Monday 28 January 2013

Merana Beli Emas 1.9 kg


Merana Beli Emas 1.9 kg

Kilauan Duka , Emas dicita rupanya hanya Tembaga


Kuala Berang: Seorang wanita bingung memikirkan selonggok emas bermutu rendah yang dibelinya ketika lelongan awam oleh sebuah bank sebenarnya tembaga bukan emas bernilai ribuan ringgit seperti didakwa. Zuraini Yaacob, 44, berkata, dia ke sebuah bank di daerah itu untuk membeli emas yang kononnya bermutu rendah yang dilelong dengan harga RM20,000 pada petang 26 Mei 2011. Menurutnya, selepas selesai urusan pembelian, dia ke sebuah kedai emas di Kota Bharu, Kelantan, pada jam 10 malam hari sama, untuk melakukan ujian bagi mengetahui jumlah kandungan emas dalam barang kemas itu.

“Saya terkejut apabila pemilik kedai emas berkenaan memberitahu barang kemas yang saya beli itu bukan emas bermutu rendah, tetapi tembaga semata-mata yang tiada nilai untuk dijual. “Saya hairan bagaimana bank berkenaan boleh melelong barang kemas itu sebagai emas bermutu rendah (kerana dicampur dengan tembaga) sedangkan ia langsung tidak mengandungi emas. Saya kemudian ke Bank berkenaan memaklumkan kejadian itu, namun jawapan diperolehi menghampakan. Berikutan rasa tertipu, sy membuat laporan di balai polis Dungun pd 1 jun 2011.

Wanita ini membuat laporan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia tetapi kerana nilai pembelian melebihi RM5000.00 , kes itu tidak dapat diselesaikan agensi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia! Kecewa dengan alasan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, wanita ini membuat aduan ke Bank Negara Malaysia pada November 2012. Tetapi masih tiada kesudahan hingga kini....

Pssst : Agensi manakah yang boleh dipercayai dapat membela nasib wanita malang ini? Kenapa bank terbabit terlepas tanpa menerima sebarang tindakan walaupun berpuluh aduan telah dibuat ke pelbagai jenis pihak berkuasa ? Kenapa ? Kenapa ? Kenapa???

 

komen2 dalam face book:-

nie la mslhnye,kite x tau nk bezakn yg mane ori dn yg mane cetak rmpk(local)...

kesian sungguh hamba Allah yg teraniaya ni...nape la pihak bank buat org awam camni....

Kdg2 terpk jgk tektik skim cepat kaya ni dah menular melalui pelaburan cara emas. Makin pelik dah nak kaya skang ni...

jahat bank tu

saman je

yg buat lelong bank plak tuh.. tuh yg org mesti percaya..

Tembaga paling mahal tahun 2006 lalu RM22 sekilo.Hahah

Yamms Radin Jadikan sebagai peringatan....mustahillah 1.9kg brg emas bole di beli dgn hanya 20k...apa2 pu bank tersebut boleh di saman di mahkamah jika wanita tersebut masih menyimpan butiran jual beli...

Wan Samihah Wan Ahmad sbb kat bank takde pakar utk tilis emas tipu ke emas tulen. patut semua bank yg ada pajak gadai kena ada seorg pakar utk tentukan emas ori or tak ori...tak gitu bank2 sekalian?

Nur Faizah Zakaria Kalau betul dakwaan dia, bank tersebut boleh didakwa atas dakwaan menipu pelanggan.

Tajudin Ayah Ku Bank da tau tu.......cuma tunggu mangsa yg bodoh membeli

Bank mne tu? Jahat tipu org..report polis, saman

Saman pihak bank, polis dan bank negara. pasal mereka ni tak ambil tindakan dgn pantas dan biarkan org ramai terus ditipu dan tertipu.

silap2 bank tu pun kena tipu pasal emas tu,,,

Kalau kes ini melibatkan kedai biasa atau orang persaorangan untuk tujuan menipu, boleh lah jugak diterima. Ini melibatkan Bank. Sebuah institusi kewangan yg sepatut nya memastikan produk nya ada lah asli dan tulin. Cuba bayang kalau duit palsu datang nya dari bank. Apa macam?. Kalau benar lah kes ini, nampak nya nya bank pun dah mula menipu selain dikenali sebagai along berlesen.

Wan Muzaidey berat tu, gila,bank pun menipu

Ct Roszaiaysha Roslan kesian makcik nih...pihak bank spatutnya thu emas tu brnilai ke x...sggup btul tipu org...

Mohd Amien II hahaha,.mak i bilang..
'padan muka hang'

Ropy Harun Ciannya. Kira kes terkena la ni

Amal Togok's tu nk cpt kaya kn dh cpt kayap....

Hashim Rais bank mana tu? ar rahnu ke

Nurani Nazri Boleh tau bank mn..sy pn ada bcdang nk membelinya.

Hajjar Jaja Saya tertipu dngan ejen al-rahnu..smpai rugi berpuluh2 ribu...

Alizah Icha Adeii bank pun nk jd penipu jg ker, padanla selalu kena rompak

Ruby Saat Orang bank tu yg penipu..org org ni bila dger org keja bank. Org tu baik..dpr 20k tu x kaya diaa...jawap la dgn Allah....

Jerrie Lister Alaaaa. Pa bleh buat. Terpaksa tipu lagi la. jual kat orang lain. Cakap itu pure emas. Up sikit harganya.

Fairoz Effendy Bank Nak untung, biasa la tu... Asal Barang jadi duit ;)

Hafiz Ghazali Skim Latihan 1 Malaysia(SL1M) di bawah Jabatan Perdana Menteri,Khas utk Graduan lepasan Ijazah,Latihan hanya 6 minggu,byk kelebihan menyertai SL1M ini,penginapan disediakan,pengangkutan disediakan,elaun diberi slepas tamat latihan,berminat sila PM!!

Eida Amoy orang tamak selalu nye rugi.....

Linda Seliah Seng Kenapalah orang gila sangat dengan emas. Lepad jual balik jatuh 70%. Jadi mangsa rompakkan ada. Baik simpan Asb untuk dapat faedah


Rinna Kinuko Sari musykil sbb bank klu buat pajak mesti check ketulenan emas. kut2 yg disimpan dlm safe deposit ...

Khairiah Mohd Wahid klulh betul bnk yg buat mcm ni..ni kes mganiaya org.Bukan ke klu ar rahnu seblum bnk beri pjaman d uji dulu brg kemas kita? Atau staff bnk tu yg cuai..terlepas pandang.

Khosan Ashaari masa beli dah tahu .... hampir 2 kilo takkan 20k jer ....

Mohamad Azizie Aziz kalu cmni caranya, along bleh mohon PIDM plak la..

Auji Helmy org melayu nk cepat kaya.lain kali nk beli bwk la skali pakar emas.xpun try uji sampel dulu.20 k bukan senang nk cari.bak kata org bukan rezeki! sepatutnya boleh dielakkan.

 

No comments:

Post a Comment