KUALA
LUMPUR – Demi cinta terhadap seorang ‘Jeneral Tentera Amerika Syarikat’ yang
dikenali menerusi internet, seorang janda tua sanggup menjual harta dan
menyerahkan wang miliknya yang kesemuanya berjumlah RM5 juta kepada kekasihnya
itu yang merupakan ahli sindiket penipuan. Ibu tunggal warga tempatan berusia
63 tahun itu mengenali suspek pada 2010 menerusi satu ruangan sembang sebelum
mangsa dijerat dengan kata-kata manis warga asing itu yang dipercayai didalangi
oleh warga negara Afrika. Mangsa yang memiliki sebuah firma audit di ibu negara
dipercayai turut tergoda dengan ahli sindiket itu selepas suspek menunjukkan
gambar-gambar wajahnya yang kacak dan mendakwa berusia 50-an. Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany
berkata, dalam perkenalan itu, suspek mengambil kesempatan menawarkan peluang
pelaburan di luar negara kononnya menjanjikan pulangan berlipat ganda. Mangsa
yang teruja untuk mendapat kekayaan segera telah menyerahkan wang walaupun
tidak pernah menemui suspek. “Kesemua wang tersebut dimasukkan secara
berperingkat sebanyak 30 kali ke dalam beberapa akaun sebelum wang itu dipindahkan
ke akaun sindiket,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam. Menurut
Izany, kali terakhir mangsa membuat transaksi sebanyak RM50,000 ke dalam akaun
suspek adalah pada Ahad lalu. Kosmo
Baca
lagi:
- Warga Afrika godam e-mel
tipu RM960,000
- Operasi tangkap penipu Afrika
- Datuk palsu Singapura terjerat
- Lelaki
dicari bantu siasatan kes tipu perbankan Internet
- Wanita tinggal
bersama lima lelaki asing ditahan
No comments:
Post a Comment