Saturday 24 March 2012

Lolipop pendaflour sebabkan kanser


Lolipop pendaflour sebabkan kanser

[KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan mengharamkan segera penjualan lolipop pendafluor (fluorescent lollipops) kerana didakwa mengandungi bahan-bahan bertoksik.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris mendakwa, batang pendafluor itu mengandungi bahan-bahan kimia bertoksik yang boleh ditelan oleh kanak-kanak jika kimia cecair dalam batang itu merembes keluar. “Ujian Institut Kebangsaan bagi Menguji Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam menunjukkan batang plastik lolipop berkenaan mengandungi ftalat dan Poly aromatic carbon (PAH).
“Ftalat ini bertindak sebagai pelarut untuk PAH dan gabungan kedua-dua bahan kimia tersebut menimbulkan tindak balas oksigenan dan menghasilkan sinaran cahaya yang menarik pada batang tersebut.“PAH merupakan sejenis bahan kimia yang amat toksik yang biasanya digunakan hanya untuk tujuan industri seperti mencairkan cat dan ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam manusia,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.S.M. Mohamed Idris seterus mendakwa, CAP berasa bimbang kerana tinjauan pihaknya mendapati lolipop pendafluor amat digemari oleh kanak-kanak masa kini dan lebih membimbangkan ia turut dijual oleh vendor di hadapan sekolah.

Lolipop pendafluor (fluorescent lollipops) dilarang … salam…sememangnye jika kita mempunyai anak kecil pastinya cukup sukakan gula-gula kan…tak kira gegula aper nampak jer mesti nak…itulah yang berlaku pada anak saya jugak…kalo nangis cara mudah nak pujuk mesti bagi gula-gula tambah yang warna-warni ditambah pulak dengan eksosori misalnyer ader angry birdla, keta la…macam-macam lagi mesti anak-anak duk diam lepastu ….Baru jer artikel mengenai Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop yang mempunyai batang bercahaya yang  dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya , sila rujuk Kosmo 12 Mac ms2….
Info Lolipop pendafluor (fluorescent lollipops)
  • Bahan dalam lolipop pendafluor itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletakkan di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6, iaitu gula-gula lollipop berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk.
  • Lolipop pendafluor dipercayai  dibawa masuk dari luar negara kerana serbuan pihak penguat kuasa kementerian berdasarkan alamat pada pembungkus gula-gula itu, didapati alamat yang digunakan palsu.
  • Baru-baru ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya.
  • Bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya dan menjadi kegilaan kanak-kanak.  berdasarkan ujian oleh Institut Kebangsaan bagi Menguji Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam, batang plastik lolipop itu mengandungi bahan seperti phtalate dan Poly Aromatic Carbon (PAH).
  • “PAH adalah sejenis bahan kimia yang bertoksik dan hanya digunakan untuk tujuan industri seperti mencairkan cat. Ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam manusia.
  • Lepas ini perlu lebih berhati-hati dan fikirkan kaedah lain pulak untuk pujuk anak-anak.

No comments:

Post a Comment