Gigit tangan penculik
Oleh
Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my
kalidevi@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Satu
lagi kejadian cubaan menculik berlaku di sekitar ibu kota kelmarin,
menjadikannya kes culik keenam sepanjang tahun ini dengan dua daripada mangsa
dilarikan kumpulan penculik termasuk kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati
Shamelin Moodliar. Dalam kebanyakan kes, kumpulan penculik menggunakan van dan
empat daripada enam kes itu membabitkan van putih.
Dalam kejadian
terbaru jam 3.30 petang kelmarin, seorang remaja lelaki yang hanya mahu
dikenali sebagai Rajan, 14, lolos daripada cubaan menculiknya apabila dia nekad
menggigit tangan seorang daripada enam lelaki yang ketika itu menekup mulutnya.
Kejadian berlaku ketika Rajan yang pulang dari sekolah baru turun dari bas awam
di perhentian bas di Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam, di sini, dan berjalan
untuk ke rumahnya kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.
“Sebaik turun
daripada bas, saya berjalan ke rumah menggunakan lorong bahagian belakang blok
bangunan kedai berdekatan rumah sebelum ternampak seorang lelaki berambut
panjang berdiri berdekatan perhentian bas. “Tidak lama kemudian, lelaki itu
mengekori saya sebelum sebuah van putih yang diletakkan 200 meter dari
perhentian bas bergerak menghampiri saya. “Tiba-tiba lelaki berambut panjang
itu menerpa ke arah saya dan menekup mulut dari arah belakang. Dia kemudian
memegang tali beg sekolah dan menarik saya ke arah van putih,” katanya ketika
ditemui di rumahnya, semalam.
No comments:
Post a Comment