iNFO PERUBATAN
Posted on May 4,
2008 by waksab67 – Ini adalah hasil coretan insan yang baik….
Alhamdullilah dan syabas kepada insan ini.. Sama sama kita baca cerita dibawah
untuk kebaikan bersama..
Assalamualaikum & SALAM SEJAHTERA
Ramai ibu bapa yang meminta saya
menulis tentang antibiotik. Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di
dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis
Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar
perubatan dari German pd 1896 – tapi tak popular), penicillium yang merupakan
produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria.
Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai
rawatan utama. Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas
diseluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh
bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria
(bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria
daripada merebak di dalam badan. Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya
berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan
batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah
disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari
hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.
Sebagai contoh – Denggi ialah
sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh
membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi
perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar
platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi?
Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii…..) Sekiranya semua doktor
memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema,
dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang
tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah
boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.
1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti
urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang
teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.
2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh
menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit
sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak
dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa
jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti
terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan
sampingan ini boleh membawa maut.
3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah
jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus
supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang
tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan
menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya
dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan
“candida”, sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.
Malangnya, antibiotik tidak mengenal
musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu,
disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas
kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka
bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif
dah tak ada.
Antibiotik
Seperti Harimau Hilang Taring
Apabila antibiotik diambil dan
digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik
akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan
membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh. Apa yang berlaku,
antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya.
Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama
tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat
ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan
menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik
yang lebih kuat lagi digunakan… ia akan berterusan sehingga tiada lagi
antibiotik yang berkesan terhadap manusia.
Kos
Perubatan Meningkat
Semakin kuat antibiotik digunakan
semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos
antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji
Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital, kos perbelanjaan rawatan juga
semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga
murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan
antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?
1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab…
a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar dibezakan untuk sesetengah pesakit.
b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)
c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. “Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi”. atau “ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik”. Hilang seorang pelanggan…
d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.
2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati. “Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik”. Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.
Cara Saya
Anda patut percaya, saya sendiri
sebagai doktor, tak pernah memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demam
atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja,
vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada
kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang. Sekiranya selepas
seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan
mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan. Perlu
diberitahu di sini… Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat
sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah
ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan
sekiranya terdapat jangkitan bakteria.
“Doktor, saya batuk dan sakit tekak,
esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh
pergi meeting esok”. Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit
selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang
badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh
membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda
mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat. Kedua, untuk memberi
antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat
dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan.
Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak
bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling
kuat. Itu salah cara. Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling
kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman biasa
pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman
yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan. Bayangkan, tiada
lagi ubat untuk membunuh bakteria… Sedikit
luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman
sebelum Perang Dunia Kedua..
No comments:
Post a Comment