Gempa Hampiri Kita
Kekerapan kejadian
gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan
kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.
Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak
menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan
sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah
kawasan. Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini
semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara
sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.
No comments:
Post a Comment