Sunday 15 April 2012

Gas Kilang Punca Amukan Petir

Gas Kilang Punca Amukan Petir
Kosmo 15 hb April 2012 Jurnal ms14
Kawasan Subang paling kerap disambar petir dipercayai akibat pelepasan gas dari sektor perindustrian. 15 pelajar sekolah menengah yang dalam program perkemahan di Kem Pengakap Pengkalan Badak, Bukit Katil telah dipanah petir.
Panahan petir menghasilkan kekuatan arus elektrik sekuat 300000 Ampere dan tahap kepanasan boleh mencapai 40000 C. Seramai 25000 orang di seluruh dunia telah menjadi mangsa panahan petir dan panahan petir mengakibatkan kemusnahan bernilai RM3.6 bilion setahun. Dianggarkan purata seorang mangsa maut dipanah petir setiap bulan di Malaysia! Mungkin juga jumlahnya lebih tinggi kerana Malaysia tidak mengumpul data manusia dipanah petir setahun!!
Kawasan Subang Selangor, dikenalpasti kawasan paling kerap disambar petir dipercayai akibat pelepasan gas dari sektor perindustrian dan kekurangan pokok-pokok akibat penggondolan berleluasa. Kawasan bukit bertanah tinggi juga ditarah bagi menjadi kawasan perumahan dan membuat jalan raya. Justeru Kawasan Subang digelar sebagai Mahkota Kilat. Terdapat kajian pelik di Kanada menyatakan rangsangan elektrik di otak dapat meningkatkan memori seseorang!!

No comments:

Post a Comment