Saturday 20 April 2013

masalah dropped calls


SKMM diminta bertindak atasi masalah dropped calls

 

Klik Di SIni

 

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Orang ramai menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap syarikat telekomunikasi agar mereka tidak terus dibelenggu masalah talian telefon mudah alih yang tiba-tiba terputus atau dropped calls.
Rata-rata pengguna juga mahu masalah itu diatasi supaya tidak mengganggu aktiviti mereka sekali gus mengelak kerugian.
Seorang pengguna telefon bimbit, Azizah Ariffin, 38, berkata, dia pernah mengalami keadaan itu dan sudah membuat beberapa aduan.
"Saya pernah membuat aduan terhadap pihak tertentu, tetapi nampaknya masalah ini masih berlanjutan tanpa ada perubahan," kata pembantu akaun itu.
Menurut seorang penyelia, Mohd. Irwan Baharuddin, 33, masalah panggilan yang tiba-tiba terputus itu sememangnya menimbulkan masalah kepada pengguna.
"Masalah yang berlaku seharusnya ditangani segera kerana kami membayar untuk menggunakan perkhidmatan ini dan seharusnya perkhidmatan terbaik yang kami peroleh," ujarnya.
Jurutol, Nur Wahida Ibrahim, 24, pula meluahkan rasa kesalnya apabila kebanyakan panggilan telefon yang dibuat akan terputus dan baki kredit tetap dipotong.
"Saya sering mengalami masalah ini dan baki kredit sering dipotong walaupun baru sahaja bercakap di talian selama beberapa saat," ujarnya.
Seorang pelajar, Mohd. Amir Asraf Mohamed, 20, berkata, dia juga sering mengalami masalah yang sama dan apabila menghubungi pihak yang berkenaan, mereka akan memberi alasan kononnya talian sedang sibuk.
"Setiap kali menghubungi pihak terbabit, mereka akan menyalahkan saya dengan mengatakan saya sendiri yang memutuskan talian tersebut," katanya.
Menurut Juliana Azirah Naswi, 20, pula, masalah itu akan memberi kesan lebih besar kepada pengguna yang sedang menghadapi masalah kecemasan.
"Kalau ada kecemasan, pengguna akan mengalami masalah besar terutama jika mereka sememangnya mempunyai baki akaun yang kurang ketika itu dan perkara ini menyusahkan pengguna dan membuatkan keadaan menjadi lebih teruk," jelasnya.
Pelajar, Nur Hidayu Zulkafli, 19, berkata, sebagai pelajar dia terkilan setiap kali masalah itu berlaku terutama ketika sedang menghubungi ibu bapa.
"Talian telefon tiba-tiba terputus dan menyebabkan saya tidak dapat bercakap dengan lama di talian, tetapi baki kredit tetap dipotong," katanya.
Adiknya, Nur Zakiah Zulkafli, 15, juga sering menghadapi masalah itu dan berasa marah dengan perkhidmatan yang diterimanya.
"Sesiapa pun akan marah jika sedang menggunakan telefon, tiba-tiba talian terputus dan baki kredit dipotong," katanya.


CAP wants MCMC to investigate ‘dropped calls’

GEORGE TOWN: The Consumers Association of Penang (CAP) wants the Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to investigate as soon as possible the dropped calls often experienced by users of mobile telephones. Its president, SM Mohamed Idris, said the problem also occurred during peak hour period and at dawn, resulting in the telephone users to suffer losses. "When a call from a handphone is cut off suddenly due to technical problems, it is considered a dropped call, but the telephone user has been charged for the airtime, which may be for 30 or 60 seconds," he said in a statement here Tuesday.
He hoped the problem could be addressed as soon as possible to protect consumers' interests. There should be an explanation for this, especially from telecommunication companies, which are making profit out of it, he added. - Bernama


Kalo anda terkena dek mana 2 syarikat komunikasi --- pi laman web SKMM dan klik menu. Pi ikon dropped calls dan klik make a complaint. Isi boring on line utk komplen di Dropped Call Feedback.

Sertakan nama, alamat emel, no hp, dan syarikat tersebut. Lokasi tempat panggilan anda terganggu, di google map. Masukkan perincian lokasi dari berpandukan google map. Bandar alamat kg dan jalan terbabit… ambbil beberapa gambar tempat lokasi itu terjadi dropped csalls.

Anda boleh pi juga mengadu kat Khidmat Aduan Pengguna Nasional !!  

No comments:

Post a Comment