Padah gatal layan gadis
Oleh
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Mohd Hafizee Mohd Arop
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Tergoda
dengan pujuk rayu dan ‘lakonan’ ghairah gadis dikenalinya melalui Internet,
seorang lelaki malu besar apabila aksi dia berbogel yang dirakam gadis itu
dimuat naik ke laman Youtube. Tidak cukup dengan itu, dia turut kerugian RM800
apabila gadis terbabit yang dipercayai warga Filipina meminta wang berkenaan
jika mahu video bogel itu ditarik semula. Mangsa, penuntut sebuah institusi
pengajian tinggi di Kedah yang mahu dikenali sebagai Shahir, 27, berkata, dia
mengenali gadis itu awal Julai lalu di laman sosial Tagged sebelum berhubung
secara lebih rapat melalui facebook (FB). Katanya, sewaktu awal perkenalan
mereka, gadis berusia 19 tahun yang menggelarkan dirinya sebagai Kimoto Misaka
berasal dari Jepun hanya berbual dengannya melalui FB sebelum semakin berani
berhubung menerusi kamera web menggunakan Skype. Menurutnya, selepas beberapa
hari menjalinkan hubungan melalui panggilan video Skype, gadis itu mengajaknya
berbogel dengan dia terlebih dulu memulakan aksi berahinya.
No comments:
Post a Comment