Bioaerosol dan Kontaminasi Dalam Bangunan
oleh Wardah bt Abdul Rahman
MSc (Microbiology) USM
Kualiti udara dalaman atau ‘Indoor Air Quality’ (IAQ) adalah keadaan persekitaran dalaman sesuatu bangunan yang boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti suhu, kelembapan dan pencahayaan. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, kualiti udara dalam bangunan amat dititikberatkan. Cari sahaja maklumat berkenaan topik ini, pasti hasil kajian dari negara ini mendahului.
Bagaimana pula dengan Malaysia? Percaya atau tidak, kita hanya mempunyai satu ‘Code of Practise’ yang merangkumi perkara berkaitan kualiti udara dalaman di dalamnya. Tidak ramai yang menyedari kepentingan diwujudkan akta atau undang-undang yang lebih tegas dan khusus dalam bidang kualiti udara dalaman ini memandangkan secara lazimnya, akta dan peraturan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kementerian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Department of Occupational Safety and Health) lebih banyak dikaitkan dengan tanggungjawab pemaju menyediakan persekitaran yang selamat untuk penghuni, tanggungjawab majikan kepada pekerja dan sebagainya.
Secara umumnya, permasalahan kualiti udara dalaman di Malaysia dibahagikan kepada dua punca iaitu pencemar udara dalaman dan pengudaraan dalaman yang tidak mencukupi. Pencemar udara dalaman pula banyak menekankan sumber pencemaran udara dalaman yang terdiri daripada asap tembakau, bahan kimia, pemeruapan bahan organik, penggunaan pelarut serta ozon yang terpancar dari penggunaan mesin pencetak berlaser[1].
Di negara lain, kualiti udara dalaman turut berkait rapat dengan kadar kehadiran campuran kompleks bioaerosol (kulat, bakteria dan alergen) dan partikel bukan biologi (habuk, asap tembakau, partikel yang dihasilkan akibat memasak, asap kenderaan dan partikel dari kilang penjana terma)[2]. Malah, bahaya kehadiran bahan-bahan ini kepada kesihatan manusia turut diakui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia di dalam buku panduan yang dikeluarkan pada tahun 2002.
‘Paras pencemaran udara boleh dikaitkan dengan pengurangan fungsi paru-paru, peningkatan simptom pernafasan seperti batuk, sesak nafas, nafas yang termengah-mengah, serangan athma, penyakit kardiovaskular dan kanser paru-paru.’[3]
Rakyat Malaysia masih kurang kesedaran dalam isu ini dan tidak ramai yang begitu prihatin atau mengetahui bahawa kewujudan partikel-partikel seni atau mikroorganisma di dalam bangunan boleh membawa kepada kemudaratan ke atas kesihatan manusia. Fenomena ini mungkin disebabkan oleh negara kita kekurangan pakar dan pengkaji dalam bidang ini atau belum ada lagi kes kematian yang benar-benar dapat disahkan berpunca daripada hidupan seni ini.
Kontaminasi atau pencemaran udara dalam bangunan boleh berlaku apabila terdapat sumber-sumber serta bahan yang merangsang pertumbuhan partikel bioaerosol. Bahan-bahan berasaskan kayuan atau mengandungi substrat seperti selulosa dan karbohidrat amat sesuai bagi pertumbuhan kulat. Tidak hairanlah di dalam bangunan yang telah terkontaminsai, permukaan almari, siling, permaidani, bahkan langsir juga boleh dijumpai struktur pembiakan kulat iaitu spora melekat padanya. Bangunan pejabat yang mempunyai kubikal-kubikal kecil dan menggunakan pembahagi papan lembut juga turut menjadi faktor berlakunya pertumbuhan kulat. Bahan-bahan ini mengandungi sumber nutrien bagi kulat iaitu gula ringkas ataupun gula kompleks (dapat dihadam oleh kulat melalui pembebasan enzim yang tersendiri).
Sekarang, mungkin persoalan-persoalan ini yang berlegar di dalam minda.
1.Bagaimana untuk mengetahui kehadiran partikel bioaerosol di
dalam sesuatu bangunan?
2.Apakah cara untuk mengukur tahap kehadiran dan keseriusan partikel bioaerosol tersebut?
Persampelan udara menggunakan alat perangkap udara adalah antara kaedah umum yang biasa dilakukan. Udara di diperangkap dan dipamkan ke atas piring petri yang mengandungi media agar khas. Selepas 2-3 hari, bilangan spora dan serpihan miselium yang hidup dan membentuk satu koloni di atas media diambil kira bagi menghitung unit pembentuk koloni per meter padu udara (cfu/m3). Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Antarabangsa telah menetapkan kadar cfu/m3 yang maksimum ialah 1000. Pada tahun 1987, ACGIH (American Conference of Governmental Industrial Hygienists) juga menetapkan 1000 cfu/m3 dengan jumlah bakteria yang dikulturkan tidak melebihi 500 cfu/m3 [4].
Malaysia hingga kini belum mempunyai kadar yang piawai berkenaan cfu/m3 dan kita perlu merujuk kepada kadar piawai yang ditetapkan oleh akta atau peraturan yang dikeluarkan oleh negara-negara luar. Jelaslah, kes ‘serangan kulat’ di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru yang berlaku pada tahun 2005 yang lalu belum menjadi pengajaran yang berharga dan berupaya ‘membuka mata’ pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan agar lebih serius dalam menangani serangan organisma seni ini.
Persekitaran dalaman sebuah bangunan lebih-lebih lagi hospital seharusnya menjadi tempat yang paling steril dan 1000 cfu/m3 bukanlah nilai yang perlu diambil sebagai perbandingan. Bagaimana pula dengan kualiti udara dalaman di bangunan-bangunan lain seperti pejabat, kelas, dewan kuliah malah rumah kita sendiri?
Berikut adalah beberapa saranan dan cadangan yang penulis rasakan boleh diteliti bersama.
1. Masyarakat sebaiknya dididik dengan pengetahuan tentang bahaya dan kesan buruk yang dibawa oleh partikel bioaerosol di persekitaran mereka melalui edaran risalah ataupun kempen dan pameran bergerak. Mereka perlu disedarkan bahawa masalah kesihatan iaitu simptom seakan-akan demam yang kerap dialami oleh penghuni dalam sesuatu bangunan seperti batuk, mata berair, sakit tekak dan pening kepala boleh juga berlaku disebabkan oleh kehadiran partikel bioaerosol dalam kuantiti yang tidak terkawal.
2. Ciri-ciri persekitaran dalam bangunan yang baik, kaedah serta langkah kawalan bagi mengelakkan kontaminasi dalam bangunan berlaku pada skala serius juga perlu diterangkan dengan jelas. Penggunaan cat anti-kulat dan pemasangan sistem pengudaraan yang baik adalah antara langkah awal yang patut disarankan.
3. Terdapat kajian yang menunjukkan manusia kebanyakannya menghabiskan 80-90% masa mereka di dalam bangunan dan menyedut 35 gelen udara setiap hari iaitu hampir 20 000 sedutan udara. Oleh itu, kesedaran tentang kualiti udara dalaman seharusnya ditingkatkan dengan menggubal akta atau undang-undang yang terlibat agar lebih khusus dalam penetapan kadar kualiti udara yang sepatutnya dipatuhi oleh pemaju.
4. Kadar piawai bagi unit pembentuk koloni per meter padu udara (cfu/m3) ditetapkan berdasarkan keputusan kajian yang menyeluruh dan terperinci. Hal ini kerana faktor iklim Malaysia yang tidak sama sperti negara empat musim yang lain mungkin sedikit sebanyak boleh mempengaruhi kadar piawai yang sepatutnya.
5. Kajian-kajian fundamental mengenai partikel bioaerosol khususnya pengenalpastian spesies kulat mahupun bakteria yang diperangkap dari dalam bangunan serta berpotensi menyumbang kepada masalah kesihatan manusia perlu diperbanyakkan. Maklumat kajian ini pasti berguna terutamanya dalam kajian lanjutan melibatkan langkah mengawal atau merawat persekitaran yang mengalami masalah kontaminasi tersebut.
6. Kementerian Sains dan Teknologi boleh memberi galakan dan insentif yang lebih kepada para pengkaji yang melakukan penyelidikan fundamental khususnya berkaitan taksonomi dan pengkelasan mikroorganisma yang termasuk dalam kumpulan bioaerosol. Sungguhpun kajian fundamental adalah sukar tetapi keputusannya amat penting memandangkan ia sebenarnya adalah antara teras atau bahagian penting kepada permulaan penyelidikan yang lain.

[1] Code of Practice on Indoor Air Quality, Jabatan Kementerian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia, 2005
[2] N. Kalogarakis, D. Paschali, V. Lekaditis, A. Pantidou, K. Eleftheriadis dan M. Lazaridis (2005). Indoor Air Quality-bioaerosol measurements in domestic and office premises. Jurnal Aerosol Science. 751-761.
[3] World Health Organisation. (2002). Guidelines for concentration and exposure-response measurements of fine and ultra fine particulate matter for use in epidemiological studies. Geneva : World Health Organization.
[4] C. S. Cox and C. M. Wathes (1995). Bioaerosols handbook. New York:Lewis Publishers.
Selasa September 19,
2006
Tahap kualiti udara tempat tertutup
rendah
PORT
DICKSON: Kajian tahap pencemaran dalaman yang dijalankan oleh Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di pejabat, hotel, tempat awam dan
pusat hiburan mendapati tahap kualiti udara adalah tidak memuaskan.
Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak Alam Sekitar, Sumber Manusia dan Pengaduan Awam negeri
Datuk Peter Lai Yit Fee berkata keadaan persekitaran dalaman memainkan peranan
penting dalam menentukan sama ada kesihatan seseorang boleh terjejas atau
tidak. "Udara dalaman yang tercemar dengan bahan kimia yang toksik akan
memudaratkan dan akan memberi kesan buruk kepada penghuni bangunan
berkenaan," katanya semasa merasmikan Seminar Kualiti Udara Dalaman
anjuran JKKP Negeri Sembilan dan Melaka di sini, hari ini. Katanya setakat ini
hanya kod amalan mengenai peraturan pengudaraan dalam bangunan diwujudkan
sebelum undangundang mengenainya digubal dan dikuatkuasakan. Beliau berkata
adalah penting untuk menggunakan pengudaraan mekanikal dan penghawa dingin di
dalam bangunan bagi memastikan udaranya bebas bahan kimia toksik atau
mikroorganisma yang boleh membawa penyakit. Katanya ini kerana seseorang
individu menghabiskan masa sehingga 90 peratus dalam persekitaran dalaman iaitu
di rumah, kereta dan pejabat dalam sehari. BERNAMA
Pencemaran dalam
bangunan
Oleh ROSMALINA ABD. KADIR rosmalina.kadir@kosmo.com.my
AMBIL masa lima minit dan
perhatikan keadaan siling dan dinding kediaman atau pejabat anda. Adakah anda
menemui tompok-tompok hitam, cendawan-cendawan kecil yang mula menjalar atau
perubahan warna yang tidak sekata? Sekiranya tanda-tanda tersebut wujud, ia
bermakna kediaman yang anda duduki mengalami penyakit yang dikenali sebagai
sindrom bangunan sakit (SBS). Sindrom ini besar kemungkinan menyumbang kepada
pelbagai masalah kesihatan kepada penghuninya. Sindrom ini bukan sahaja
disumbangkan jangkitan-jangkitan kulat pada dinding dan siling rumah, tetapi
dimudaratkan lagi dengan ruang peredaran udara yang tidak lancar sehingga
menyebabkan penghuninya berasa tidak selesa. Perasaan tidak selesa berkenaan
biasanya berbeza untuk setiap individu. Bagaimanapun, jangan abaikan perasaan
itu sekiranya penyakit kecil seperti batuk, pening dan lemas mula wujud setiap
kali berada dalam ruang yang sama.
Pencemaran udara bangunan
Menurut Ketua Unit Sains
Kesihatan Persekitaran, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra
Malaysia (UPM), Dr. Juliana Jalaludin, kebanyakan kediaman dan bangunan hari
ini dibina dengan aliran pengudaraan yang lemah menyebabkan bau dan pencemaran
terperangkap di dalamnya, sekali gus menghalang proses pembersihan udara secara
semula jadi.
“Habuk, cendawan, kulat,
bakteria dan virus mampu mengisi udara dan dalam ruang kediaman kita. Ia
mengakibatkan bau busuk, kerengsaan dan pelbagai respons alergi manakala
pembebasan kimia daripada cat, pencuci, karpet dan bahan kimia lain turut
disedut setiap hari,” katanya.
Juliana memberitahu, keadaan sedemikian yang
berterusan akan memberi kesan kepada tahap kesihatan sehingga menyebabkan sakit
kepala, sakit mata, bersin, batuk, kesukaran bernafas dan tiada mood untuk
bekerja.
“Kesilapan masyarakat hari
ini adalah mereka tidak menyedari bahawa pencemaran banyak berlaku dalam ruang
kediaman atau pejabat mereka sendiri sehingga mereka mengabaikan
simptom-simptom penyakit yang mereka hidapi.
“Mereka juga tidak sedar
simptom-simptom berkenaan hilang apabila mereka meninggalkan ruang bangunan
atau kediaman yang mengalami sindrom sakit berkenaan,” katanya.
Oleh itu katanya, amat
penting untuk penghuni sesebuah kediaman atau bangunan untuk melaporkan
sebarang keadaan tidak selesa setiap kali berada dalam ruang berkenaan atau
menjalankan pemeriksaan kualiti udara dalaman (IAQ) dengan pihak yang
berkelayakan.
Sesebuah bangunan boleh
dikategorikan sebagai sakit apabila lebih 30 peratus penghuninya mengadu
menghidapi simptom-simptom yang dinyatakan tetapi kebanyakan simptom berkenaan
hilang apabila pengadunya meninggalkan bangunan tersebut.
Menurut Juliana, sumber pencemaran lain yang
menjadi punca sindrom bangunan sakit adalah aktiviti penyelenggaraan yang tidak
teratur, bahan kimia, bahan pencuci, ubah suai bangunan, perabot-perabot baru,
kelengkapan pejabat sedia ada dan sebagainya.
Pemeriksaan khas
“Melalui pemeriksaan
menggunakan instrumen khas, pencemaran-pencemaran yang tidak dapat dilihat
dengan mata kasar boleh dikenal pasti antaranya kontaminasi kimia seperti
karbon dioksida, karbon monoksida, formaldehid, kompaun organik meruap dan asap
tembakau.
“Pencemaran udara juga
dilihat melalui suhu udara, kelembapan dan kelajuan udara yang tidak seimbang
selain pembebasan agen biologikal seperti virus dan spora serta radiasi seperti
radon,” jelasnya.
Juliana memberitahu,
terdapat pelbagai jenis instrumen di pasaran atau ditawarkan pengamal kesihatan
untuk tujuan pemeriksaan. Ia digunakan untuk menentukan suhu dan kelembapan
udara serta kadar partikel bawaan udara, partikel ultra halus (UFPs) dan kimia
aerosol.
“UFPs adalah partikel bersaiz kurang 0.1
mikrometer yang terhasil daripada aktiviti pembakaran dan reaksi kimia.
Pernafasan yang mengandungi partikel pula mencabar tahap pertahanan semulajadi
badan,” katanya.
Dalam pada itu, Juliana
memberitahu pembakaran lingkaran nyamuk turut memberi kesan kepada kesihatan
pernafasan kanak-kanak kerana pembakaran bahan utama penghalau nyamuk itu iaitu
insektisida piretroid membebaskan gas yang berbahaya.
“Pembakaran
komponen-komponen daripada lingkaran nyamuk ini akan membebaskan gas yang
apabila kanak-kanak bernafas ia akan masuk kebahagian bawah paru-paru dan
berkemungkinan menyebabkan karsinogenik yang menyebabkan kanser.
“Gas-gas ini juga mampu
mengganggu sistem pernafasan dan pendedahan berpanjangan meningkatkan risiko
penyakit asma dan berdehit ke atas kanak-kanak,” tambahnya.
Justeru katanya,
masyarakat perlu memiliki pengetahuan mengenai SBS bagi mengawal persekitaran
dalaman sama ada kediaman mahu pun ruang pejabat. Selain itu kaji selidik perlu
dijalankan sekiranya wujud simptom-simptom kesan SBS ke atas manusia.
“Sekiranya simptom-simptom wujud di dalam
pejabat, buat aduan kepada pihak pengurusan supaya pemeriksaan dapat
dijalankan, manakala di rumah, penghuninya boleh memilih produk mesra alam yang
tidak merbahayakan kesihatan dan tidak membebaskan habuk.
“Kerajaan juga harus menilai semula kod COP berkaitan
supaya pemantauan pencemaran persekitaran dapat dilakukan secara menyeluruh dan
tidak menumpu kepada pencemaran luaran sahaja,” katanya.
No comments:
Post a Comment