9 Jun 2012
KUALA LUMPUR – Seorang operator kilang kini bingung
memikirkan nasibnya apabila diburu beberapa bank tempatan selepas kad
pengenalannya yang hilang 18 tahun lalu, didakwa telah digunakan oleh
individu lain untuk membuat empat pinjaman perumahan dan empat kad kredit
berjumlah RM250,000. Mangsa, Noor Lela Nazri, 40, berkata, kad pengenalan
tersebut hilang selepas beg tangannya diragut pada tahun 1994 di Taman Melewar,
Gombak. Ceritanya, dia mula menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan selepas
menerima surat mengenai tunggakan hutang kad kredit daripada sebuah bank
berjumlah RM22,500 pada tahun 2004. Menurut ibu kepada seorang anak itu, dia
kemudian membuat laporan polis mengenai perkara itu. “Pada awalnya, saya sangka
masalah itu akan selesai tetapi sekali lagi saya mendapat surat daripada sebuah
lagi bank menyatakan saya mempunyai satu pinjaman perumahan berjumlah RM80,705 pada 29 Jun
2006,” katanya pada sidang akhbar di Biro Pengaduan Awam MCA di sini semalam. Bimbang
masalah tersebut semakin serius, Noor Lela lantas mengajak suaminya, Mat Saad
Karim, 41, pergi
ke Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat aduan pada tahun 2009.
Kosmo
P/S
:
1. Kalau kad pengenalan
anda hilang pastikan anda buat laporan polis dan simpan le laporan polis tu
sampai bila bila!!!
2. Kenapa pihak bank
benarkan pinjaman walhal gaji kawan ni RM500 je sebulan!!!
3. Dia ne dah buat
pinjaman RM22,500 pada tahun 2004!! Kenapa pihak bank masih tak blacklist dan
kawan ne masih boleh buat pinjaman sampai RM250,000???
4. Adakah orang dalam
bank terlibat sama dalam penipuan ini ???
No comments:
Post a Comment