Wajib flos gigi setiap hari
TAHUKAH
anda 54 peratus rakyat Malaysia tidak tahu apakah itu plak dan majoriti
(sehingga 95 peratus) tidak menyangka plak adalah punca utama masalah gigi?
Jadi, apakah plak? Plak adalah selaput melekit tidak
berwarna dan dihasilkan bakteria yang sentiasa terbentuk pada permukaan gigi.
Air liur, makanan dan cecair bergabung menghasilkan selaput ini yang melekat
pada gigi serta di antara permukaan gigi dan gusi.
Pembentukan plak boleh
menyebabkan gigi kotor dan juga faktor utama penyakit gusi. Membanteras plak
adalah proses sepanjang hayat dalam penjagaan mulut sempurna. Plak juga mampu
menyebabkan kaviti yang akan melemahkan gigi. Plak mampu terbentuk pada gigi
empat hingga 12 jam selepas memberus.
Justeru penting untuk memberus
gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan menggunakan flos setiap hari.
Memberus gigi sahaja tidak mencukupi. Pastikan anda menggunakan flos setiap
hari untuk membersihkan kawasan yang sukar dicapai terutamanya di celah-celah
gigi bagi membanteras plak.
TartarTartar atau juga dikenali
kalkulus, adalah selaput berkerak yang akan memerangkap kotoran dan menyebabkan
gigi bertukar warna. Kalsium dan fosfat kemudian bergabung untuk membentuk
kerak kristal pada gigi.
Kalsium fosfat ini kemudian akan
mengeras dengan plak dan membentuk kalkulus. Terdapat bahan kimia tertentu
dipanggil pirofosfat membantu mengurangkan pembentukan kalkulus dengan
menghentikan pertumbuhan kristal pada permukaan gigi dan menghalang kristal
baru daripada terbentuk. Tartar membentuk ikatan kuat yang hanya mampu
ditanggalkan oleh pengamal pergigian profesional.
Pembentukannya juga mungkin
menyebabkan sukar untuk menanggalkan bakteria plak dan seterusnya meningkatkan
potensi masalah besar pada masa depan. PencegahanPlak dan tartar tidak
bertindak dengan cara yang sama kepada semua orang. Setiap individu berbeza
terhadap cara mereka mendapat dan menentang jangkitan.
Untuk kebanyakan kita, selaput
akan terbentuk dengan pantas apabila usia semakin meningkat. Ini bermakna,
semakin kita tua, semakin kerap kita harus memantau kesihatan gigi kita. Selain
itu, kita perlu mengelakkan pembentukan plak dan tartar dengan mengubah cara
kita menjaga kesihatan gigi. Pertama, pilih berus gigi yang betul.
Misalnya, berus Oral-B Cross
Action Pro-Health membantu menanggalkan sehingga 99 peratus plak dengan
berus bersudut CrissCross. Berus Power Tip pula membantu membersihkan kawasan
yang sukar dicapai dan lembut pada enamel dan gusi.
Dengan penggunaan yang kerap, ia
telah terbukti secara klinikal membantu menanggalkan lebih banyak plak
berbanding berus gigi biasa dengan bantuan berus CrissCross yang bersudut pada
16 darjah bagi menentang plak. Kedua, dengan membersihkan gigi secara
profesional setiap enam bulan atau lebih kerap seperti yang disarankan doktor
gigi.
Sekiranya anda tidak menanggalkan
plak daripada gigi dengan menggunakan flos dan memberus gigi, anda meningkatkan
risiko pembentukan kaviti. Kaviti adalah lubang kecil yang terbentuk pada gigi
yang reput akibat kurangnya penjagaan. Sekiranya anda mempunyai gigi, tidak
kira usia anda, kaviti mampu terbentuk.
Ia adalah masalah gigi yang
sering ditemui di seluruh dunia. Namun, penjagaan gigi yang sempurna termasuk
penggunaan flos yang betul dapat membantu menghalang pembentukan kaviti.
Sekiranya anda tidak menghiraukan kaviti untuk waktu yang panjang, ia akan
menjadi lebih besar dan menyebabkan sakit gigi. Sekiranya anda tidak
mendapatkan rawatan tampalan dengan doktor gigi, kaviti akan membawa kepada
jangkitan dan anda mungkin akan kehilangan gigi atau mendapat jangkitan yang
teruk.
Mengawal Cegah kaviti dengan
mengawal pembentukan plak melalui rutin memberus gigi dua kali sehari dan
dengan menggunakan flos setiap hari. Pilih berus gigi dan produk flos yang anda
suka agar anda gemar menggunakannya setiap hari. Jangan lupa menjadualkan
pemeriksaan gigi dengan doktor gigi untuk pembersihan profesional dan mengenal
pasti sebarang masalah sebelum menjadi serius.
No comments:
Post a Comment