Sunday, 13 May 2012

Minyak apakah yang paling baik

Minyak apakah yang paling baik?
Sifat Kimia Lemak
Lemak Tepu (Saturated Fat)
Kesemua atom karbon mempunyai ikatan tepu dengan atom hidrogen seperti stearic acid, minyak kelapa dan daging.
Monounsaturated Fat
Ada terdapat sekali kejadian di mana 2 atom karbon membina satu ikatan unsaturated seperti minyak zaitun.
Polyunsaturated Fat
Ada terdapat lebih dari sekali kejadian di mana 2 atom karbon membina satu ikatan unsaturated seperti linoleic acid, minyak jagung.

Kualiti minyak
Minyak tepu lebih tahan haba dari minyak tak tepu kerana ikatan tepu lebih stabil dan lebih kuat dari ikatan minyak tak tepu! Ikatan minyak atau lemak tak tepu sebenarnya tidak stabil, kurang kuat dan senang rosak (rancid) atau senang terurai oleh haba! Tangan atau lengan atau ikatan karbon dalam minyak tak tepu yang terurai ini akan bebas menggapai apa apa saja. Dikhuatiri lengan yang bebas ini akan menggapai racun seperti dioxin semasa anda memasak dan boleh meracun keluarga anda! Justeru, untuk memasak, Minyak tak tepu adalah pilihan yang memudaratkan! Oleh itu, untuk pelihara kesihatan anda, gunakan minyak kelapa semasa memasak. Diulang bahawa minyak paling baik untuk memasak adalah minyak kelapa dara!!!
Lemak teroxidised atau minyak teroxidised menyebabkan kanser dan penyakit jantung! Minyak unsaturated senang teroxidised terutamanya semasa memasak! Lipid peroxidation chain reaction (rancidity) menghasilkan berbagai bagai jenis mutagen dan karsinogen!!! (mutagen = bahan menyebabkan sel berubah bentuk dari normal menjadi sel tidak normal  @ sel kanser ;  karsinogen = bahan penyebab kanser ).
Penyelidik di Universiti Minnesota mendapati penghangatan minyak sayur sayuran seperti minyak jagung, soya, bunga matahari, terutamanya semasa aktiviti menggoreng, boleh menukarkan minyak unsaturated ini menjadi sebatian beracun HNE. Bahan HNE berpotensi menyebabkan angin ahmar, Parkinsonism, hati rosak, lupa, dan salur darah tersumbat!!!  Jika salur darah anda telah banyak yang tersumbat atau sempit, keadaan ini menyumbang kepada penyakit darah tinggi, penyakit lemah jantung (heart failure) atau jantung kembang (Cardiomegaly) dan penyakit angin ahmar (stroke)!!!
Memakan hasil minyak yang beracun seperti ini boleh menyebabkan anda cirit birit, terbantut tumbesaran, rambut gugur, penyakit kulit, letih lesu lemah tidak bermaya, pendarahan usus, kanser usus dsbnya!!
Restoran Fast Food kebanyakkannya mengunakan minyak rancid polyunsaturated!! Minyak ini pulalah yang digunakan untuk menggoreng ayam berkali kali sehingga minyak ini menjadi hitam ( Masih tak percaya? Tanyalah dengan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran yang pantau kebersihan makanan di Pejabat Kesihatan Daerah anda) !!! Justeru jika anda membeli ayam goreng yang berwarna gelap, anda eloklah tukar ke ayam goreng yang berwarna cerah sedikit! Tetapi, jika Fast food dan nasi lemak itu menggunakan minyak polyunsaturated, anda masih terdedah kepada berbagai mutagens dan karsinogen seperti diceritakan di atas!!

Justeru, minyak apakah yang paling baik untuk anda?
Untuk memasak / menggoreng = Gunakan minyak rantaian sederhana tepu ( Medium Chain Fatty Acid ) seperti minyak kelapa dara!
Minyak zaitun / canola / kacang Macadamia = monounsaturated adalah pilihan kedua untuk memasak!
Jangan sekali kali guna minyak polyunsaturated (Minyak Flaxseed, Walnut) untuk memasak!!! Minyak polyunsaturated hanya ideal ditelan mentah-mentah sahaja!!!
Polyunsaturated Omega 3 = minyak ikan
Polyunsaturated Omega 6 = minyak sayur-sayuran
Minyak Polyunsaturated Omega 3 dan minyak Polyunsaturated Omega 6 mesti dimakan dalam kadar 1:1 tetapi hari ini manusia tertipu dengan iklan mencantikkan kulit , lalu memakan terlebih Minyak Polyunsaturated Omega 6!!! Keadaan tidak seimbang ini atau lebihan Minyak Polyunsaturated Omega 6 menyebabkan mereka berpenyakit inflammasi ( Radang kulit atau gatal gatal kulit, kulit merah ), obesiti, kencing manis, penyakit jantung, kanser dan kemurungan!!! Insan di Malaysia sekarang memakan terlebih Minyak Polyunsaturated Omega 6 dalam diet mereka !!! Tiada siapa yang mahu menasihatkan mereka kecuali jika mereka berfikir selepas membaca penulisan ini!
Tetapi Gamma linolenic acid (GLA) dan conjugated linoleic acid (CLA) adalah 2 jenis Minyak Polyunsaturated Omega 6 yang bertindak seperti Minyak Polyunsaturated Omega 3! Anda disarankan mengambil GLA dan CLA kerana sifat mereka ini jika anda susah memakan minyak ikan! GLA meredakan gejala semasa datang bulan, mengurangkan radang, mengembang salur darah, mengurangkan darah beku, dan membantu pembakaran lemak dalm badan. CLA melawan kanser dan membina otot. CLA didapati dalam daging lembu yang hanya memakan rumput!!! daging lembu yang memakan bijirin kurang mempunyai CLA!

Minyak diekstrak menggunakan haba! Justeru semua Vitamin akan musnah! Ikatan polyunsaturated terurai oleh haba lalu membentuk sebatian beracun yang menyebabkan kanser! Justeru, Minyak Polyunsaturated seperti walnut dan flaxseed mesti diekstrak secara cold press dan bukannya secara heat press!!

Apakah jenis jenis minyak yang tidak baik untuk anda?
Mereka adalah refined vegetable oil seperti minyak jagung, safflower, sunflower, soya dan trans fat!
Minyak trans fat dibuat dengan proses hydrogenation dimana minyak Polyunsaturated dialirkan dengan hydrogen bagi menyebabkan ia menjadi minyak tepu secara olahan kimia! Minyak terhydrogenated adalah pepejal semasa suhu bilik! Banyak sekali Minyak terhydrogenated ini digunakan membuat kuih, kek, makanan terproses dsbnya. Malangnya minyak terhydrogenated menyebabkan kanser, penyakit darah tinggi, penyakit jantung, kegemukkan, kencing manis dan angin ahmar!!! Minyak terhydrogenated dihasilkan melalui tindakbalas haba. Justeru minyak terhydrogenated adalah minyak yang telah rosak (rancid) dan ia mengandungi agen penyebab kanser ( Carcinogenic agent )!!!
Ingatlah:
Makanlah makanan anda dalam bentuk semulajadi mereka diciptakan iaitu apa yang telah dijadikan Allah untuk anda!!! Jangan lupa memuji Allah dan berterimakasih kepadanya atas apa-apa nikmat dan kurniaan Allah kepada anda!!! Jangan sekali-kali anda memakan makanan yang telah direfined atau diolah oleh manusia kerana makanan makanan industri ini mengandungi banyak sekali racun dan toksik seperti kimia pengawet, pewarna kimia, perasa kimia dan perisa tiruan, wangian kimia, MSG dan sebagainya!!! Elakkan juga sayur sayuran beracun serangga, racun rumpai, racun kulat dsbnya yang dikenalpasti dengan LOGO Jabatan Pertanian "SOM" (Skim Organik Malaysia) dan "SLAM"(Skim Amalan Ladang Baik Malaysia)! Elakkan juga memakan daging atau tumbuhan yang dihasilkan dengan sangat cepat dan rintang penyakit luar biasa melalui teknoloji Genetic Engineering keluaran oleh negara-negara maju.
Daging di Malaysia pula berasal dari lembu, kambing, rusa, khinzir, itik, puyuh atau ayam yang telah disuntik ubat-ubatan antibiotik serta steroid bagi mempercepatkan tumbesaran haiwan2 ini! Masih tak percaya? Hairankah anda kenapa ayam penelur bertelur saban hari, saban minggu dan saban tahun? Sedangkan ayam kampung hanya bertelur maksimum sampai 13 biji telur saja dan terus mengeram selepas itu? Hormon apa yang telah disuntik kepada ayam penelur agar bertelur setiap hari? Adakah hormon ini selamat kpeada anda atau menjadikan lelaki bersifat wanita apabila lelaki jantan memakannya atau perempuan mendapat kanser ovari bila memakan kepak ayam?

ingat lagi bahawa:
Surah Ibrahim (14) : ayat 24 dan 25 Allah membuka rahsia minyak kelapa dara adalah minyak paling baik untuk manusia!!! Kenapa Allah memilih surah Ibrahim mungkin kerana Allah menyuruh kita berfikir Nabi Ibrahim hanya membekalkan Siti Hajar dan bayi kecilnya yang baru lahir Nabi Ismail dengan buah kurma iaitu tatkala nabi Ibrahim meninggalkan isterinya, Siti Hajar masih sarat mengandungkan Nabi Ismail. Nabi Ibrahim meninggalkan isterinya Siti Hajar di padang pasir yang tandus kering kontang tanpa seorang manusia pun atas perintah/ujian Allah! Siti Hajar berlari dengan perut besarnya dan mengejar nabi Ibrahim yang meninggalkannya lalu bertanya kepada nabi Ibrahim adakah Allah yang memerintahkan sedemikian, Nabi Ibrahim menjawab 'ya' lalu Siti Hajar reda dan berserah kepada ketentuan Allah. Siti Hajar berlari-lari anak antara Safa dan Marwah bagi mencari manusia bagi meminta pertolongan kerana ditinggalkan keseorangan hanya dengan anaknya yang baru lahir iaitu Nabi Ismail. Rupa-rupanya meminta tolong hanyalah kepada Allah dan bukan kepada manusia! Allah mengadakan satu anak sungai di bawah tanah yang kekal airnya sehingga kini dan memberi manfaat perubatan kepada segala manusia. Air Zam Zam bersifat antioksidan dan penawar penyakit! Wajah molekul Air Zam Zam adalah wajah molekul air yang tercantik di dunia dibuktikan oleh Pakar Jepun, Dr Masaru Emoto. Zam Zam bermaksud kepungan yang dibina dengan tangan oleh Siti Hajar kerana takut air itu akan tersejat dek panas matahari ketika itu. Buah kurma yang dibekalkan nabi Ibrahim kepada isteri dan anaknya nya adalah satu lagi ciptaan Allah yang amat bermanfaat kepada manusia. Kurma bersifat antioksidan dan antikanser!!! Sampai ke hari ini, belum ada manusia yang memiliki keimanan seteguh dimiliki oleh Nabi Ibrahim.
Selama ini saya sendiri dan anda semua telah tertipu dengan propaganda barat yang mendakwa minyak soya, minyak bunga matahari, minyak zaitun adalah sangat baik untuk kesihatan anda!!! Rupa-rupanya minyak propaganda barat inilah punca segala penyakit!!! Walaupun ,minyak kelapa adalah saturated ( 64% = medium chain saturated fatty acid), ia tidak berbahaya. Malah bermanfaat menyihatkan anda. Minyak kelapa dara rupa-rupanya meningkatkan tahap imuniti badan anda, melawan kanser dan meringankan penderitaan pesakit alahan seperti lelah asma dan resdung jika diambil mentah secara konsisten iaitu dua sudu besar setiap pagi!!! Minyak kelapa dara mencantikkan kulit serta merendahkan aras kolesterol jahat LDL manakala meninggikan paras kolesterol baik HDL!!! Minyak kelapa dara juga melembutkan tahi telinga yang telah mengeras dalam lubang telinga. Isirung kelapa mengandungi fiber, lemak, vitamin B, C, E, calcium, magnesium, Besi, Zinc dan Potasium. Air kelapa lebih baik daripada hundred plus atau Livita bagi menghilangkan keletihan dan memberi tenaga semasa anda cirit birit!!!
Lauric acid dalam santan kelapa atau minyak kelapa dara bersifat antivirus, antibacterial, antikulat. Lauric acid dapat membunuh fat coated viruses iaitu termasuk virus HIV, cytomegalovirus, measles, herpes, influenza, leukemia, hepatitis C dan virus Eipstein Barr.
Badan anda sebenarnya cepat membakar minyak medium chain saturated kelapa dara ini berbanding dengan long chain unsaturated fatty acid seperti minyak soya!!! Bila susah membakar long chain unsaturated fatty acid, ia ditukar dan disimpan sebagai lemak...!! Anda akan menderita kegemukan dengan minyak soya!! Minyak lauric acid dari kelapa dara ini juga membantu anda menguruskan badan!! Lauric acid tidak perlu diemulsi sebelum dapat diserap usus. Lauric acid dalam  kelapa dara juga membantu usus anda!!!
Lauric acid dalam santan kelapa atau minyak kelapa dara juga membunuh bakteria seperti Helicobacter pylori ( bacteria penyebab kanser perut ), Listeria dan Streptococcos. Sehingga kini tidak ada satupun ubat-ubatan ciptaan big pharma yang dapat menandingi ciptaan semulajadi Allah ini!!! Puji-pujian atas Allah yang Maha pemurah, Maha Pengasih penyayang, Maha Pencipta lagi Maha bijaksana.
Gunakan hanya minyak kelapa dara yang diexstrak tanpa menggunakan haba untuk hasil terbaik!!! Saturated minyak kelapa adalah medium chain, iaitu sama dengan konstituen medium chain saturated fat dalam air susu ibu!!! ( Minyak tepu yang kurang baik adalah long chain saturated fatty acid!!! ).


Kacang Soya Berbahaya Kepada Manusia

Kacang Soya Berbahaya Kepada Manusia? Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan berkepentingan wang  sehingga yang baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka. Kita selalu digembar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.
Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
1.   Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
2.   Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda / otak.
3.   Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
4.   Menambah sifat sifat kewanitaan pada lelaki.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen ( yakni hormon wanita ). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (boleh mempengaruhi kejantinaan seseorang kewanitaan ).
FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2). (1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.) (2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia.
Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum. Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak menyahaktifkan perencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino. Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di nyahaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya) Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit. Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasaskan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka. Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Leigh University, Bethlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya. Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal. Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima kandungan hormon bersamaan dengan 5 biji pil perancang dalam sehari!
Pergh! FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid. Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.
MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT Wallahu alam Ustaz Hashim Al-Maranji

Jangan minum air dalam botol plastik

Jangan minum air dari botol plastik dalam kereta! Tahukah anda bahawa amat bahaya minum botol air yang lama dalam kereta? Anda boleh membaca maklumat di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut kenapa hal ini bahaya. Semoga kita sama-sama dapat mengelakkannya kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah dikenalpasti sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutama di Australia … Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini. Doktor berkata : manusia tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.
Doktor berkata bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia dioxin yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita anda. Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun seperti dioxin, BPA, VCM dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca. Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua. Admin ada botol air dalam kereta, tapi sebagai bekalan air untuk enjin kereta. Yalah, kadang-kadang kita membeli air mineral untuk perjalanan jauh. Kemudian ulang meminumnya pada perjalanan lain. Jika anda meletak air dalam kereta pastikan tidak diletakkan di tempat yang terdedah pada pancaran matahari nanti akan jadi air musyammas pula. Boleh menyebabkan penyakit sopak.
PS: Lelaki pun dah ada kanser payudara sekarang tau jangan memain.




Bahaya Makan Kepak Ayam

Bahaya Makan Kepak Ayam kepada Wanita – Betul kah kepak ayam merbahaya kepada wanita? Kalau benarlah seperti yang digembar-gemburkan maka para wanita harus mengelakkan daripada makan bahagian kepak ayamlah selepas ini. Admin sebagai lelaki pun risau juga dengar pasal nih. Berdasarkan kisah yang admin baca nie, memakan kepak ayam merbahaya kepada wanita kerana dikatakan ada kaitan dengan kanser. Mari baca dahulu kisah nie sebelum membuat andaian.
Kisah Benar “Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita”
Pertumbuhan sista (cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita. Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap. Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.
Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada masakini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan. Ubat steroid ini disuntik bertujuan mempercepat tumbesaran, mengurangkan pembentukan lemak sebaliknya menggalakkan pertumbuhan daging. Jika anda mahu body secantik Sylvester Stallone, anda pun kenalah suntik steroid juge... tapi awasi kesan jangka panjang steroid!! Untuk pengetahuan anda, bukan ayam je yang disuntik, tetapi haiwan lain seperti lembu, babi, kambing, itik, rusa pun mereka suntik juga...
Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher, kepak atau di peha drumstick. Ini menyebabkan kepekatan tertinggi steroid wujud di tempat-tempat ini. Steroid boleh menyebabkan kesan sampingan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan. Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.
Apa pendapat anda selepas baca kisah di atas? Adakah betul-betul ada suntikan hormon (steriod) tumbesaran tersebut. Anda mesti pernah jumpa penjual ayam goreng 1 ketul RM1.00 di tepi jalan? Fikir-fikirkanlah, bukan kepada wanita juga, bahkan lelaki, kerana makananlah juga kadang-kadang menjadi ubat penyembuh, dan kadang-kadang menjadi racun pembunuh. Sama lah juga tentang perihal Bahaya Kepak Ayam pada Wanita. Pilihan di tangan Anda!
PS: Sedap itu hanya sekadar lidah dan kerongkong sahaja, kerana setakat itu sahaja nikmat dunia, sedangkan perutlah yang bakal menerima akibat baik buruknya. Juga Allah suruh manusia menggunakan anugerah akal agar berfikir selalu terutamanya tentang kebesaran Allah ... Pernahkah anda terfikir kenapa ayam penelur bertelur sepanjang tahun? Pernahkah anda terfikir Misha Omar yang berhajat menyusukan anak angkatnya? Semua kejadian ini di zaman dulu tidak mungkin terjadi tetapi telah boleh terjadi di zaman sekarang dengan penggunaan hormon sintetik berasaskan kimia ciptaan manusia!! Kita khuatir akan kesan sampingannya ...

Dr.Ajay Varma ~ Important ... must read!!!
Avoid eating chicken wings frequently - ladies especially ; A true story... !  A friend of mine recently had a growth in her womb and she underwent an operation to remove the cyst.  The cyst removed was filled with a dark coloured  blood.  She thought that she would be recovered after the  surgery but she was terribly wrong. A relapse occurred just a few months later. Distressed, she rushed down to her  gynecologist for a consultation. During her  consultation, her doctor asked her a question that puzzled her. He ask if she was a frequent consumer of chicken wings and she replied yes wondering as to how, he knew of her eating habits.  You see, the truth is in this modern day and age,  chickens are injected with steroids to accelerate their growth so that the needs of this society can be met. This  need is none other then the need for food.  Chickens that are injected with steroids are usually given the shot at the neck or the wings. Therefore, it is  in this places that the highest concentration of steroids  exist.  These steroids have terrifying effects  on the body as  it accelerates growth. It has an even more dangerous effect in the presence of female hormones, this leads to  women being more prone to the growth of a cyst in the womb.  Therefore, I advise the people out there to watch  their diets and to lower their frequency of consuming chicken wings!  People who receive this email, please forward it to your friends and loved ones.  I am sure no one wants to see him or her suffer!


suplemen vitamin Meracun Manusia

suplemen vitamin Meracun Manusia

I had a barrage of emails from people who were shocked to hear that supplements that contained chromium caused damage to DNA, which can lead to cancer.  Fortunately, if you adhere to "nutrient logic" as outlined in my book, Over-The-Counter Natural Cures, you can force your body to heal.

I have more warnings....If you take multivitamins or glucosamine HCl pay attention.

You cannot continually poison your body with shoddy pills and expect to get better.  That goes for multivitamins too!  There are far too many shortcomings to mention here, but did you know that they can damage your nervous system?

In 2008, the U.S. Food and Drug Administration (FDA) conducted a
study to uncover potential risks among supplements. Researchers
concluded that, the presence of lead was "far too common." The
Vitamin Shoppe Multivitamin "Especially for Women" was tainted
with 10 times the safe amount of lead. The company has since
taken action and remedied the danger, but, tens of thousands are
still suffering. Children are at risk too!  I recently warned about "Gummi
Vitamins" in a PC Reality TV clip.  An independent analysis showed that a single dose of select products contained 180-270% more vitamin A than the daily limit set by the Institute of Medicine. One of the guilty parties was Hero Nutritionals, with their product "Yummi Bears," a supposed multivitamin for kids. 

Vitamin A overdose leads to nausea, headache, fatigue, loss of appetite, dizziness, and dry skin. Long term, it can cause bone and joint pain. Severe cases may result in liver damage. Clearly, not very yummi.

Wake up people!  More often than not, we are our own worst enemy when it comes to health.  Make the wrong choices, and your lifespan dwindles.

Replace your multivitamins with a MULTINUTRIENT like CardioFX. Hands down, this preserves total heart health at any age.  

We are close to being sold out once again.  Buy here: http://www.getcardiofx.com

Want to keep an active lifestyle?  Then stop messing around with products that contain glucosamine HCl.  Its worthless.  The body needs sulfur containing compounds to live young and heal itself.  

Trash glucosamine HCL and start using Joint FX: http://thepeopleschemist.com/joint-fx/

To stop being swindled, stop complaining and sending us emails with endless questions.  Take charge of your health and read Over-The-Counter Natural Cures, already!

http://www.amazon.com/Over-Counter-Natural-Cures-Supplements/dp/1402225059/ref=sr_1_1?ie=UTF8&qid=1333644640&sr=8-1

Dare to live young,

The People's Chemist
3600 Cerrillos Dr. #714C-802
Sante Fe, New Mexico 87507

Bagaimana mengguna racun secara betul

Bagaimana mengguna racun secara betul

Langkah-langkah keselamatan dalam penggunaan racun

Bahan kimia pertanian mestilah sentiasa digunakan dengan cermat. Setengah daripadanya adalah  racun kepada haiwan dan yang lain adalah merbahaya kepada manusia apabila tersedut atau terserap dengan banyaknya atau kerana seseorang itu terdedah lama kepadanya. Untuk menggunakan bahan kimia ini dengan selamat, bahayanya kepada kesihatan mestilah difahami dahulu. Tidak seorang pengguna pun yang harus didedahkan kepada bahan kimia selama lebih daripada enam jam sehari. Langkah-langkah untuk mengelakkan atau mengurangkan kecederaan daripada dedahan kepada racun perosak haiwan haruslah diambil pada peringkat-peringkat seperti disebutkan di bawah:
Semasa menyimpan

i.             Simpan racun perosak haiwan di tempat yang kering dan mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Keadaan kering mengurangkan kakisan atas bekas-bekas logam, dan pengudaraan yang cukup menyingkirkan asap dari bilik itu.
ii.            Kunci bilik itu dengan sempurna untuk mengelakkan bahan-bahan kimia dari sampai ke tangan kanak-kanak dan binatang.
iii.           Jauhkan racun perosak haiwan dari cahaya matahari kerana ia boleh merosakkan mutunya.
iv.          Sentiasa menyimpan bahan-bahan kimia itu dalam bekas yang berlabel. Bekas yang rosak hendaklah diganti. Label-label  itu akan mengurangkan risiko menggunakan bahan-bahan kimia yang salah.
v.           Beri ruang yang cukup untuk bergerak supaya dapat mengelakkan kemalangan seperti melanggar atau menumpahkan bahan-bahan kimia pertanian.
Sebelum menggunakan

i.             Hendaklah selalu berfikir samada betul-betul perlu benar untuk menggunakan racun perosak itu.
ii.            Jika ada beberapa racun perosak haiwan yang boleh digunakan, pilih yang paling kurang bisa kepada manusia dan haiwan.
iii.           Sentiasa baca arahan  pada label sebelum menggunakan dan ikut arahan  itu dengan betul, terutama sekali langkah-langkah keselamatan yang mesti di ambil dan  sukatan yang hendak digunakan.
iv.          Gunakan penyembur yang berasingan bagi jenis racun perosak haiwan yang berlainan.

Apabila mencampur

i.             Jangan sekali-kali menggunakan tangan apabila mencampur racun perosak kerana kulit tangan mungkin akan menyerap bahan-bahan itu. Selalu gunakan bahan lain seperti kayu dan lainlain.
ii.            Patuhi arahan-arahan pada label di bekas. Gunakan sukatan yang betul. Jangan gunakan ia berlebihan kerana ini akan merbahaya kepada tanam-tanaman yang disembur dan juga kepada alam sekeliling.
iii.           Jangan makan, minum atau merokok semasa mencampur untuk mengelakkan pengambilan racun perosak haiwan dengan tidak sengaja.
iv.          Campur racun perosak itu dengan lebih cermat di tempat terbuka yang berudara cukup. Elakkan dari terpercik atau tertumpah dan elakkan menyedut asap bahan-bahan kimia itu

Apabila menggunakannya
i.             Periksa penyembur itu untuk sebarang kebocoran sebelum mengisinya dengan larutan racun perosak. Sebarang kebocoran akan menambahkan lagi risiko pendedahannya kepada pengguna.
ii.            Jangan menyembur melawan arah angin kerana ini akan menghalakan semburan itu ke muka pengguna. Jika boleh, elakkan dari menyembur ketika angin kencang.
iii.           Pakai pakaian pelindung seperti sarung tangan dan topeng (Goggle) bagi mengelakkan sentuhan racun itu kepada kulit badan dan mengelakkan menyedut semburan, habuk atau asap.
iv.          Jangan makan, minum dan merokok semasa menyembur.
v.           Ingatkan orangramai supaya jangan masuk ke kawasan yang sedang di sembur. Gunakan papan tanda.

Selepas digunakan

i.             Basuh dan bilas semua penyembur hingga bersih sebelum disimpan.
ii.            Bekas-bekas bahan kimia yang kosong mestilah dikemek-kemekkan, dibakar atau ditanam. Jauhkan diri daripada asap  jika bekas-bekas itu di bakar kerana asap itu mengandungi racun dioxin.
iii.           Mandi bersih-bersih dan tukar pakaian yang bersih.
iv.          Salurkan air yang digunakan ke dalam tangki khas untuk mengelakkan pencemaran kolam atau sungai
v.           Jangan mulakan kerja memungut hasil sehingga binatang ternakan atau tanaman yang disembur itu tidak merbahaya lagi untuk dipasarkan.

Awas mempelam yang anda makan

Awas mempelam yang anda makan
Pernahkah anda melihat mempelam yang berjerawat atau cacat kulitnya dijual di kedai2, pasar borong atau supermarket? Sudah tentu tidak pernah bukan? Sedarkah anda kebanyakan mempelam yang dijual itu berasal dari Siam?
Pernah terdengar cerita kawan yang pakcik beliau bekerja sebagai Kastam di Padang Besar. Beliau berhujah bahawasanya, beliau sudah tidak pernah sanggup memakan mempelam Siam lagi kerana Pakciknya ternampak orang Siam menyuntik sesuatu bahan ke dalam pangkal buah mempelam. Nah, apakah bahan yang disuntik itu? Sudah tentu ia bahan kimia yang akan mengawetkan mempelam supaya tahan lama di Semenanjung Malaysia. Pernahkah KKM membuat persampelan racun kepadanya? Allahualam... Antara racun yang popular di Malaysia ialah Malathion, Sumithion, Aqua Resigen dan seperti dibawah:
Racun serangga
Ia adalah bahan kimia pertanian yang digunakan untuk membunuh serangga perosak tanaman.
a)   Racun serangga jenis sentuh ialah racun serangga yang membunuh serangga apabila tersentuh badan serangga. Contoh seperti B.H.C dan Cabaryl
b)   Racun serangga jenis perut ialah racun yang membunuh serangga apabila bahagian yang disembur dimakan . Contohnya seperti B.H.C dan cabaryl.
c)   Racun serangga jenis serap ialah racun serangga yang apabila disemburkan ke atas daun-daun akan diserap dan dibawa ke bahagian lain tumbuhan. Jadi mana-mana bahagian tumbuhan yang dimakan oleh serangga akan membunuh serangga berkenaan. Contohnya ialah Racun Demephion.
d)   Racun serangga jenis fumigasi ialah racun serangga yang  di gunakan dalam bentuk semburan asap dan akan membunuh serangga yang berada dipersekitaran tersebut. Contohnya ialah racun menyembur nyamuk.

Racun kulat
Ia adalah bahan kimia pertanian yang melindungi tumbuhan daripada serangan kulat yang biasanya terdapat pada tanaman. Biasanya ia mengandungi sebatian kuprum, sulfur, zingkum atau raksa. Setengah racun kulat adalah pelindung. Selepas disemburkan ianya berada sebagai lapisan nipis di atas permukaan daun dan membunuh spora-spora kulat yang jatuh ke atasnya. Racun kulat yang lain, dikenali sebagai racun kulat serap, adalah diserap ke dalam tumbuhan melalui daun dan memusnahkan kulat yang telah masuk ke dalam tumbuhan itu.

Racun rumpai
Racun yang digunakan untuk memusnahkan rumpai yang boleh menjejaskan pertumbuhan pokok yang di tanam. Ianya boleh dikelaskan kepada:
a)   Racun sentuh. Racun ini akan membunuh hanya bahagian-bahagian pokok yang menerima racun. Semua pokok hendaklah disembur sehingga cukup basah untuk membunuhnya. Misalnya paraquat.
b)   Racun serap. Racun ini akan masuk ke dalam pokok melalui daun-daun  atau akar-akar sebelum membunuh nya. Misalnya Dalapon, Atrazine dll.
c)   Racun pra-cambah. Racun ini disembur atau ditabur atas tanah yang baru sahaja dibajak atau digemburkan untuk membunuh benih rumpai yang sedang bercambaah atau akan bercambah.Biasanya racun ini disembur selepas sahaja  biji benih tanaman ditanam atau sebelumnya. Misalnya Lasso, Nitrofen dll
d)   Racun bertindak pilih. Racun ini ada banyak jenis, iaitu ada yang membunuh tumbuhan yang berdaun lebar ( 2,4-D ), ada yang lebih berkesan atas rumput-rumput ( Dalapon ) dan ada yang membunuh semua jenis tumbuh-tumbuhan melainkan satu atau beberapa jenis tanaman. Misalnya Diphenamid dll.
e)   Racun lepas cambah. Racun-racun ini hendaklah disembur atas daun-daun tumbuhan untuk membunuhnya. Misalnya paraquat.
f)    Racun am. Racun ini membunuh semua jenis tumbuh-tumbuhan. Misalnya glyphosate.

Racun Umpan
Ia adalah racun yang digunakan dalam bentuk umpan dan biasanya digunakan untuk membunuh haiwan perosak seperti tikus dan siput. Ia dicampur dengan makanan dan diletakkan di tempat yang kerap didatangi oleh binatang-binatang itu. Misalnya ialah Metadex untuk membunuh siput dan Warfarin untuk membunuh tikus.

Pernahkah anda terfikir kenapa mempelam itu tidak cacat sedari putik hingga ia menjadi buah? Sudah tentu penggunaan racun digunakan secara maksimum kerana mempelam tempatan  biasanya mudah rosak kerana kurang penggunaan racun! Relakah anda memberi makan kepada keluarga anda mempelam yang sedemikian rupa?
Racun pada permukaan kulit tidak hilang sepenuhnya walaupun direndam dengan air garam... kepekatan racun hanya boleh berkurangan itu saja. maknanya anda masih terdedah kepada penyerapan racun. Racun yang diserap ke dalam darah akan disimpan dalam sel-sel lemak badan anda dan akan dirembes perlahan-lahan semasa anda tidur. Jangan dilupa kesan terkumpul racun (Cumulative effect ) apabila anda terus terusan memakan mempelam atau buah buahan lain yan beracun.
Tidak hairanlah berbagai bagai jenis penyakit yang dulunya jarang didengar telah melanda rakyat negara ini... Buktinya, penyakit buah pinggang rosak sepenuhnya ( End Stage Renal Failure ) telah meningkat kejadiannya dari tahun ke tahun. Justeru, bilangan pusat pusat dyalisis juga tumbuh bagai cendawan kerana ia menjanjikan pulangan yang amat banyak! Pesakit Dialisis memerlukan 3 kali cucian darah seminggu (Sekali cuci darah @ Dialisis = RM 200 ) oleh itu sebulan RM2400 ! jumlah ini belum termasuk jumlah bayaran ubat dan upah consultasi pakar nephrologist melihat anda !!