Sunday, 9 September 2012

Pelajar pakai kanta lekap buta sekejap


Pelajar pakai kanta lekap buta sekejap

KLANG: Gara-gara memakai kanta lekap berwarna jenis murah dan tidak berkualiti, seorang gadis berusia 18 tahun dari Kapar, di sini, kini berdepan masalah penglihatan sehari selepas memakainya. Nabila Rosli yang membeli kanta lekap itu dengan RM25 sepasang di Seremban, Khamis lalu, berkata sejurus bangun daripada tidur esoknya, dia tidak boleh melihat apabila kedua-dua mata sakit dan membengkak teruk. Kejadian itu turut menyebabkan penglihatan mata pelajar kolej di Seremban itu menjadi kabur selama dua hari. Malah, sambutan Aidilfitri yang sepatutnya ceria bertukar muram berikutan dia tidak boleh berjalan jauh disebabkan mata bengkak dan penglihatan kabur.

"Ini bukan kali pertama saya pakai kanta lekap. Selepas pakai, saya bersihnya seperti biasa. Malah saya juga menanggalkannya sebelum tidur. Nabila tidak menyangka kejadian mata sakit dan bengkak itu terjadi kerana dia sering pakai kanta lekap . Dia bersama rakan membeli kanta lekap berwarna itu untuk dipakai semasa AidilFitri. Saya pakai kanta lekap itu seperti biasa dan selepas bangun tidur, penglihatan saya tiba tiba gelap menyebabkan saya panik. Hingga semalam penglihatannya masih kabur dan terpaksa mendapatkan rawatan susulan pakar mata selama seminggu. Saya sedih kerana mata bengkak teruk dan berair selepas bangun tidur. Pakar mata turut mengesahkan ia angkara kanta lekap murahan.

Rujukan : Harian Metro 23 Ogos 2012

Komen: Pakai kanta lekap tak elok untuk mata. Allah mencipta mata tanpa bekalan salur darah di lapisan kornea. Bekalan oksijen dan nutrien ke kornea hanyalah melalui resapan cecair aqueous humor. Kanta lekap juga sebenarnya kurangkan resapan oksijen atmosfera ke kornea. Justeru pemakaian cermin mata lebih sihat dan selamat untuk mata anda. Mata boleh jadi merah jika termasuk habuk dan allergen. Ubat steroid dititis dalam mata untuk meredakan radang dan beri kelegaan pada mata. Namun demikian, penggunaan jangka panjang steroid eye drop boleh sebabkan glaukoma dan berakhir dengan kebutaan!

No comments:

Post a Comment