercayai dapat membela nasib
wanita malang ini? Kenapa bank terbabit terlepas tanpa menerima sebarang
tindakan walaupun berpuluh aduan telah dibuat ke pelbagai jenis pihak berkuasa
? Kenapa ? Kenapa ? Kenapa???
komen2 dalam face book:-
nie la mslhnye,kite x tau nk bezakn yg mane
ori dn yg mane cetak rmpk(local)...
kesian sungguh hamba Allah yg teraniaya
ni...nape la pihak bank buat org awam camni....
Kdg2 terpk jgk tektik skim cepat kaya ni
dah menular melalui pelaburan cara emas. Makin pelik dah nak kaya skang ni...
jahat bank tu
saman je
yg buat lelong bank plak tuh.. tuh yg org
mesti percaya..
Tembaga paling mahal tahun 2006 lalu RM22
sekilo.Hahah
Yamms Radin Jadikan sebagai
peringatan....mustahillah 1.9kg brg emas bole di beli dgn hanya 20k...apa2 pu
bank tersebut boleh di saman di mahkamah jika wanita tersebut masih menyimpan
butiran jual beli...
Wan Samihah Wan Ahmad sbb kat bank takde
pakar utk tilis emas tipu ke emas tulen. patut semua bank yg ada pajak gadai
kena ada seorg pakar utk tentukan emas ori or tak ori...tak gitu bank2
sekalian?
Nur Faizah Zakaria Kalau betul dakwaan dia,
bank tersebut boleh didakwa atas dakwaan menipu pelanggan.
Tajudin Ayah Ku Bank da
tau tu.......cuma tunggu mangsa yg bodoh membeli
Bank mne tu? Jahat tipu org..report polis,
saman
Saman pihak bank, polis dan bank negara. pasal
mereka ni tak ambil tindakan dgn pantas dan biarkan org ramai terus ditipu dan
tertipu.
silap2 bank tu pun kena tipu pasal emas
tu,,,
Kalau kes ini melibatkan kedai biasa atau
orang persaorangan untuk tujuan menipu, boleh lah jugak diterima. Ini
melibatkan Bank. Sebuah institusi kewangan yg sepatut nya memastikan produk nya
ada lah asli dan tulin. Cuba bayang kalau duit palsu datang nya dari bank. Apa
macam?. Kalau benar lah kes ini, nampak nya nya bank pun dah mula menipu selain
dikenali sebagai along berlesen.
Wan Muzaidey berat tu, gila,bank pun menipu
Ct Roszaiaysha Roslan kesian makcik nih...pihak
bank spatutnya thu emas tu brnilai ke x...sggup btul tipu org...
Mohd Amien II hahaha,.mak i bilang..
'padan muka hang'
'padan muka hang'
Ropy Harun
Ciannya. Kira kes terkena la ni
Amal Togok's tu nk cpt
kaya kn dh cpt kayap....
Hashim Rais bank mana tu?
ar rahnu ke
Nurani Nazri Boleh tau
bank mn..sy pn ada bcdang nk membelinya.
Hajjar Jaja Saya tertipu
dngan ejen al-rahnu..smpai rugi berpuluh2 ribu...
Alizah Icha Adeii bank pun nk jd penipu jg
ker, padanla selalu kena rompak
Ruby Saat Orang bank tu yg
penipu..org org ni bila dger org keja bank. Org tu baik..dpr 20k tu x kaya
diaa...jawap la dgn Allah....
Jerrie Lister Alaaaa. Pa bleh buat.
Terpaksa tipu lagi la. jual kat orang lain. Cakap itu pure emas. Up sikit
harganya.
Fairoz Effendy Bank Nak
untung, biasa la tu... Asal Barang jadi duit ;)
Hafiz Ghazali Skim Latihan 1 Malaysia(SL1M)
di bawah Jabatan Perdana Menteri,Khas utk Graduan lepasan Ijazah,Latihan hanya
6 minggu,byk kelebihan menyertai SL1M ini,penginapan disediakan,pengangkutan
disediakan,elaun diberi slepas tamat latihan,berminat sila PM!!
Eida Amoy
orang tamak selalu nye rugi.....
Linda Seliah Seng
Kenapalah orang gila sangat dengan emas. Lepad jual balik jatuh 70%. Jadi
mangsa rompakkan ada. Baik simpan Asb untuk dapat faedah
Daud Fatani
Mohamad Morshidi macam2 ada..
Rinna Kinuko Sari musykil sbb bank klu buat
pajak mesti check ketulenan emas. kut2 yg disimpan dlm safe deposit ...
Khairiah Mohd Wahid klulh
betul bnk yg buat mcm ni..ni kes mganiaya org.Bukan ke klu ar rahnu seblum bnk
beri pjaman d uji dulu brg kemas kita? Atau staff bnk tu yg cuai..terlepas
pandang.
Khosan Ashaari masa beli
dah tahu .... hampir 2 kilo takkan 20k jer ....
Mohamad Azizie Aziz kalu
cmni caranya, along bleh mohon PIDM plak la..
Auji Helmy
org melayu nk cepat kaya.lain kali nk beli bwk la skali pakar emas.xpun try uji
sampel dulu.20 k bukan senang nk cari.bak kata org bukan rezeki! sepatutnya
boleh dielakkan.
No comments:
Post a Comment