Wednesday, 13 June 2012

Alga Mikro Tumbuhan Ajaib



Alga Mikro Tumbuhan Ajaib


BANGI, 16 Dis. 2010 - Alga Mikro mempunyai potensi untuk di komersialkan sebagai makanan untuk ternakan aqua kultur, baja yang mesra alam dan bahan bakar bagi kenderaan darat dan udara, kata Professor Yusuf Chisti dari School of Engineering Massey University, New Zealand. Berucap pada syarahannya bertajuk ‘Mengkomersialkan Alga Mikro’ di Fakulti Sains dan Teknologi di sini hari ini, beliau berkata potensi alga mikro amat menakjubkan. Sekiranya ia boleh dikeluarkan secara besar-besaran ia mampu menamatkan masalah makanan dunia, memberi penyelesaian kepada keperluan bahan bakar fosil yang meruncing dan menyucikan air yang tercemar. Beliau memfokuskan syarahannya kepada kegunaan alga dalam penternakan aqua kultur.  Kini sehingga 50 peratus dari makanan laut yang diperlukan oleh dunia datangnya dari ladang ikan yang diternak menggunakan teknik aqua kultur. Ladang-ladang ikan ini menternak berbagai-bagai makanan laut untuk keperluan manusia seperti ikan salmon, udang ,sotong dan kerang dan menggunakan alga mikro sebagai makanan untuk penternakan makanan laut yang sihat kerana ia mengandungi nutrient yang bersesuaian. Alga Mikro juga mengeluarkan minyak yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti minyak mentah. Dengan menggunakan teknologi yang sama seperti teknologi yang digunakan dalam industri petroleum, minyak alga boleh di gunakan menjadi petrol, diesel, minyak tanah termasuk juga sebagai bahan bakar untuk jet penerbangan. Ia juga lebih mesra alam apabila dibandingkan dengan minyak petrol. Untuk mengeluarkan tenaga, petrol bila dibakar melepaskan carbon dioksida ke udara. Tetapi dengan alga ia adalah sebaliknya. Alga bergantung kepada proses foto sintesis dan menggunakan karbon dioksida untuk membesar.   Ada sesetengah jenis alga yang boleh memisahkan hidrogen dan oksigen yang boleh dicantumkan dalam sel fuel dan berfungsi sebagai bateri kereta. Tetapi kesemua potensi akan hanya wujud sebagai potensi sahaja melainkan jika alga dapat dikeluarkan secara besar-besaran. Turut hadir mendengar syarahan itu adalah Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Prof Dr Sharim Hj Ahmad dan Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Prof Datuk Dr Mushrifah Idris serta pelajar pasca ijazah.


No comments:

Post a Comment