Lelaki berjaga malam demi Bola EURO 2012 mati
BEIJING: Gara-gara menonton perlawanan bola
sepak Euro 2012 secara melampau, seorang lelaki mati selepas berjaga berterusan
selama 11 malam, lapor media semalam. Penyokong England dan Perancis, Jiang
Xiaoshan, menahan dirinya daripada terlelap bagi mengelak terlepas aksi setiap
perlawanan bola sepak yang berlangsung ketika ini. Menurut media, Jiang mati
akibat letih melampau. Disebabkan perbezaan masa, Jiang dilaporkan berjaga
setiap malam bersama rakan-rakan sebelum pergi bekerja keesokan hari. Selepas
perlawanan Ireland menentang Itali, Sina.com melaporkan, Jiang pulang ke
rumahnya di Changsha kira-kira jam 5 pagi. “Dia kemudian mandi, tertidur dan
tidak membuka matanya langsung selepas itu,” lapor Sina.com. Rakan Jiang
berkata, kematian itu mengejutkan kerana setahu mereka, Jiang “agak sihat” dan
aktif bermain bola sepak mewakili universitinya beberapa tahun lalu. Namun,
sumber lain berkata, kesan pengambilan alkohol dan rokok, bercampur faktor
keletihan kerana berjaga menyebabkan sistem imunisasi Jiang lemah. - TS
sumber : harian Metro
No comments:
Post a Comment