Bunyi
Berdesing di Telinga
Pengenalan
Telinga berdesing atau lebih dikenali sebagai "tinnitus"
adalah keadaan di mana seseorang mendengar bunyi berdesing di dalam kepala
dalam keadaan yang tidak ada apa apa punca bunyi disekelilingnya .
Bunyi selalunya dikaitkan dengan berdesing tetapi kadang kadang bunyi
mengaum, berdetik atau bunyi degupan jantung juga dikaitkan dengannya. Ia
mungkin melibatkan satu atau kedua-dua telinga. Tinnitus mungkin merupakan satu
satunya gejala penyakit yang ada pada seseorang yang menggugat tahap kesihatan
seseorang.
Satu pertiga populasi mungkin mengalami masalah tinnitus pada satu
ketika dalam hayat mereka. Kualiti hidup boleh terjejas akibat masalah ini.
Kadar masalah tinnitus adalah tinggi pada usia 40-70 tahun dan lebih melibatkan
kaum lelaki.
Tanda dan Gejala
Tinnitus adalah gejala penyakit dan bukannya sejenis penyakit. Ia boleh
melibatkan satu atau kedua dua telinga. Bunyinya boleh dikaitkan dengan
mengikut denyutan jantung/ tidak mengikut denyutan jantung. Gejala tinnitus ini
mungkin sekejap atau lama dan boleh jadi berterusan atau berulang ulang
Gejala gejala
berkaitan:
·
kurang pendengaran
·
sakit kepala
·
pening kepala(vertigo)
Sebab-sebab
Ada beberapa punca tinnitus yang diketahui tetapi dalam kebanyakan kes,
punca utama gagal dikenalpasti Antara punca-punca yang dikenalpasti:
·
Saluran darah tidak normal
·
Saluran Eustachian yang gagal
berfungsi (saluran yang menghubungkan hidung ke telinga tengah untuk
mengimbangkan tekanan)
·
Masalah masalah telinga
seperti; tahi telinga keras dan tersumbat, jangkitan telinga tengah kronik,
otosclerosis, presbyacusis (masalah pendengaran disebabkan oleh faktor usia),
masalah pendengaran disebabkan bunyi bising
·
Kecederaan kepala
·
Pendedahan telinga kepada
bunyi bising yang kuat
·
Ubat ubatan ( ubat penahan
sakit, antibiotik)
·
Tumor dalam telinga dalam (
acoustic neuroma)
·
Faktor psikologi seperti
kemurungan, tertekan dan keresahan
·
Tekanan darah tinggi dan
atherosclerosis
·
Angin ahmar
·
Kekurangan sel darah merah
serta buah pinggang yang tidak berfungsi.
Dalam kebanyakan kes, tinnitus adalah disebabkan oleh pengumpulan faktor
faktor di atas.
Gejala-gejala di bawah memerlukan perhatian serius:
·
Tinnitus yang berterusan
mungkin tanda awal tumor di telinga dalam atau otak
·
Tinnitus yang bunyinya seperti
denyutan jantung di satu telinga mungkin tanda awal penyakit yang serius .
·
Tinnitus yang bertambah teruk
atau pun disertai oleh gejala-gejala lain
Komplikasi
·
Seseorang yang mengalami
masalah tinnitus yang teruk mungkin menghadapi masalah pendengaran, kerja dan
tidur
·
Ada yang menghadapi masalah
psikologi yang serius
Rawatan
Rawatan tinnitus selalunya tidak berkesan sepenuhnya disebabkan punca
punca tinnitus tidak dapat di fahami sepenuhnya.
Masalah telinga dan masalah perubatan lain harus diberikan rawatan
sewajarnya dengan ubat atau pembedahan.
·
Ubat-ubatan
Ubat-ubatan yang didapati berkesan dalam rawatan tinnitus adalah yang ubat yang digunakan untuk menghilangkan keresahan, ubat penenang serta ubat yang dapat memperbaiki kualiti tidur.
Ubat-ubatan yang didapati berkesan dalam rawatan tinnitus adalah yang ubat yang digunakan untuk menghilangkan keresahan, ubat penenang serta ubat yang dapat memperbaiki kualiti tidur.
·
"Masking"
o Alat bantu dengar untuk sesiapa yang mempunyai masalah pendengaran
o Tinnitus "masker" untuk sesiapa yang mempunyai masalah
pendengaran / pendengaran normal
o Alat tinnitus; kombinasi alat-alat di atas
(rawatan ini di berikan oleh
pakar pemulihan pendengaran(audiologist)
·
Pembedahan tidak dapat
membantu menghilangkan tinnitus buat masa ini kecuali di dalam kes tumor di
telinga
Pencegahan
·
Bunyi bunyi yang lembut boleh
mengurangkan bunyi yang berkaitan dengan tinnitus. Pesakit boleh mendengar
bunyi tersebut untuk beberapa jam sehingga terlelap
·
Elakkan mengambil kopi, teh,
coklat, cola, alkohol, atau produk yang mengandungi kaffeine
·
Elakkan merokok
·
Elakkan ubat ubatan yang
menyebabkan tinnitus seperti aspirin /NSAIDs .Aspirin boleh menyebabkan
tinnitus bertambah teruk dalam sesetengah orang.
·
Elakkan mengambil ubat yang
boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pendengaran kecuali jika terpaksa atau
tidak ada alternatif lain.
·
Jangan dedahkan diri kepada
bunyi bising
·
Tekanan perasaan didapati
boleh menyebabkan pertambahan bunyi tinnitus. Oleh itu cuba kawal perasaan anda
dan tumpukan perhatian anda daripada memikirkan tentang tinnitus. Cara ini
mungkin boleh membantu.
Semakan Akhir
|
:
|
26 April 2012
|
Penulis
|
:
|
|
Penyemak
|
:
|
Dato' Dr. Narizan Ariffin
|
ReplyDeleteInfo yang menarik mengenai tips rawatan telinga berdesing. Bagi tinnitus yang berlaku secara kronik, pesakit elok juga mendapatkan nasihat daripada doktor pakar untuk menyaring kemungkinan berlakunya masalah telinga atau sistem saraf pusat yang serius.
Info yang sangat menarik.. kadang tu bunyi berdesing telinga
ReplyDeleteorang tua selalu kaitkan dengan benda lain.