Saturday 24 March 2012

UBAT GIGI BERACUN



APA ITU FLUORIDA?

Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?

Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai 'ubat baru yang tidak diluluskan' kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.

Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai 'ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan' disebabkan kadar keracunannya tinggi.

Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3 - 0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.

Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.


MENGAPA KITA TIDAK PERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?

Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambah fluorida ke dalam sistem bekalan pengairan. Oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada.

Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin.

Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur, dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.


KES MAHKAMAH

Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate - Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah 'Dental Fluorosis' (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.


PENYELIDIKAN AWAM


Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas Ketua Bahagian Kimia, Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.

Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia.


AMARAN & PANDUAN

Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun / bahaya :

"WARNING : KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."

"AMARAN : JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KE BAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA"


FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN :

1. Kematian

2. Kanser

3. Ruam kulit

4. Luka kanser

5. Kelunturan warna gigi

6. Masalah gastrik

7. Penyebab atau membantu punca Kerapuhan Tulang

8. Keracunan saraf

9. Kanser tulang

10. Keretakan tulang

11. Menyebabkan kekurangan IQ di kalangan kanak-kanak

12. Meransang masalah buah pinggang di kalangan pesakit


BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK

Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.


http://www.muslimconsumer.org.my/fluorida/

UBAT GIGI BERTOKSID

Tahukah anda banyak ubat gigi yang berada di pasaran mengandungi bahan ramuan yang lebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang sedikit kadar keracunannya daripada arsenik? Bahan ramuan ini merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Namanya? Fluorida (fluoride).

Penggunaan fluorida yang tercatat di atas label sebagai "sodium monofluorophosphate (smlp) atau "sodium fluoride" dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga dipertikaikan kerana terdapat bukti mengenai keracunannya.
Menurut beberapa laporan, fluorida boleh mengubah sel-sel normal menjadi sel kanser.

Tinjauan cap ke atas label mendapati semua ubat gigi berfluorida. Selain fluorida, ubat gigi juga mengandungi enam bahan kimia yang berkarsinogen atau berpotensi menyebabkannya. Jadi, sejauh manakah ubat gigi anda bertoksik?

Sumber:Panduan Cap –Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik &Produk Kegunaan Harian
UBAT GIGI BERTOKSIK - PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG (CAP)

Tahukah anda banyak ubat gigi yang berada di pasaran mengandungi bahan ramuan yang lebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang sedikit kadar keracunannya daripada arsenik? Bahan ramuan ini merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Namanya? Fluorida (fluoride).

Penggunaan fluorida yang tercatat di atas label sebagai 'sodium monofluorophosphate' (smlp) atau 'sodium fluoride' dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga dipertikaikan kerana terdapat bukti mengenai keracunannya. Menurut beberapa laporan, fluorida boleh mengubah sel-sel normal menjadi sel kanser.

Tinjauan CAP ke atas label mendapati semua ubat gigi berfluorida. Selain fluorida, ubat gigi juga mengandungi enam bahan kimia yang berkarsinogen atau berpotensi menyebabkannya. Jadi, sejauh manakah ubat gigi anda bertoksik?

SUMBER MAKLUMAT:
Panduan CAP, Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik & Produk Kegunaan

Sumber: majalahbiarbetul.blogspot.com/ubat-gigi-fluorida-bahaya

Saya amat terkejut apabila mendapat info bahawa ubat gigi dari China dikatakan beracun. Bahan – bahan kimia yang beracun dan merbahaya terdapat didalam ubat gigi keluaran China. Bahan tersebut telah diharamkan di USA dan negara Eropah tapi telah dilambakkan di negara kita yang baru je 50 tahun merdeka. Di pasaran jika kita lihat bagaimana ubat gigi keluaran China seperti Colgate kayu sugi dijual dengan harga yang begitu murah. Di sini dapat dilihat strategi serta pakatan halus untuk menipu pengguna di negara ini dengan mengaburi orang ramai supaya terpedaya dengan iklan kayu sugi ‘Mustapa Maarof’. Ramai yang terkena bila nampak harga murah tapi tak sedar bahaya bahan beracun dari ubat gigi dari China seperti Colgate dan Darlie. Periksa kandungan serta label dibelakang pengeluar dan pengilang ubat gigi anda jangan beli yang dari China macam Colgate dan Darlie. Saya juga ada maklumat untuk dikongsi bersama melalui laman web ini cbs2chicago.com/topstories/local_story 
Harap semua pihak terlibat dalam perkara ini berbuat sesuatu.
Aku memang tak beli dah Colgate! sumpah tak akan!! Sebab? Syarikat yang angkuh terhadap pengguna Islam akan aku war-warkan keangkuhan mereka! Ubat Gigi colgate tidak pernah di sahkan halal oleh JAKIM!! Mereka gunakan perkataan JAKIM, atas sebab JAKIM memperakukan sijil Halal yg di keluarkan oleh kenapa mereka tak guna saja sijil Halal Jakim? yg macam kat bawah ni? hah! mereka ada berselindung sesuatu.. ! apa salahnya produk yg di jual di negara kita, di hantar ke makmal Jakim utk dapat pengiktirafan Halal? Alasan mereka, produk itu di keluarkan diluar negara.., tak perlu dapat pengesahan halal lagi, kerana negara asal pengeluar sana dah pun kata halal! Soalnya lagi : Boleh percaya ke Halal negara China tu? Alangkan ayam yg di katakan halal pun,, di hantar bersekali dgn daging anak2 khinzir! Apa saja standard yg di guna pakai di China kita tak boleh ambil mudah!Brand Narcissus yg banyak produk mereka berasaskan b.a.b.i dlm tin pun dapat cop halal. Dulu2 masa tak tahu saya pun pernah terbeli laici brand ni. sekarang tidak lagi!Balik pada isu Colgate ni - kalau check kat Laman web Jakim pasal isu Colgate ni.. kita akan baca : Kenyataan JAKIM Mengenai Ubat Gigi Colgate JAKIM memperakui ubat gigi Colgate yang disahkan Halal oleh badan-badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM seperti berikut :- Central Islamic committee of Thailand, The Islamic Community of Ho Chi Minh City (Vietnam), China Islamic Association (China) and Federation of Muslims Association in Brazil(Brazil).
Kalau kita pergi ke Website Colgate yg cerita pasal isu halal ni..
http://www.colgate.com.my/app/Colgate/MY/OC/Halal.cvsp?Section=OralCare <<< klik sebelah! Akan ada satu statement yg sangat menyakitkan hati bila di baca :
The Halal seal on Colgate Toothpaste will be a JAKIM recognized seal. Current JAKIM policy allows only products produced in Malaysia to carry the JAKIM seal. There is no standard seal for products produced outside Malaysia. Colgate Toothpaste will either carry the seal of the JAKIM recognized Islamic Body from its country of origin or a generic seal; all of which have been shared with JAKIM prior to use.   Yang kalau saya translate kan kepada bahasa mudah - Jakim tak lama lagi akan mengiktiraf logo halal yg di keluar kan sendiri oleh Colgate.  Eh kenapa pulak JAKIM nak keje tukar atau ubah standard mereka hanya utk menolong Colgate ni?, mereka yg nak meniaga! mereka laa kene dapat kan logo Halal JAkim yg standard! Angkuh bukan?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalau isu makanan, daging dan bahan import yg lain, Jakim sanggup menghantar pegawai2 mereka ke negara asal produk makanan itu . (cth : Daging lembu Australia, kerajaan hantar pegawai2 pemeriksaan halal kita, Jakim dan lain2 yg berkaitan utk memeriksa faciliti yg menternak, menyeembelih dan memproses daging2 atau makanan lain.., supaya masih dalam standard Suci bersih, dan halal yg di tetapkan. Kenapa Colgate tak boleh? kenapa pihak pengeluar ni tak nak langsung sponsor lawatan sambil audit oleh pegawai yg mengeluarkan status logo halal ni? Ini isu sejagat umat Islam di malaysia, mana boleh di pandang remeh!, kita yg tahu membaca, boleh reseach internet, boleh laa tahu sikit2 maklumat! Saudara se-islam kita yg berada di luar bandar? Ibu bapa kita di kampung!? abis di tipu Colgate palmolive ni., yg bukan main lagi buat iklan semuanya ada unsur2 melayu dan islam.
Roti high5 tu mmg ler boikot dh kantoi bulat2 masuk tv bukan pengguna islam saje yg boikot, cina india kaper sume pon dh tk lalu nak bli dah.. - Samdol oi.... yang buat roti, kuetiaw laksa dan beehoon korang warna putih adalah disebabkan bleaching agents... dah le kena chemical bleech lepastu kena pula tarok pengawet borik acid. Tanpa boric acid segala makanan ne tahan paling lama pun 36 jam je samdol oi... makanan ini tidak basi sebab bakteria tak berani fermentkan... manusia je yang berani memakannya dan itu sebab le manusia arini ada bermacam macam jenis kanser!!
Lagi pula korang sedar tak FDA memang benarkan Sodium Hypochlorite digunakan untuk basmi kuman kat sayur-sayuran... Biasanya Top Hotel / hotel High Class akan guna untuk basmi kuman kat sayur lalu mengelakkan korang kena cirit birit... Problem dia sodium Hypochlorite ne highly toxic!!! Tolong check sendiri dalam internet lah ye... Aku dah bukak sket korang kena buka lagi banyak le ye... Kalo aku sorang buka mana bolah jadi kan ?

1 comment:


  1. Artikel yang menarik mengenai bahaya ubat gigi. Ubat gigi yang mengandungi fluorida boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan terutamanya kepada kanak-kanak.

    ReplyDelete