Sunday, 9 September 2012

Adik Safiah Humaira


Adik Safiah Humaira

Kanak-kanak malang ini meninggal dunia akibat dihentak berulang-kali di kepala dengan tukul besi. Akibatnya, tempurung kepala dua orang kanak-kanak ini retak teruk. Gambar di bawah menunjukkan hasil post-mortem yang dibuat oleh pakar forensik untuk mendapatkan bukti yang kukuh bahawa mangsa telah dibunuh dengan menggunakan tukul besi. (biasanya ditulis dengan alat yang tumpul). Kejadian ini berlaku di negara Barat. Di Malaysia juga sama, penderaan kepada kanak-kanak semakin menjadi-jadi. Baru-baru ini pembunuh Adik Safiah Humaira telah dihukum gantung oleh mahkamah. Pembunuh yang tidak berhati perut ini merupakan kekasih kepada ibu Adik Safiah. Pembunuh ini adalah Mohd Fazli Azri Jamil, 28. Mangsa telah dipijak berkali-kali diatas perut dengan menggunakan kasut bola. Bayangkan dengan tenaga lelaki dewasa ini memijak perut kanak-kanak naïf itu. Sangat menyedihkan.. Walaubagaimanapun, pembunuh Adik Nurin Jazlin masih lagi belum ditangkap. Penulis harap suatu hari nanti Allah swt tunjukkan kepada pihak berkuasa ‘jalan’ untuk menangkap lelaki yang membunuh adik Nurin Jazlin. InsyaAllah.. Kepada pembaca semua, bersama-samalah kita mencintai dan menyayangi kanak-kanak. Adalah lebih berharga kita menyayangi kanak-kanak berbanding kita menyayangi wang ringgit.

Rujukan Kami https://takusahrisau.wordpress.com/tag/sayangilah-kanak-kanak/

 

 

No comments:

Post a Comment