Saturday 12 January 2013

Genneva Malaysia rugi besar


Genneva Malaysia rugi besar - Laporan forensik


ARKIB : 03/12/2012


KUALA LUMPUR 3 Dis. - Laporan awal perakaunan forensik oleh pihak berkuasa terhadap Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia) menunjukkan syarikat itu telah mengalami kerugian besar pada tahun 2012 dan syarikat tersebut mempunyai liabiliti melebihi 10 kali asetnya.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan bersama di sini berkata, operasi sebenar syarikat tersebut adalah menjual emas pada kadar 20 hingga 25 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.

Jelas kenyataan itu, syarikat berkenaan juga membayar pulangan kira-kira dua hingga tiga peratus sebulan kepada pelanggan serta membeli balik emas daripada pelanggan pada harga asal belian emas.

Tambah kenyataan bersama itu, dalam keadaan sedemikian, aliran tunai yang membolehkan syarikat itu meneruskan operasinya adalah melalui kebergantungan pada wang pelaburan daripada pelanggan baharu.

Dokumentasi yang disita menunjukkan bahawa lebih daripada 8,000 pelabur syarikat tersebut yang telah membuat pembayaran untuk pelaburan emas masih belum menerima emas mereka yang jumlahnya melebihi 4,000 kilogram.

Selain itu, didapati bahawa terdapat pelabur yang telah menyerahkan emas mereka kepada syarikat tersebut tetapi masih belum menerima bayaran balik tunai yang jumlahnya melebihi RM80 juta,’’ kata kenyataan bersama tersebut.

Laporan awal forensik tersebut merupakan susulan serbuan pihak berkuasa baru-baru ini terhadap beberapa syarikat yang disyaki mengendalikan skim pelaburan haram menggunakan emas. - UTUSAN


Genneva Malaysia syarikat bermasalah ARKIB : 04/12/2012

Oleh AZMAN IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 3 Dis. - Hasil serbuan Bank Negara Malaysia (BNM) bersama beberapa agensi penguatkuasa terhadap syarikat-syarikat yang disyaki menjalankan skim pelaburan haram menggunakan emas mendapati satu daripada syarikat itu iaitu Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia), merupakan syarikat yang bermasalah. Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan BNM bersama Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, laporan awal perakaunan menunjukkan operasi Genneva Malaysia mengalami kerugian besar tahun ini dan mempunyai liabiliti melebihi 10 kali asetnya.

 

Syarikat itu sebenarnya tidak akan dapat mengekalkan cara operasinya iaitu menjual emas pada kadar 20 hingga 25 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran, membayar pulangan dua hingga tiga peratus sebulan dan membeli balik emas pada harga asal belian, kata kenyataan itu di sini hari ini. Sehubungan itu, aliran tunai untuk membolehkan syarikat itu meneruskan operasinya adalah bergantung daripada wang pelaburan pelanggan baharu.

 

"Dokumentasi yang disita menunjukkan lebih daripada 8,000 pelabur syarikat tersebut yang telah membuat pembayaran untuk pelaburan emas juga masih belum menerima emas mereka yang jumlahnya melebihi 4,000 kilogram. "Selain itu, didapati terdapat pelabur yang telah menyerahkan emas mereka kepada syarikat tersebut tetapi masih belum menerima bayaran balik tunai yang jumlahnya melebihi RM80 juta,'' kata kenyataan bersama tersebut.

 

Agensi-agensi penguatkuasaan itu juga menyatakan mereka menerima banyak rayuan daripada pihak yang terlibat dengan perniagaan Genneva Malaysia untuk melepaskan wang yang dibekukan dalam akaun bank sebanyak RM99.8 juta dan emas yang disita sebanyak 126 kilogram yang disimpan sebagai bukti bagi kesalahan yang disyaki. Bagaimanapun, BNM dan agensi-agensi itu menyatakan, wang dan emas tersebut dikehendaki untuk tujuan penyiasatan dan hanya akan dilepaskan dengan arahan mahkamah dan usaha sedang dilakukan bagi mempercepatkan siasatan untuk mencapai penyelesaian awal. Orang ramai dinasihatkan supaya merujuk kepada laman web BNM di www.bnm.gov.my untuk maklumat lanjut.


Tuesday, 4 December 2012


PANAS! RUGI BESAR WEH SIAPA YANG JOIN


 Teman ghase ramai oghang tak tau kisah sebenar tentang Geneva Malaysia. Sejak Geneva Malaysia kena serbu, ramai pelabur marah-marah dengan kerajaan. Pada masa yang sama, Geneva Malaysia siap buka satu Facebook Fab Page Geneva Malaysia Supporters hingga mencecah 15 ribu like. Apasal pula marah-marah tak tentu arah. Dah kome buat benda haram, tak kan nak diam kan aje. Undang-undang tetap undang-undang. Kalau Malaysia tak ada undang-undang, punah la akibatnya. Dari hasil laporan forensik Bank Negara, Geneva Malaysia menanggung kerugian yang besar dan mempunyai liabiliti aset melebihi 10 kali asetnya. Baru la terbongkar kisah sebenar. Siapakah dalang sebenar Geneva Malaysia ni!Kome fikir-fikir la dan melibatkan negara jiran yang terdekat dengan Malaysia. Siapa pulak dalangnya di Malaysia? Kome try fikir-fikir!heeee...

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Laporan awal perakaunan forensik oleh pihak berkuasa terhadap Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia) menunjukkan syarikat itu telah mengalami kerugian besar pada tahun 2012 dan syarikat tersebut mempunyai liabiliti melebihi 10 kali asetnya. Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan bersama di sini berkata, operasi sebenar syarikat tersebut adalah menjual emas pada kadar 20 hingga 25 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran. Jelas kenyataan itu, syarikat berkenaan juga membayar pulangan kira-kira dua hingga tiga peratus sebulan kepada pelanggan serta membeli balik emas daripada pelanggan pada harga asal belian emas.

Tambah kenyataan bersama itu, dalam keadaan sedemikian, aliran tunai yang membolehkan syarikat itu meneruskan operasinya adalah melalui kebergantungan pada wang pelaburan daripada pelanggan baharu. “Dokumentasi yang disita menunjukkan bahawa lebih daripada 8,000 pelabur syarikat tersebut yang telah membuat pembayaran untuk pelaburan emas masih belum menerima emas mereka yang jumlahnya melebihi 4,000 kilogram. “Selain itu, didapati bahawa terdapat pelabur yang telah menyerahkan emas mereka kepada syarikat tersebut tetapi masih belum menerima bayaran balik tunai yang jumlahnya melebihi RM80 juta,’’ kata kenyataan bersama tersebut.

Laporan awal forensik tersebut merupakan susulan serbuan pihak berkuasa baru-baru ini terhadap beberapa syarikat yang disyaki mengendalikan skim pelaburan haram menggunakan emas. - UTUSAN

 

 

No comments:

Post a Comment