Saturday 20 April 2013

terjun-hotel-takut-dirogol


20 Mac 2013

Pelancong wanita terjun hotel takut dirogol


NEW DELHI - Seorang pelancong wanita Britain bertindak nekad melompat keluar dari tingkap tingkat tiga bilik hotelnya kerana takut diperkosa pemilik hotel tersebut. Wanita itu memberitahu polis, pemilik hotel itu cuba memecah masuk ke biliknya selepas menawarkan untuk mengurutnya. Wanita itu memberitahu polis, pemilik hotel itu terus mengetuk pintunya dan cuba untuk membukanya selepas dia enggan menerima tawaran mengurut secara percuma daripada pemilik hotel berkenaan. Seorang pegawai polis, Sushant Gaur berkata, mangsa cedera di kaki selepas dia bertindak terjun dari hotel tersebut. ( Pegawai polis di India tak boleh dipercayai dan senang aje nak merasuah mereka ne .. Bagi jer 5 hinggit = 50 Rupees boleh settle semua = polis di India adalah sebenarnya adik beradik si Papagomo yang senang dirasuah, cuma si Papagomo ne hendak bayaran lebih sket dari adik beradik dia )

Susulan kejadian itu, katanya, polis menahan pemilik hotel tersebut di Agra yang menempatkan Taj Mahal, antara lokasi pelancongan popular di India.
Menurutnya, setakat ini tiada dakwaan dikenakan terhadap pemilik hotel tersebut. ( Biasalah perkara ne sebab kalo ko pi India, kalau orang tempatan buat salah si tempatan akan dianggap tak bersalah walaupun ko tak buat salah dan tempatan tu memang yang sebenarnya buat salah!!! ).

Insiden itu berlaku selepas seorang pelancong Switzerland dirogol bergilir-gilir pada Jumaat lalu. Enam lelaki telah ditangkap berhubung serangan itu.




No comments:

Post a Comment