KEMAMAN, 11 Julai 2010— Menteri Besar Datuk Ahmad Said memberi amaran kepada penjawat awam di Terengganu supaya tidak menyalah guna kuasa, jika tidak mahu berhadapan dengan tindakan undang-undang. Beliau berkata beliau menerima aduan dan laporan bahawa terdapat perbuatan salah guna kuasa dalam beberapa jabatan kerajaan negeri. “Saya beri amaran, jika berterusan perkara ini berlaku, saya sendiri akan turun bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membuat pemeriksaan mengejut,” katanya ketika ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama penjawat awam bagi Daerah Kemaman hari ini.
“Kita memikul amanah, jadi kita perlu berhati-hati dalam apa jua tindakan kita, jangan sampai kita diheret ke penjara kerana gagal melaksanakan amanah. “Saya juga mahu semua urusan rakyat disegerakan dan jangan dilengahkan. Malah kita harus beri perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat,” katanya. Mengulas lanjut kepada pemberita kemudiannya, Ahmad berkata beliau telah memaklumkan mengenai aduan salah guna kuasa tersebut kepada ketua jabatan berkenaan. Beliau turut meminta penjawat awam tidak mensabotaj kerajaan dengan menyebarkan dakyah yang tidak betul mengenai dasar-dasar kerajaan. — Bernama
Salah guna kuasa yang boleh berlaku dalam
pentadbiran tanah.
Tanah adalah amanah.
Tanah bukan semata komoditi atau barangan untuk di jual-beli tetapi adalah
amanah yang akan di panjangkan untuk generasi akan datang.Tanah tidak
seharusnya diberikan kepada mereka yang sudah mempunyai tanah. Salah guna kuasa
dalam pentadbiran tanah boleh dielakkan jika pegawai yang diamanahkan dalam
pentadbiran tanah bekerja dengan ikhlas dan jujur. Diantara beberapa contoh
salah guna kuasa dalam pentadbiran tanah ialah
1. Tanah diberi
kepada syarikat atau individu yang tidak ada kaitan dengan tanah tersebut
berbanding mereka yang telah tinggal dan mengusaha tanah itu bertahun-tahun
lamanya.
2. Tanah rizab diberi
tetapi tidak di keluar dari warta tanah rizab.
3. Kawasan lapang dan
tanah awam diberi kepada pemaju yang dekat dan ada hubungan rapat dengan
orang-orang tertentu untuk perumahan dan pembangunan kawasan komersial.
4. Tanah tinggi dan
kawasan tadahan air di anugerah kepada syarikat tertentu atau kategori tanah
ditukar untuk dibenar membina projek pelancongan atau perumahan.
5. Pengawai yang
bertanggung jawab dalam pentadbiran tanah menggunakan proksi ( pinjam nama
orang lain) untuk mendapat tanah kerajaan untuk kepentingan peribadi.
6. Pegawai yang
bertanggung jawab memalsukan dokumen permohonan tanah. Tanah dalam kawasan
Rancangan Tanah Berkelompok dimasukkan nama kroni atau adik beradik tanpa
melalui proses temuduga. Kadang-kadang borang pun tidak diisi dengan sempurna.
7. Pegawai dipejabat
tanah memasukkan nama sendiri sebagai peserta ganti bagi mengantikan peserta
RTB yang meninggal dunia. Pada hal dia tiada hubungan waris langsung dengan si mati.
8. Pegawai yang tidak
bertanggungjawab memberi ID kepada kakitangan untuk membuat kerja bagi pihak
beliau tanpa kawalan. Contoh dalam memproses e-mohon ( sistem permohonan tanah
berkomputer ) dan sebagainya.
9. Pen. Pegawai Tanah menghebahkan tanah kerajaan untuk dipohon kepada sahabat handai, saudara mara dan orang yang ada kepentingan dengan mereka.
9. Pen. Pegawai Tanah menghebahkan tanah kerajaan untuk dipohon kepada sahabat handai, saudara mara dan orang yang ada kepentingan dengan mereka.
10. Pegawai yang bertugas
di Pejabat Tanah membuat kerja-kerja juru ukur swasta dalam proses tukar
syarat, pecah sempadan dan pecah bahagian tanah. Mereka-mereka ini mendapat
akses yang mudah dalam sistem maklumat di Pejabat Tanah.
No comments:
Post a Comment