Saturday 12 January 2013

Berat badan bertambah sejak berumur 3 bulan


Berat badan bertambah sejak berumur 3 bulan

BEIJING – Masalah obesiti kini melanda kebanyakan kanak-kanak di seluruh dunia begitu juga dengan seorang kanak-kanak berumur tiga tahun mencapai berat badan lima kali ganda berbanding berat kanak-kanak sebaya usianya. Seorang kanak-kanak dari China, Lu Kao, 3, mengalami pertambahan berat badan secara drastik dan berterusan sejak dia berumur tiga bulan, sehingga kini beratnya mencecah 60 kilogram.

“Hao mempunyai selera makan yang luar biasa kerana dia boleh menghabiskan tiga mangkuk nasi dalam satu masa,” menurut ayahnya, Lu Yuncheng. Ibu bapanya kini berasa khuatir dengan tahap kesihatan Kao walaupun doktor menyatakan hormon kanak-kanak ‘sihat’ itu berada pada paras normal dan sukar untuk mengesan punca berat kanak-kanak itu yang terus meningkat secara mendadak.

Ibunya berharap agar berat badan Kao akan menurun bagi mengelakkan masalah berkaitan kegagalan fungsi sistem badan akibat keadaan fizikalnya itu. sinar

 

No comments:

Post a Comment