Ubat Batuk
Semua
ibu bapa sayang kepada anak mereka... Justeru, pantang sakit sikit terus dibawa
ke dokter. Dokter pula ada macam-macam jenis.. Jika terkena yang mata duitan
sudah tentu anak anda diberi sampai 4 atau lima jenis ubat kononnya untuk
sebagai ubat spare.. Biasanya ibu bapa tak membantah tetapi menerima saja
saranan dokter supaya makan banyak ubat. Anak diberi ubat demam walaupun anak
tidak sakit.
Kadang
kadang, Ibu bapa sendiri menekan dokter agar memberi ubat antibiotik terbaik,
termahal, tercanggih dan paling baru di pasaran kononnya itulah yang terbaik
untuk anak mereka. Pendek kata untuk anak mereka, mereka hanya dombakan yang
terbaik!!!. Lantaklah apa nak jadi kepada anak orang lain mereka tidak kisah
kerana mereka khabarnya adalah golongan berada serta banyak wang.... Ubat baru
banyak keburukannya, umpamanya, kesan sampingan ubat masih belum diketahui
secara jelas! Justeru, anak anda mungkin akan jadi haiwan ujikaji (guinea pig)
bagi menguji kesan sampingan atau keberkesanan sesuatu ubat!
Sedikit
saja di kalangan ibu bapa yang berfikir panjang tentang ubat - ubatan moden.
Ubat - ubatan moden dicipta melalui kajian kimia oleh biochemist, toxicologist
dsbnya. Malangnya, kerana ia dari unsur kimia dan bukan unsur alami, ia akan
mempunyai kesan mudarat. Walaupun anda tidak melihatnya dalam jangka pendek,
mungkin kesan itu akan terserlah dalam jangka panjang akibat kesan kesan
terkumpul (kumulatif)... Ubat alami tidak dapat dipatenkan. Hanya ubat kimia
boleh dipatenkan. Namun, ubat malaria yang didapati dari pokok kuinin dicuba
paten sebagai ubat kimia. Begitu juga ubat penicillin yang asalnya didapati
dari kulat telah dipaten sebagai ubat kimia bagi mengaut keuntungan!
Oleh
itu, jangan segan atau malu untuk menyoal dokter @ farmasi kerana adalah hak
anda sebagai ibu bapa bertanyakan secara terperinci mengenai kesan kesan
sampingan atau kesan buruk ubat ubatan yang diberi oleh dokter / farmasi kepada
anak anda...
Biasanya
ubat batuk mengandungi H1 Antihistamin. Antihistamin boleh menekan pusat
pernafasan (respiratory center suppression) dan menyebabkan anak anda susah bernafas.
Kejadian bayi mati tersedak susu mungkin berpunca dari masalah bayi diberi
minum ubat batuk sebelum tidur!! Justeru pemberian ubat batuk kepada bayi
dibawah umur 2 tahun sebenarnya adalah tidak boleh diamalkan!!
Pusat
pusat jagaan bayi amat suka jika bayi jagaan mereka tidur lena. ini
menyenangkan tugasan mereka dan lebih masa untuk mereka berehat. Perkara ini
boleh dicapai dengan mudahnya jika anggota taska itu mencampurkan ubat batuk ke
dalam makanan atau minuman bayi anda! Perlu diingatkan bahawasanya penjualan
ubat batuk di kalangan klinik swasta adalah berleluasa dan harganya juga
murah!! Bayi yang terminum ubat batuk ini akan tidur lena kerana otak mereka
ditekan oleh bahan kimia yang terdapat dalam ubat batuk... Bahan kimia dalam
ubat batuk ini juga boleh menekan respiratory center yang menyebabkan anak anda
tidak bernafas dan akhirnya mati di dalam buaian walhal semasa anda menghantarnya,
bayi itu adalah aktif dan batuknya kalau adapun adalah sedikit saja. Pusat
pusat jagaan bayi juga sering mahu untung segera dengan tidak melatih pekerja
pekerja mereka dengan kursus basic @ advance neonates / infants cardiopulmonary
support.
Antara
contoh ubat batuk itu adalah seperti berikut
|
Nama
Kimia
|
Contoh
Nama Komersial
|
|
Highly
Sedative
|
|
|
Diphenhydramine
|
Benadryl
|
|
Dimenhydrinate
|
Dramamine
|
|
Promethazine
|
Phenergan
|
|
Hydroxyzine
|
Atarax
|
|
Moderately
Sedative
|
|
|
Pheniramine
|
|
|
Antazoline
|
|
|
Trimeprazine
|
|
|
Cyproheptadine
|
|
|
Meclizine
|
|
|
Buclizine
|
|
|
Mild
Sedative
|
|
|
Chlorpheniramine
|
Piriton
|
|
Triplolidine
|
Actifed
|
|
Cyclizine
|
|
Tahukah
anda ubat seperti cyclizine dan meclizine boleh menyebabkan kecacatan bayi
dalam kandungan ibu! Kesan ini dinamakan teratogenic effect!! Ubat ubat alami
julung julung kali menyebabkan kesan sampingan kepada manusia dan biasanya
adalah selamat untuk manusia. Namun begitu, ubat ubat kimia menjadi pilihan
doktor, farmasi dan kilang ubat kerana ia boleh dipatenkan dan dari sini
menjana wang yang amat banyak!!!
No comments:
Post a Comment