Air Liur Kucing Bahaya
Cat-scratch disease (CSD) (penyakit cakaran
kucing), ia penyakit jangkitan kuman yang boleh dipindahkan kepada manusia
menerusi gigitan, cakaran dan pendedahan kepada air liur kucing.
Kuman B.henselea selalunya berada dalam air liur kucing
tanpa mengira jenis atau baka kucing. Kuman ini datang daripada kutu dan kucing
bertindak sebagai pembawa. Kewujudan kuman ini dalam air liur kucing tidak
membuatkan kucing itu sakit. Hampir kebanyakan kucing memiliki kuman ini dan
anak kucing lebih terdedah kepada B.henselea berbanding kucing dewasa.
B.henselae boleh ditemui di mana saja di dunia
dan selalunya muncul ketika musim sejuk atau gugur di barat. Selain cakaran
atau gigitan, pendedahan kepada air liur kucing juga boleh menyebabkan seseorang
berhadapan dengan CSD jika berlaku luka.
CSD tidak berjangkit dari seorang individu kepada
individu lain kerana ia disebarkan menerusi cakaran atau gigitan kucing yang
terdedah kepada B,henselea. Selalunya jika seseorang sudah berhadapan dengan
CSD, dia akan imun kepadanya untuk sepanjang hayat.
CSD secara umumnya bersifat tidak bahaya dan
boleh sembuh dengan sendirinya tanpa rawatan.
Selepas dicakar atau digigit, lazimnya, luka atau
bengkak pada bahagian yang terkena gigitan atau cakaran kadangkala berlaku
serta merta. Tetapi ia boleh juga muncul antara tiga ke 10 hari. Kesannya
merah, sakit dan bernanah. Jika keadaan serius rawatan diperlukan.
CSD perlukan rawatan jika berlaku bengkak, sakit
dan bernanah. Jika berlaku komplikasi, mungkin membawa maut, apatah lagi jika
yang terkena gigitan atau cakaran itu warga tua, kanak-kanak, pesakit HIV,
barah, diabetes dan pesakit yang banyak mengambil steroid.
Jika bengkak
mula menjadi merah, membesar dan sangat sakit bila disentuh dan mengandungi
nanah, rawatan perlu diberikan. Malah kadangkala pembedahan kecil diperlukan
untuk mengeluarkan nanah.
Cegah CSD
1) Walaupun bunyinya agak remeh tetapi setiap
kali selepas memegang kucing anda perlu membasuh tangan.
2) Hati-hati membelai kucing
3) Mandikan dan bersihkan kucing bagi mengelak
kutu
4) Jangan leraikan kucing yang bergaduh
No comments:
Post a Comment